Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam   
( Huraian Yang Dipermudah Bagi Orang Awam )  
T a r i k h   d a n   M a s a 
24 Februari 2007 (Sabtu) 
06 Safar 1427 H 
O b j e k t i f 
1- Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal. 
2- Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi 
kewangan semasa. 
3- Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal. 
4- Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat 
pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya. 
5- Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan 
konvensional. 
6- Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti 
kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional 
dan lain-lain. 
7- Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam. 
8- Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam. 
A n j u r a n 
Pusat Pengajian At-Tibyan. 
T e m p a t 
Dewan Seminar, Masjid Sayyidina Umar, 
Bukit Damansara, Kuala Lumpur 
H a d   B i l a n g a n   P e s e r t a  
Seramai 300 orang sahaja. 
Y u r a n   
RM 75 sahaja ( Harga Pengenalan) 
* Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus 
kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di 
sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi 
adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan 
isu yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas. 
* Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di 
samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana 
kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja, 
dan tiada peperiksaan. 
* Pembayaran yuran mestilah dibuat sebelum kursus. Pembayaran semasa kursus 
tidak dibenarkan. 
* Pembayaran boleh dibuat menggunakan 'bank in' melalui internet banking atau 
di kaunter bank dan sebagainya ke akaun : 
1) Bank Islam Malaysia Berhad ( 14041010047603 ) 
 atas nama Pusat Pengajian At-Tibyan 
2) Maybank ( Wadiah ) - ( 164017071347 ) 
atas nama Zaharuddin Abd Rahman 
P e n d a f  t a r a n  
Sila hubungi 019-388 5486 , 019-6096 117 atau 017-681 7810  atau email ke 
[EMAIL PROTECTED] 
pendaftaran ditutup pada 22 Februari 2007 
P e m b e n t a n g   M o d u l 
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman 
Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd 
Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad 
Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak 
syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang) 
Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD. 
Kelulusan 
B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya 
M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan 
Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan 
pmwp/600/2 klt.6(138) 
T a j u k   &   P e n g i s i a n 
Semua pembentangan dan kertas kerja dibuat dalam Bahasa Malaysia. 
Topik 1             :           Displin Islam Dalam Bab Kewangan. 
Pengenalan kepada Riba, Gharar, Zalim dalam kewangan. 
Beberapa unsur haram lain dalam jual beli, perniagaan dan kewangan semasa. 
Bentuk Riba dalam konteks semasa 
Beberapa panduan dalam perniagaan semasa seperti MLM, Pernigaan Internet dan 
lain-lain. 
Topik 2             :           Perbezaan Perbankan Islam & Konvensional 
Pengenalan beberapa jenis produk utama perbankan Islam. 
Simpanan, pembiayaan perumahan, kereta, industri, pasaran modal Islam, Takaful. 
Topik 3             :           Pelbagai Isu Perbankan & Kewangan Islam. 
Harga mahal dan tidak kompetetif. 
Cerminan produk konvensional. 
Implementasi menyalahi konsep. 
Isu dalam pembiayaan perumahan. 
Isu perbezaan pandangan Shariah antara Malaysia dan Timur Tengah. 
Isu modal asal perbankan Islam & Takaful. 
Kesilapan kerap di dalam implementasi produk di perbankan Islam. 
T e n t a t i f   P r o g r a m 
07.30 pagi                    : Pendaftaran peserta 
08.30 pagi                    : Diskusi Topik 1                                 
                               
10.30 pagi                    : Sesi Soal Jawab 
11.00 pagi                    : Rehat dan Minum Pagi 
11.30 pagi                    : Diskusi Topik 2 
12.30 tgh                      : Sesi Soal Jawab 
01.15 tgh                      : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari 
02.15 ptg                     : Diskusi Topik 3 
03.30 ptg                     : Sesi Soal Jawab 
05.00 ptg                     : Jamuan Ringan dan Kursus Tamat 
P e n u t u p  
Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat 
berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan 
urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya 
mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti 
Islam tulen. InsyaAllah 
Sekian, 

www.zaharuddin.net

=====================================================

Jumpa di sana yek!
 
=========================================
::Inginkan Maklumat Lanjut Tentang Pelan2 Takaful?::
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS
::  019 - 382 6408  
::  [EMAIL PROTECTED]
::  www.takafulonline.net
=========================================

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke