Siasat kes rasuah biarpun ketua sendiri                                   
          Ustaz Ahmad Awang      
         Fri | Mar 09, 07 | 04:32:01 AM                              PAS 
memandang berat mengenai tindakan bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) 
Johor, Mohamad Ramli Abdul Manan membuat laporan dan memberikan keterangan 
kepada pihak polis berhubung salah laku rasuah membabitkan Ketua Pengarah (KP) 
BPR, Dato' Seri Zulkipli Mat Noor.

 
 Begitu juga dengan laporan mengenai pencabulan seks yang dilakukan oleh beliau 
terhadap seorang suri rumah beberapa tahun yang lalu. Walaupun beberapa laporan 
telah dibuat kepada pihak polis dan BPR tetapi belum ada tindakan diambil ke 
atas beliau.

 
 Oleh itu, PAS mendesak supaya siasatan dibuat segera terhadap laporan dan 
aduan tersebut. Walaupun kes ini berprofil tinggi dan melibatkan seorang 
pegawai kanan kerajaan tetapi siasatan yang rapi perlu dibuat tanpa memilih 
bulu.

 
 Pihak polis dan BPR harus diberikan kebebasan sepenuhnya untuk melakukan 
siasatan tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak. Ini dapat menjaminkan 
supaya siasatan yang dilakukan itu adalah adil, telus dan boleh 
dipertanggungjawabkan. Kegiatan rasuah harus ditangani dengan serius apatah 
lagi kalau ia membabitkan pegawai BPR sendiri.

 
 Sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk mencegah dan menangani kes-kes yang 
berkaitan dengan rasuah, BPR perlu bertindak sejajar dengan peruntukan 
undang-undang dan kuasa yang dimilikinya tanpa sebarang perasaan takut meskipun 
yang disiasat itu ialah ketua yang menjaga badan itu. Pihak BPR harus bertindak 
dengan tidak melihat kepada status seseorang.

 
 Bagi memastikan siasatan dapat dilakukan secara bebas maka sudah sewajarnya KP 
BPR mengundurkan diri dan melepaskan jawatan yang disandangnya. Ini kerana 
aduan yang dibuat terhadap beliau telah menjatuhkan imej dan kredibiliti BPR 
yang sebelum ini pun sudah dipertikaikan oleh pelbagai pihak khususnya 
parti-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (BN).

 
 Selagi mana KP BPR berada pada kedudukannya, selama itu BPR akan terdedah 
kepada pelbagai bentuk tekanan dan gangguan untuk mengendalikan kes berkenaan. 
Dalam hal ini, Pak Lah tidak sepatutnya membuat kenyataan mempertahankan 
kedudukan Zulkipli Mat Noor.

 
 Memang tidak dinafikan bahawa beliau belum didapati bersalah tetapi demi untuk 
memastikan kesungguhan kerajaan untuk membenteras jenayah rasuah maka sudah 
seharusnya orang yang disiasat kerana terbabit dengan rasuah tidak lagi 
diberikan tugas untuk mengetuai BPR.

 
 Jika tidak akan menimbulkan pertentangan daripada segi kepentingan. Malahan ia 
juga akan menimbulkan persoalan mengenai sejauh manakah keberanian BPR untuk 
bertindak dengan menyiasat bos nombor satu badan itu.

 
 Kenyataan bekas Pengarah BPR Sabah bahawa aduan sudah lama dibuat tetapi tidak 
ada tindakan yang diambil merupakan testimoni yang cukup penting bahawa wujud 
semacam tangan halus yang menghalang siasatan daripada dijalankan terhadap 
golongan yang berpengaruh dan berkedudukan tinggi. Kini, semuanya sudah 
terdedah dan kes ini telah menarik minat masyarakat umum.

 
 Jadi, tidak ada lagi alasan dan sebab untuk menutup kes ini. Kalau ikan yang 
sudah busuk sama ada di kepala atau ekor, baunya akan tetap dapat dihidu. 
Biarlah siasatan dibuat secara terbuka dan jangan pula ada usaha untuk 
menyembunyikannya.

 
  Ketua Penerangan PAS Pusat  

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 122 | Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila 
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, 
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke   ' );  document.write( addy_text28409 
);  document.write( '' );  //-->\n [EMAIL PROTECTED]  ' );  //-->  Alamat email 
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk 
melihatnya    ' );  //-->  .

 
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

 
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang 
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan 
dilayan.



  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke