....Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah
milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat
manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab
yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai da'wah Islam kepada mereka
yang belum terima Hidayah lagi.
Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 "Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi
dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan". Na'uzubillah, janganlah
kita termasuk dalam golongan ini.
Allah swt memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam didalam surah
Ali Imran 3:110 "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi(faedah) umat manusia". Kita pun rasa sangat seronok
mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu
datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah
tanggung-jawab yang harus dipikul. Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah
kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar 'sebaik-baik umat'
juga disebut dalam ayat yang sama; "(Kerana) kamu menyuruh membuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji), serta kamu pula beriman kepada Allah". Ini bermakna kita harus menjadi
masyarakat 'amar maaruf nahi munkar' iaitu melakukan da'wah kepada orang-orang
bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak.
Allah swt mengatakan didalam surah Al-Ikhlas 103:1-3 "Demi masa. Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
sabar". 'Berpesan-pesan dengan kebenaran' bermakna melakukan 'amal maaruf nahi
munkar' yakni melakukan da'wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan
Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab
melakukan da'wah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi
adalah tanggung-jawab setiap orang Islam.
Didalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabah
yang tidak kurang dari 110,000 orang "Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam"
dan para sahabah pun secara serentak menjawab "Ya Rasulullah! Kau telah
sampaikan". Maka Rasulullah saw seterusnya memerintahkan mereka "Siapa-siapa
yang hadir disini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir". Para sahabat
pun faham akan perintah Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab
menyampaikan da'wah Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina,
India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu
tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya
ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia
dalam menyampaikan syiar Islam.
Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr
bahawa Rasulullah saw telah bersabda "sampaikanlah walau satu ayat". Kita tidak
perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan
da'wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam Qur'an, kita boleh
menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat.
Sekurang-kurangnya kita tahu 'La ilaha ilallah', maka sampaikanlah ia.
Petikan dari tulisan Shah Kirit Kakulal Govindji
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.