Bantah tol: Orang ramai dijemput hadir di IOI Mall Ahad ini               
             
                         
                        
                                       Anis Nazri      
         Fri | Feb 02, 07 | 09:42:56 AM                             KUALA 
LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Orang ramai yang prihatin dengan kadar kenaikan tol yang 
makin menekan diminta hadir beramai-ramai dalam siri bantahan rakyat terhadap 
tindakan kerajaan menaikkan kadar tol di lima buah tol di Lembah Klang di pusat 
membeli-belah IOI Mall, Puchong, 4 Februari ini.

 
Demonstrasi anjuran Gabungan Protes Kenaikan Harga Tol (Protes) itu akan 
diadakan jam 4 petang, sebagai rentetan kepada beberapa siri bantahan yang 
diadakan sebelum ini.

 
Sebelum ini, demonstrasi membantah kenaikan harga tol itu diadakan di Sunway 
Pyramid, Plaza Tol Kuala Lumpur-Karak dan Plaza Tol Cheras-Kajang.

 
Setiausaha Protes, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata perhimpunan di Puchong kali 
ini, bukan sahaja berusaha membantah kenaikan harga tol, tetapi membantah 
siasatan yang akan dikenakan kepada empat orang yang terlibat dalam pendedahan 
perjanjian tol di antara syarikat konsesi dan kerajaan, di bawah Akta Rahsia 
Rasmi (OSA).

 
 Isnin ini, Dr Hatta, Ronnie Liu, Tian Chua dan Dato' Khalid Ibrahim akan 
dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman. - mks.

      Toll hike: Fourth protest on Feb 4 in Puchong                            
                         
                        
                                       Saadon Aksah      
         Thu | Feb 01, 07 | 08:39:34 AM                        KUALA LUMPUR, 
Feb 1(Hrkh) - The fourth protest against toll hike will be conducted on Feb 4, 
at the IOI Shopping Complex in Puchong near here, said Dr Mohd Hatta Ramli, the 
secretary of a coalition of political parties, trade unionists and non 
governmental organizations against the hike.

    
 "We urge the public to be present at this gathering to oppose the 
'anti-rakyat' decision of the government, so that they will revoke the decision 
for the hike and for them to reveal all highway concessionaires agreement," he 
said.

 
"The coalition is of the opinion that the government should not treat the 
concessionaires' agreements as an official secret because it does not involve 
dealing of arms or national security but only documents about construction of 
ordinary infrastructures," he said in a statement to Harakahdaily today.

 
Mohd Hatta who is also the Islamic Party of Malaysia (PAS) treasurer said a 
recent statement by Works Minister Datuk Seri Samy Vellu that the government 
would arrest those who had "stolen" the agreement, only showed that the 
government feared that the public would know about the content of the document.

 
Detractors had said that the content of the agreement of one particular 
concessionaire obtained showed that it was drafted in such a way that it gave 
the government very little power but turned the private company which was 
granted the concession into a "money-making machine".

 
 In the last peaceful gathering conducted on Jan 21, twenty one protestors were 
arrested and five of them were sent to a hospital as a result of alleged 
manhandling by the authorities.

 
 Beginning Jan 1, five highways in the Klang Valley experienced some 20 to 60 
per cent increase in toll prices.[ES]



      Protes tol di IOI Mall, Puchong 4 Febuari                            
                         
                        
                                       Ezam Mohd Nor      
         Fri | Feb 02, 07 | 01:41:54 AM                         Parti Keadilan 
Rakyat Negeri Selangor menyeru seluruh rakyat, terutamanya ahli dan penyokong 
keADILan, untuk bersama-sama hadir pada perhimpunan aman PROTES TOL di IOI 
Mall, Puchong pada 4 Februari 2007, jam 4 petang.

 
Perhimpunan aman ini adalah sangat penting bagi menyatakan suara rakyat 
memprotes kenaikan kadar tol, penggunaan OSA untuk menyembunyikan maklumat 
mengenai konsesi lebuhraya dan tindakan ganas polis terhadap rakyat yang 
berhimpun secara aman dalam protes tol pada 21 Januari lalu di Cheras.

 
Rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan Barisan Nasional bertindak 
sewenang-wenangnya tanpa mengambil peduli terhadap kesengsaraan dan kesempitan 
hidup yang dialami rakyat akibat daripada keputusan mereka menaikkan kadar tol, 
harga runcit petrol dan diesel, kadar elektrik dan kadar air.

 
Protes ini terpaksa diadakan kerana pemimpin BN bukan sekadar tidak peduli 
terhadap bantahan rakyat, malah mereka menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 
untuk merahsiakan dokumen perjanjian konsesi tol bagi melindungi amalan korup 
mereka.

 
KeADILan Selangor menggesa rakyat untuk memberi sokongan dan penyertaan penuh 
terhadap usaha yang dijalankan oleh Gabungan Protes Tol (PROTES) dan keADILan 
Selangor memberikan komitmen penuh untuk memberi kerjasama dan sokongan kepada 
PROTES.

 
 Ezam Mohd Nor 
 Timbalan Pengerusi KeADILan Selangor




    

   




   

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke