Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab
tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari
mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai
yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di
tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek
pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah
mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak
mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia
lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis
dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata
Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata
taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang
telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat
persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi
di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang
berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk
menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya
di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia
putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan
mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari
qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."





--
+ x kacau lg ...
http://fullfilth.blogspot.com

Kirim email ke