Dari Yummychockies chocolate: www.geocities.com/yummychockies    
   Belilah ayam yang orang Melayu Islam jual.Tak payah pakai cop JAKIM. 
   
  Edisi Nasional METRO: Ayam haram 
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin 

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil 
pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn 
Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. 

  
 


  Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih 
dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati 
sebelum disembelih. 

Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu disiarkan dalam laman web Jakim 
melalui www.halaljakim.gov.my, bertarikh 3 Januari lalu. 

Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal Jakim menjelaskan Sijil 
Pengesahan Halal Jakim bagi Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd 
ditarik balik sehingga diberitahu kelak. 

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan 
Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro, petang semalam, mengesahkan 
mengenai tindakan Jakim itu. 

Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang 
penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim. 

Dalam kes ini, saya menganggap tindakan menarik semula sijil halal syarikat itu 
dapat memberi pengajaran kepada industri besar supaya tidak menganggap isu 
halal sebagai remeh. 

Isu ini tidak harus dipandang main-main kerana kesannya amat serius kepada umat 
Islam di negara ini, katanya yang meminta tindakan Jakim itu tidak perlu 
dipertikaikan. 

Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh 
sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal 
Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian 
yang meragui dari segi hukum syarak. 

Bagaimanapun, Jakim sedia bertolak ansur sekiranya pihak pengurusan syarikat 
itu membuat rayuan. Terpulang kepada keupayaan mereka untuk membetulkan 
kesilapan dan meyakinkan semula Jakim berhubung perkara yang menjadi isu. 

Rayuan terbabit akan dipertimbangkan oleh Panel Pengesahan Halal Jakim dan 
penilaian akan dibuat secara teliti bagi memastikan kesalahan itu 
diperbetulkan, katanya. 

Beliau turut mengatakan Jakim boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang 
gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. 

Sementara itu, menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim 
dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan 
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang 
pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, 
Setiawan, Perak, Rabu lalu. 

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses 
penyembelihan yang meragukan. 

Menurutnya, kesalahan ketara adalah sesetengah ayam disembelih dua kali 
disebabkan penyembelihan pertama tidak sempurna. 

Ini sekali gus membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang 
dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada 
urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut 
syarak, katanya. 

Justeru, penguat kuasa Jakim segera melakukan soal siasat bergilir-gilir 
terhadap tukang sembelih ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan 
penjelasan terperinci. 

Sumber itu mengatakan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali 
untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses. 

Malah, kami turut menemui bukti apabila mendapati ada ayam yang disembelih 
tidak putus urat leher sepenuhnya. 

Selain itu, proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh 
pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan 
untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam, 
katanya. 

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terlalu banyak keraguan yang munasabah 
berikutan penemuan berpuluh ayam yang disembelih dalam keadaan tidak sempurna 
iaitu haram untuk dimakan oleh orang Islam. 

Jakim tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menarik sijil pengesahan halal 
diberi walaupun ia sepatutnya luput pada 14 Disember tahun ini, katanya. 

Beliau berkata, syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses 
ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera. 

Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, 
Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal 
terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera. 

Surat sama turut dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian 
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri. 

Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta 
merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit, katanya. 

Berikutan pengumuman Jakim itu, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 
melakukan siasatan terhadap 10 pusat beli-belah dan pasar raya utama di ibu 
kota, semalam. 

Mereka mendapati masih terdapat beberapa premis yang menjual produk berasaskan 
ayam keluaran syarikat terbabit. 

Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat 
Noordin, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima pengumuman rasmi 
melalui laman web Jakim pagi semalam. 

Menurutnya, kebanyakan pasar raya utama sudah menghentikan penjualan ayam dari 
kilang ayam itu di Perak, namun produk siap diproses seperti ayam bersalut 
tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual. 

Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, 
katanya yang meminta sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal 
kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim. 

  
rujukan:
  http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.78
  http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jan06%2014.htm

 
---------------------------------
Never Miss an Email
Stay connected with Yahoo! Mail on your mobile. Get started!

Kirim email ke