Wa alaikum salam wrm wbt
  Sdri, Jika kita soroti kembali dari mula kekeliruan yang 
  terjadi ini (bila bermula) kita akan dapati ada segolongan 
  yang merasa fahaman mereka benar dan mula memperlecehkan
  amalan2 ibadah yg biasa dilakukan oleh golongan yang lain.
  (walaupun setiap tuduhan telah dijawab namun masih tidak
  memuaskan  hati, tetap saja dianggap ibadah itu tak ada
  sandaran, hadis dhoif dll). Mungkin suka kpd perdebatan agaknya. 
  Yang terjadi ialah : yang tidak membaca qunutlah
  yang akan membidaahkan golongan membaca qunut
  dengan dalil "Bidaah itu sesat, sesat itu neraka" .
  Berapa juta lah agak nya org Islam yg masuk neraka
  hanya kerana qunut, tahlil , yassin ni?.  Mufti-mufti yang
  baca yassin 3 x doa awal tahun tu semua akhirnya ke neraka?
  Semua pemimpin negara yang ikut serta majlis itu pun
  berakhir dengan sesat. (Peliknya sepatah kata pun tak terkeluar 
  atas perbuatan mereka tu dari tokoh agama ni).
  Sedapnya lidah membuat hukum.
  Yang menuduh tu tentu ke syurga ke?
   Perkara2 sebegini patutnya dah lama selesai.
  Hormatilah dan ra'i lah pendapat yang berbeza. 
  Jika merasakan diri benar dan cuba menegakkan 
  kebenaran itu akan berakhir dengan satu mudarat yg jauh 
  lebih besar itu perpecahan, benci membenci, jawab menjawab
  (better stop it). Yang rugi siapa?
  Lebih baik kita kumpul kekuatan material,
  minda dan merancang ke agenda yg lebih utama. 
  Buat serangan drastik, turun kpd masyarakat yg remaja
  (yang makin  lama makin tak percaya kpd kehidupan beragama)
  yang tak yakin dng Hidup bertuhan. (selamat kan mereka 
  daripada Murtad), beri kesedaran kpd anak2 muda Islam ini
  perlunya mereka menjadi kelompok yg sentiasa bangun membela
  agama Allah drp kelompok yang cuba menyekat dan memadam
  cahaya Allah ini.  Kuasa dan budget yg diperuntukkan
  gunakanlah sebaik2nya, manfaatkanlah. Jng riak bila disanjung.
  Nama di sebut di sana sini itu hal dunia. Bak kata Ashaari
  "berhati2 membuat tuduhan"   WASALAM
   
   
   
   
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
              Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
  Saudara2 ku yang dirahmati Allah
   
  Allahu Akbar! Saya rasa ngeri membaca emel ni.
  Bayangkan kalau seorang itu tiada langsung asas agama
  tentu dia akan ikut aje...aduhai..
   
  Seperti yang Allah SWT ajarkan bapa kita Nabi Adam AS
  tentang ilmu. Kerna ilmu juga Iblis menjadi Iblis 
  kerna enggan tunduk hormat pada Nabi Adam AS. 
   
  Menuntut ilmu itu Fardhu 'Ain, kerna, hanya dengan ilmu
  seorang itu bisa bedakan yang haq dan yang bathil.
   
  Tuntut lah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat... 
   
  Berpegang kuat pada tali Allah SWT jangan mudah terpedaya
  dengan ajaran yang sesat lagi menyesatkan.
   
  Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
   
  La haula wala quwata illah billah hil aliyil aziim.
   
  Saya mohon maaf zahir batin andaikata ada kesalahan
  adalah dari kelemahan saya sendiri...
   
  Wallahu'alam bissawab
   
  Jazakallahu Khairan Kathiran
   
  Wassalam
  Akak

  ----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, March 6, 2007 6:12:09 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Us Ali cabar Mufti Perlis, jawatan 
Mufti Bidah

        Complete waste of tax payers money.
   
  Why not have a AF style voting for your favourite mufti (maybe based on his 
ceramah?) Winners gets the mufti post.
   
  The money collected from SMS vote can be used to help those in need.


  ----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Thursday, March 1, 2007 5:22:11 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Us Ali cabar Mufti Perlis, jawatan 
Mufti Bidah

    uh huh...hanya kerana "orang" yang bermasalah, keseluruhan konsep hendak 
dihukum???

Jika ramai non-muslim melihat betapa jauh ke belakangnya umat Islam di 
Malaysia, dengan akhlak yang sangat tidak bersopan,  di tambah banyak yang buat 
kes2 bohsia, bohjan, di penjara, pusat serenti et al; berbanding dengan 
Kristian yang majoriti gologan berjaya, berkerjaya, akhlak pula cukup bagus, 
cukup menyenangkan hati (jika hendak diaplikasikan konsep yang sama) maka 
non-muslim ni patut menolak Islam dan menerima agama Kristian??? 

bijak...bijak. ..

Lily
[EMAIL PROTECTED] com

[EMAIL PROTECTED] com wrote:       Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di 
Negeri
Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan
fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti
Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa
perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan
ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila
suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami
melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh.
Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya
juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka
robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam
membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu
jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua
amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan
tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah,
membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al
Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi.
Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah
sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka.
Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah
bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau
kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka
bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini
adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan
mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada
jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran
yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang
mengharuskan jawatan Mufti ini ? Begitu juga dengan
Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan
ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ?

Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai
terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa
agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh
merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan
rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan
buang bayi dan banyak lagi. Setiap amalan wirid,
qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada
mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu
dan akal.

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
Blog PAS N.Sembilan http://pasns. blogspot. com
Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminan g.com
Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521. 
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.

____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
Have a burning question? 
Go to www.Answers. yahoo.com and get answers from real people who know.



    
---------------------------------
  Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food Drink Q&A.   


  



  
---------------------------------
  Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta. 

  



  
---------------------------------
  Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.  

         

 
---------------------------------
The fish are biting.
 Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.

Kirim email ke