Pembaca dijemput memberi komen artikel ini di http://hdailyblog.blogspot.com/


      Muslimat digesa bela nasib pekerja wanita yang tertindas                  
          
                         
                        
                                       Roy Rasul      
         Mon | Feb 26, 07 | 09:15:00 AM                           KUALA LUMPUR, 
26 Feb (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, mahu Muslimat PAS muncul 
bersama Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez dan beberapa pejuang wanita lain 
untuk terus berjuang membela nasib kaum wanita dan pekerja wanita yang ditindas.

  
 Ini katanya, penindasan terhadap wanita di negara ini terus berlaku contohnya 
sebagaimana pernah diiklan dalam sebuah buku promosi tahun melawat Malaysia 
baru-baru ini yang turut menawarkan khidmat pelacuran.

 
 “Walaupun buku rasmi ini mendapat bantahan masyarakat dan pihak media tetapi 
ia memberi erti bahawa kaum wanita selama  ini kembali menjadi seorang hamba, 
pada zaman yang kononnya sudah ada kebebasan untuk wanita,” katanya semasa 
berucap menutup seminar pekerja wanita anjuran bersama Lajnah Buruh & Peneroka 
Bandar PAS Pusat dan Lajnah HepDun Dewan Muslimat PAS Pusat."

 
 Beliau berharap perjuangan untuk membela golongan tertindas itu akan lebih 
ketara  dan berjaya di masa akan datang.

 
 Malah katanya, membela golongan tertindas dan orang miskin adalah sebahagian 
daripada tugas Islam.

 
 Bagaimanapun katanya, mutakhir ini ada  orang Islam yang hanya bekerja untuk 
beribadat manakala membantu golongan tertindas bukan kerja utamanya.

  
 “Allah SWT menyebut  jika seseorang itu hanya bekerja untuk ibadatnya tanpa 
mempeduli anak-anak yatim dan orang miskin maka orang itu adalah sebagai 
‘celaka’,” katanya lagi.

 
 Sementara itu seminar sehari suntuk yang dirasmikan Bendahari Agung PAS, Dr 
Hatta Ramli dihadiri kira-kira 200 peserta dari seluruh negeri termasuk 
pimpinan tertinggi muslimat PAS.

 
 Sebelum perasmian, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat memberi 
ucapan aluan.

  
 Seminar tersebut yang dilangsungkan di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, Taman 
Melewar semalam, membentang dua kertas kerja iaitu bertajuk; 'Pekerja Malaysia: 
Terpinggir di Bumi Kaya' oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia 
(MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, manakala ‘Dilema Pekerja Wanita  Malaysia’ 
oleh Irene Fernandez.

 
 Pembentangan kertas kerja dimoderator oleh Senator Wan Ubaidah Wan Umar.

 
 Sementara itu acara kemuncak seminar yang bertemakan ‘Menjana Kebangkitan Baru 
Pekerja Wanita’ dihangatkan dengan forum bertajuk ‘Memperkasa Gerakan Pekerja 
di Kalangan Wanita’.

 
 Forum tersebut membariskan barisan panel daripada Presiden Parti Sosialis 
Malaysia,  Prof Dr Nasir Hashim; Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo’ Lo’ 
Ghazali dan Aktivis Sosial & Ko-Ordinator BPDM, Anuar Tahir dan dipengerusikan 
oleh Aiman Athirah Al Jundi.

 
 Sementara itu, Dr Lo’ Lo’ berkata, dalam Islam sudah ada dasar  pembelaan 
terhadap kaum pekerja di mana seorang pekerja itu perlu dibayar gaji sebelum 
peluhnya kering kerana katanya prinsip itu memberi pembelaan kepada pekerja.

 
 Malah katanya, Muslimat sendiri akan berusaha untuk melahir tokoh atau aktivis 
pembela pekerja wanita daripada kalangan muslimat PAS di setiap negeri.

 
 Tambahan pula katanya, kaum wanita menguasai pasaran pekerja negara ini.

 
 Malangnya beliau mendakwa, tidak ramai pekerja wanita yang berada di bahagian 
pembuat keputusan dan ini menyebabkan suara mereka tidak didengari kerajaan. - 
mks.        


                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke