Salam Sejahtera semua...

Berita semalam melaporkan tangan putus akibat di
samun. Berita hari ini pulak, mati kerana di tembak
perompak.

Jika merujuk kepada Al-Quran & hadis, hukuman yang
wajib dikenakan kepada peragut atau pencuri atau
perompak, sudah semestinya potong tangan. 
Persoalan
Adakah wajar undang2 ditukar dari hukuman penjara
kepada potong tangan bagi kesalahan tersebut?
Persoalan tu tidak berniat utk mempersoalkan apa yang
Al-Quran dan hadis telah gariskan, tapi mempersoalkan
mereka yang tidak boleh menerimapakai apa yang
Al-Quran dan hadis telah gariskan.
Apa komen anda yang merasakan hukuman potong tangan
kepada pencuri adalah tidak wajar? Yang fikir wajar
nak komen pun tak per. Yang nak bagi pengalaman pun
boleh kongsi sama apa yang anda rasa samada fobia
sepanjang masa atau sebagainya.

Komen saya
Wajar pencuri, peragut atau perompak dihukum potong
tangan bagi menyekat mangsa dari barangnya dicuri,
tangannya dipotong atau ditembak tapi tak mati atau
cederanya parah.
Tujuannya untuk mencegah, bagi menimbulkan rasa gerun
pencuri terhadap akibat dari apa yang akan mereka
lakukan. 
Selain itu, hukuman lebih bersifat adil berbanding
sekarang kerana hukuman pencuri cuma dipenjara dan
kemudiannay dibebaskan berbanding mangsa akan
menanggung sensara hingga akhir hayat.

Salam


BH Online 01/03/2007

Peniaga mati ditembak perompak

KUALA LUMPUR: Sekumpulan tiga perompak menembak mati
pemilik kedai dan dua lagi cedera dalam dua rompakan
berasingan di Ulu Bernam, Selangor dan Slim River
malam tadi. 

Kedua-dua rompakan itu dilakukan sekumpulan lelaki
bersenjatakan pistol menaiki sebuah kereta jenis Honda
Civic berwarna perak.

Kumpulan itu dikatakan gagal dalam cubaan merompak di
Taman Park Leong, Ulu Bernam, dekat sini dan merompak
kali kedua di Slim River sebelum menembak mati seorang
pemilik kedai manakala seorang lagi cedera. 

Dalam kejadian pertama di Ulu Bernam, peniaga kedai
runcit cedera ditembak oleh perompak yang cuba
menyamun premisnya jam 9 malam tadi. 

Kejadian itu berlaku ketika seorang lelaki
bersenjatakan pistol memasuki kedai mangsa dan
memintanya menyerahkan wang tunai serta mengarahkan
tidak menjerit. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior
Asisten Komisioner II Tajuddin Isa berkata,
bagaimanapun mangsa yang ketakutan kerana diacukan
pistol menjerit meminta tolong menyebabkan perompak
melepaskan tembakan. 

”Bagaimanapun perompak itu tidak sempat melarikan
barang rampasan,” katanya malam tadi. 

Tajudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Hulu
Selangor, 03-60641222 bagi membantu siasatan.



 
____________________________________________________________________________________
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail.yahoo.com

Kirim email ke