2 berita di bawah yang menunjukkan kebingungan pemerintah Malaysia tentang
Islam: Satu melarang amalan do'a dan satu lagi untuk dijadikan bahan jualan.
Alangkah malangnya nasib penduduk Islam di Malaysia. Semakin hari semakin
dicabul Islam di negara sendiri. Perbuatan terbaru diterajui oleh pemerintah
Malaysia yang semakin hari semakin terserlah keBaNisraelan mereka. Untuk
memancing undi golongan yang ingin menghapuskan Islam di sini, maka kini bacaan
do'a pula diharamkan di sekolah; apakah ini kejayaan kumpulan yang dikatakan
Artikel 11?
Di satu isu yang berbeda pula - tapi tetap perihal Islam - dilancarkan pula
buku 'Halal Guide' untuk pelancung pelancung dari luar negara terutama sekali
dari Arab. Buku itu bertujuan untuk memudahkan pelancung Islam ke negara ini
mendapatkan makanan Islam - DI SEBUAH NEGARA ISLAM DAN PENGERUSI OIC? Aduh!
Jika ianya bukan satu penghinaan sudah pasti ianya menjadi satu bahan lawak -
orang Islam di negara Islam terpaksa berpandukan sebuah buku untuk mencari
makan? Rasaya di luar negara seperti di London, makanan halal mudah diperolehi
tanpa rujukan sebuah buku.
Islam dijaja oleh pemerintah BaNisrael ke luar negara semata untuk mendapatkan
duit pelancungan dan pertukaran asing, bermakna mereka menjual Islam dan
sebaliknya mula menindas amalan Islam oleh rakyat sendiri! Kesimpulan yang
paling menyerlah: pemerintah bermuka dua dan rakyat asyik termakan kata godaan
dan sogokan wang dan harta dunia.
Bangunlah umat Islam. Sedarlah umat Islam. Tiada cara lain melainkan untuk
kembali ke pangkuan jalan: Katakan TIdak Pada Pemerintah!
Arahan kabinet kaedah baca doa resahkan pelbagai pihak
Zaili Muhammad
Fri | Feb 23, 07 | 09:39:53 AM MELAKA, 23
Feb (Hrkh) - Islam Hadhari yang dianuti oleh kepimpinan negara semakin jauh dan
tersasar dari ajaran Islam sebenar bahkan seolah-olah sedang wujud satu
percubaan untuk meliberalkan Islam atau dengan kata mudah menyesuaikan Islam
ke dalam masyarakat berbilang agama di Malaysia ini.
Dalam perkembangan terbaru, kabinet baru-baru ini mengarahkan agar pembacaan
doa di majlis-majlis rasmi yang turut dihadiri bukan Islam dilakukan dengan
cara yang turut juga menghormati amalan agama mereka jelas amat dikesalkan dan
menimbulkan kebimbangan ramai pihak mengenai status Islam sebagai agama rasmi
negara.
Menurut Mudir Maahad Ar Rahmah Ayer Molek, Ustaz Kamaruddin Sidek, bahawa
tidak timbul orang bukan Islam tersinggung dengan bacaan doa kerana Islam
adalah agama rasmi Malaysia dan tiada satu kajian terperinci ataupun laporan
rasmi yang menyebut ibu bapa bukan Islam tersinggung.
"Kabinet mesti berpendirian tegas untuk menjaga kesucian agama Islam, jangan
mudah menuduh punca perpecahan kaum dari doa dan amalan ini merupakan satu
tradisi yang lama di sekolah-sekolah."
"Kalau tidak boleh bahasa Arab kita boleh gunakan bahasa Melayu tapi jangan
menghalang doa kerana itu hubungan kita dengan Allah," kata Ustaz Kamaruddin.
"Kabinet perlu merujuk institusi agama yang berwibawa untuk mendapatkan
pandangan terlebih dulu sebelum mengeluarkan keputusan, apa guna Jakim, Ikim
dan Majlis Fatwa Kebangsaan," tambah beliau lagi.
Sementara itu, seorang bapa, Khairul, 46, melahirkan rasa terkilan dengan
arahan kabinet itu kerana selama ini dia begitu gembira melihat anaknya yang
bersekolah rendah sudah boleh membaca doa ringkas seperti doa makan dan doa
keluar masuk tandas seterusnya membentuk peribadi serta jati diri yang mulia.
"Dengan arahan terbaru kabinet ini akan melahirkan generasi umat Islam yang
jahil dan lemah dari segi penguasaan agamanya sendiri," ujarnya lagi. - mks.
************
Latest Travel News in Virtual Malaysia.com
23-02-2007 - KL Halal Food Guide 2007/08 unveiled
KasehDia, the publisher of an international Halal Food Guide series
has unveiled its latest edition entitled "Halal Food: Kuala Lumpur
2007/2008 A Guide To Good Eating" on February 23, 2007.
The guide was officially launched by the Tourism Minister Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor at Carcosa Seri Negara , Kuala Lumpur.
Covering 112 food and beverages outlets throughout Kuala Lumpur city,
this new edition compiles a wealth of information covering a diverse
spread of eateries, stalls, bistros, and restaurants as well fine-
dining establishments.
The 128-page guide book is published in full colour and with glossy
pictures to accompany each review, with valuable information about
the outlets' addresses and contact details, opening hours and price
range of the menu spreads.
According to KasehDia Sdn Bhd managing director Puan Jumaatun Azmi,
the guidebook follows the same principle as the first edition that
was released in 2003.
"It stresses a key point that Halal food is not just limited to Malay
or Middle-Eastern cuisine but also includes international cuisine
available in Kuala Lumpur today. It also presents the Halal concept
as an integral part of the country's ongoing development efforts to
raise quality standards of all restaurants in promoting higher
quality, halal-processed and prepared food," she added.
KasehDia is printing 20,000 copies of the guide initially with 10,000
copies to be extended to the Ministry of Tourism. The Ministry will
in turn distribute the guides to their worldwide offices and key
business partners.
Datuk Seri Tengku Adnan said that Kuala Lumpur is maturing to become
a world-class dining destination.
"I believe that the guide book will help introduce and promote Halal
dining places to the discerning travellers and food aficionados
especially Muslim tourist from the West Asia," he added.
The guidebook is available at all major bookstores and strategic
newsstands throughout the country beginning March 2007. The guidebook
retails at RM19.90.
News in Virtual Malaysia.com
Virtual Malaysia.Com - The Official Portal of the Ministry of Tourism
Malaysia
---------------------------------
Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail.