Aku Malu...
Aku sedih...
Sedangkan seagama ku, sekaum ku
dan sebangsa ku
Duduk bersenang dalam kemewahan duniawi
bersembang tentang artis
ketawa jenaka RTM
minum di Starbucks
memacu SUV, MPV dan
mencabar gamit HIV
Ada pula seagama ku, sekaum ku
dan sebangsa ku
terpaksa tidur berbumbung kan langit dan bintang
dan keterikan matahari
Aku marah..
keadaan yang dipaksa keatas mereka
kerana kekejaman dan kerakusan
pemerintah yang kejam
yang kononnya mempertahankan mertabat bangsa
keris dihunus, sumpah diluahkan
namun bila tiba masa
kaum sendiri mereka perkosa
Aku malu...
sedangkan cerita Paklah hendak kahwin
dimainkan media
datang seorang tiongua menjadi wira
mempertahankan hak kehidupan
penduduk Kampung Berembang
sedangkan pemimpin negara
sibuk bercerita
negara maju, negara kaya
hakikatnya rakyat semakin menderita
Allahu Ya Rabbi,
ku pohon kepada Mu dan hanya kepada Mu
berikanlah keadilan kepada hamba hamba Mu
Allahu Ya Rabbi,
ku pohon kepada Mu dan hanya kepada Mu
limpahkan hidayat kepada Tian Chua dan sahabatnya
baju dirobek dan tangan digari
diri mereka lebih tegak dari
pihak pemerintah yang tiada simpati
Aku malu...
Jentolak BN melapah rumah rakyat Kampung Berembang
Anis Nazri
Wed | Mar 07, 07 | 05:44:54 AM KUALA LUMPUR, 7
Mac (Hrkh) - Setelah enam jam 'bertempur' dengan pihak berkuasa polis, FRU dan
pemaju, Kampung Berembang akhirnya menjadi 'padang jarak padang tekukur'
walaupun mereka penat merayu belas ihsan daripada Kerajaan Barisan Nasional
yang diterajui Umno.
Rumah-rumah dan khemah-khemah di kampung berkenaan musnah dilapah empat buah
jentolak pemaju, dan kini barang-barang milik penduduk telah dimuatkan di dalam
sebuah lori yang disediakan pihak polis.
Kampung berkenaan yang telah ditutup di semua jalan masuk dengan batu-bata,
menyaksikan penahanan enam orang, iaitu Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua,
Ketua Penerangan KeADILan bahagian Kelana Jaya, Abdul Razak Ismail, Setiausaha
Agung Dema, Lee Huat Seng, termasuk Anuar Maadom, Syed Fasilshah dan Pak Mat.
Abdul Razak dan Anuar kini ditahan di Balai Polis Hulu Kelang dan selebihnya di
Balai Polis Ampang, Taman Dagang. Kemungkinan mereka akan ditahan di lokap
semalaman dan didakwa di mahkamah, esok.
Turut bersama penduduk kampung untuk memberi sokongan ialah Bendahari PAS
Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha
Pemuda, Sabki Yusof, dan para aktivis, Arutchelvan, dan Chang Lih Kang.
Lebih 100 pegawai penguatkuasa mengganas
Jika dua hari lepas, rumah-rumah di Kampung Berembang dirobohkan pihak pemaju
tanpa pengetahuan pihak polis, tragedi itu kembali berulang dengan kehadiran
pasukan polis dan juga FRU, pagi ini.
Bermula jam 8 pagi, kira-kira 200 anggota polis dan FRU mula berkampung di
kawasan kampung terbabit bagi 'memberi restu' kepada pihak pemaju meroboh dan
menghalau penduduk keluar dari kampung berkenaan, yang telah berkhemah di situ
hampir tiga bulan.
Harakahdaily difahamkan, dua antara tiga rumah yang tidak berjaya dirobohkan 5
Mac lalu, telah berjaya dirobohkan pemaju dengan menggunakan jentolak.
Sebuah lagi rumah tidak berjaya dirobohkan kerana penduduk dan para aktivis
berkumpul di rumah berkenaan sebagai usaha menghalang pemaju melakukan
kekasaran.
Dalam kejadian pagi tadi, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan seorang
penduduk telah ditahan polis ketika mempertahankan rumah-rumah tersebut
dirobohkan.
Kehadiran Adun Sungai Pinang, Teng Chang Kim, yang juga peguam kepada
kebanyakan kes-kes setinggan di sekitar Selangor, membangkitkan semangat
penduduk untuk mempertahankan kampung mereka.
Harakahdaily juga dimaklumkan, YB Teng bertindak mengadakan rundingan dengan
pihak polis untuk menangguhkan perobohan ini sehingga kes ini dibicarakan di
mahkamah, 14 Mac ini. - mks.
(Berita lanjut menyusul selepas ini)
---------------------------------
Jumlah dilihat: 1970 | Cetak | EmelKomen oleh (1) Pembaca
-->
DOA ORANG YANG DIZALIMI AKAN DIMAKBULKAN
Dihantar oleh ' ); document.write( addy_text95482 ); document.write( ''
); //-->\n Nazir ' ); //--> Alamat email ini telah dilindungi dari spam
bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ' ); //--> , on
07-03-2007 08:19
Peristiwa Kg. Berembang ini merupakan 1001 kezaliman yang dilakukan Kerajaan
BN yang dikepalai UMNO yang rakus dengan DUIT.
Wahai penduduk Kg. Berembang!
Bersabarlah.....
Kita hendaklah yakin akan janji Allah bahawa doa orang yang dizalimi akan
dimakbulkan Allah.
Di Malaysia, banyak bukti yang menunjukkan individu yang zalim akan diazab
sebelum mereka mati. Contohnya dalam kes kezaliman yang dilakukan oleh Anwar
Ibrahim, orang yang berkomplot dalam melakukan kezaliman terhadap Anwar mati
dengan penuh azab. Tak perlu disebutkan disini nama individu tersebut.
Kuburkan UMNO pada pilihanraya tahun depan!!!!!
---------------------------------
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with
Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos