Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Sokongan berterusan saudara/i dalam mengagihkan maklumat ini amatlah dihargai. 
Sekian, wassalam...

Ikhlas,
http://usftamalaysia.blogspot.com/
http://usftamalaysia.blogspot.com/2007/01/ulasan-wakil-petani-nelayan-dan.html
Ulasan Wakil Petani, Nelayan Dan Masyarakat Luar Bandar Terhadap Pengesyoran 
Dato' Seri Rafidah Aziz Tentang USFTA
JAWATANKUASA BERTINDAK MEMBANTAH US FTA (WILAYAH UTARA)
d/a 21, Lintang Delima 15, 11700 P.Pinang
Tel ; (6) 04 6596930 Fax ; (6) 04 6596 931 Email ; [EMAIL PROTECTED]
15 Januari 2007
Surat Kepada Pengarang

Penjelasan YB Dato’ Seri Rafidah Aziz berkenaan beras di USFTA di alu-alukan 
dan diharapkan isu-isu lain dalam US FTA dapat diperjelaskan kepada masyarakat 
Awam
Kami wakil petani, nelayan, pengguna, masyarakat luar bandar dan wakil-wakil 
NGO wilayah utara mengalu-alukan penjelasan YB Dato’ Seri Rafidah Aziz 
berkenaan isu beras di US FTA.

Walaubagaimanapun harus diperjelaskan bahawa permohonan berkenaan penjelasan 
ini bukan perkara baru kerana pelbagai pihak termasuk pihak jawatankuasa 
bertindak telah meminta pihak kerajaan lebih terbuka berkenaan perundingan US 
FTA bukan sahaja berkenaan isu beras tapi juga berkenaan isu-isu lain dalam 
perundingan USFTA kerana semuanya menyentuh kepentingan awam.

Walaubagaimana pun, jawatankuasa bertindak berhasrat meminta penjelasan 
daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tentang maklum balas US 
berhubung permintaan Malaysia untuk tidak memasukkan Beras dalam perundingan 
tersebut memandangkan perundingan masih ber-langsung dan tiada ketetapan yang 
jelas boleh dibuat sehingga perjanjian ditandatangani.

Dalam pemerhatian kami, USFTA bukan sahaja memberi kesan dalam bidang 
perdagangan tetapi juga memberi implikasi kepada mata pencarian dan kehidupan 
kami semua Rakyat Malaysia terutama masyarakat desa yang dijangka menerima 
kesan yang teruk. Sebagai contoh, syarat – syarat harta intelektual akan 
memberi kesan antara lain:
bahan kimia pertanian yang digunakan oleh petani-petani berkemungkinan menjadi 
lebih mahal;
kos sara hidup mungkin naik kerana barang-barang contohnya ubat-ubatan adalah 
diramalkan menjadi lebih mahal;
kos pendidikan dan buku-buku mungkin meningkatkan
Produk hasil desa juga tidak akan dapat dilindungi dan insentif kepada usahawan 
kecil desa boleh dilihat sebagai Halangan Bukan Cukai dalam USFTA ini.

Petani juga resah berhubung tekanan dari syarikat bioteknologi US melalui US 
FTA yang cuba melobi untuk membawa massuk barangan ubah suai genetik mereka ke 
Malaysia dimana kesan produk tersebut kepada kesihatan dan alam sekitar di 
pertikaikan dalam waktu yang sama ia mungkin meningkatkan kebergantungan petani 
kepada industri tersebut disamping meningkatkan kos pertanian.

Kami sangat bimbang bahawa Kerajaan Malaysia tidak membuat penelitian mendalam 
terutama pada kajian kos – faedah sebelum menandatangani USFTA dan apabila 
perundingan terbabit diadakan secara tertutup, tiada sebarang maklumat 
didedahkan pada awam dan tidak berlaku sebarang perbincangan telus dengan para 
petani dan masyarakat awam.

Kami menggesa semua pihak khususnya kerajaan Malaysia untuk menghentikan 
rundingan lanjut USFTA sehingga kita mengetahui bagaimana kesannya kepada 
petani, keselamatan pengeluaran makanan Negara dan kesannya kepada masyarakat 
terutamanya diluar bandar.

Ia adalah tidak mencukupi dengan hanya memberi jaminan-jaminan. Kita perlu 
didedahkan tentang kandungan sebenar perundingan terbabit dan mengetahui samada 
kerajaan kita telah membuat satu penilaian kos – faedah yang terperinci bagi 
menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia akan mendapat faedah yang sewajarnya.

Che Ani Mat Zain
Wakil Jawatankuasa Bertindak



___________________________________________________________
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk 

Kirim email ke