Percintaan : Haram  !????
   
  Assalamualaikum, 
  Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera.... tajuk di atas 
adalah berdasarkan kepada permintaan dari seorang sahabat yg telah kembali 
kepada Islam..mungkin terasa jodohnya sudah hampir tiba tapi masih bimbang 
seandainya dia menggunakan cinta di jalan yang salah. Saya juga terpaku bila 
dia tanya soalan ni. Maklum saja, perkara ni macam biasa je berlaku pada 
masyarakat sekarang. Apa yang lebih membimbangkan, masyarakat tak tau pun benda 
cintancintun ni betul ke salah. tak tau kalau betul lagu mana..kalau salah 
pulak kenapa...
   
  Tengok aje keliling masyarakat kita. Kat sana bunyi org rogol, sini kawin 
lari, situ buang anak...doh la, takut pulak nk sebut banyak2. kenapa agaknya 
semua ni boleh terjadi? Betul tak kalau agak2 saya la sebab org tak kenal hukum 
hakam? Saya bukan org yg pandai bab hukum, jauh sekali mempunyai pengetahuan yg 
mendalam dalam bab ni, cuma sekadar nk berkongsi bacaan. Artikel ni saya dapat 
dari email juga tapi dia pun forward dari mana saya pun tak pasti...Hopefully 
ayat mudah saya boleh membuatkan kita sama2 faham ye..tak banyak, sikit pun 
takpe..
   
  Realiti Ummat
   
  Persoalannya adakah Islam membolehkan kita bercintan-cintun ni? Bagi 
mengatasi masalah ni, kita kena kaji dulu faktor terjadinya cinta-cinta 
ni...PERGAULAN BEBAS..betul tak? Macam mana pulak PERGAULAN BEBAS ni terjadi? 
Sbb sistem kapitalisme yang kita agungkan...Ops, kalau nk cakap lebih2 hal ni, 
dah luar kemampuan saya....SBB contoh dalam satu rumah, ketuanya ayah tak 
larang ahli dalam umah buat salah, camne agaknya isi rumah tu??? Fikirkan...
   
  Kenapa terjadinya perasaan tertarik antara sesama lawan jantina? Nilah 
namanya FITRAH manusia yang mempunya naluri utk mengadakan keturunan. Makanya, 
Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi fitrah ni.
   
  Rasulullah SAW telah bersabda:
   
  “Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita untuk bedua-duaan sebab pihak yang 
ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”.
  [H.r Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabi’ah.]
   
  Sabda Baginda lagi:
   
  “Sungguh aku (Rasulullah SAW) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang 
pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar pembuktian (yang nampak putih) 
lalu Allah menjadikannya berhamburan / berkecai sia-sia. Tsauban bertanya:Ya 
Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir 
termasuk seperti mereka sedangkan kami tiada yang menyedarinya. Jawab Rasululah 
SAW: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila 
mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah SWT, mereka 
mengganggu kehormatannya” .
  [Al Hadith]
   
  Dari dua hadis di atas, walaupun kita ni jenis kuat beribadat ke tapi tak 
jaga pergaulan maka adui la....takut rasanya sbb skang ni mcm berleluasa sgt 
bab campur gaul ni...uhuk....Yang tak best tu kalau kita tegur, "Takleh ni dik, 
duduk berdua2an gini.." Dengan konfiden je dia marah kita pulak balik.. Ramai 
yang akan tidak bersetuju apa taknya dah takleh nk dating2, takleh nak gesel2, 
takleh nk pegang2, takleh nk manja2....THAK KHUASHE!!!
   
  Antara FITRAH dan Tuntutan Nafsu
  Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada 
dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan/pacaran: -
  a. Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
  b. Dua insan lawan jenis yang saling mencintai.
   
  Nampak ke beza antara dua ayat di atas... Acu baca berulang kali, kot la 
faham. Takpun cuba faham dgn cara ni... Nota A tu bermaksud nya lebih kurang 
perasaan tu adalah fitrah. Fitrah yang dah ALLAH ciptakan dalam diri kita. 
   
  Firman Allah SWT:
   
  “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang 
diingini, yakni wanita..”  [TTQ Al Imran : 14]
   
  Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak 
Islam (Allah SWT) untuk mengaturnya. 
   
  Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan 
perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling 
berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegang tangan dan yang 
paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan segalanya demi 
cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup 
yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina. 
   
  Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan  pandangan 
mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam 
erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah SWT:
   
  “Suruh orang-orang beriman menundukkan pandangan dan memelihara 
kehormatannya…” [An Nur: 311]
   
  “Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara 
kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagaian badan 
yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya 
dengan kerudung (khimar)…”    [An Nur : 31]
   
  Jadi jelas tak apa yang difirmankan tu? Saya bukan nak mentafsir ayat ni tapi 
ada baiknya perhatikan isi kandungannya :
   
  a. Menahan atau menundukkan pandangan, dlm erti kata lain tengok sampai naik 
perasaan syok gitu....he he, kang ade pulak yang tunduk pastu tengok2 mata dia 
bukan main lagi jeling kat bucu mata...yang ni tak masuk dah bahagian 
menundukkan pandangan, tapi dah juling ni he he....
   
  b. Menutup aurat. Kalau masuk bab tutup aurat, org laki pun pakat2 la tuding 
jari kat org perempuan kan? Kena la faham ye, org laki pun ada auratnya juga 
tau. Kenapa ya skang ni org kata kalau pakai tudung tu mcm org kuno je? Padahal 
seseorg tu akan selamanya berdosa selagi tak tutup aurat..Dan ada pulak yg 
pakai tudung dah rasa cukup je tutup aurat, tapi pakai baju ketat tu hingga 
takde lekuk yang tak nampak....
   
  Skang ade pulak yang tanya, pastu mcmne nak kenal dgn calon pasangan kalau 
tak cintan cintun, tak dating2, tak peluk2....Sebenarnya ini hanyalah dalih utk 
membolehkan kita bercinta sebelum kawen. Adakah hanya dengan jalan ini sahaja 
kita dapat memahami peribadi seseorang?
   
  Penyelesaian
  Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu 
pinang/tunang (khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi 
seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya (wanita) dengan niat 
yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus 
disertai muhrimnya (sekiranya berlaku pertemuan). 
   
  Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang 
disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau 
seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari. 
   
  Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Konsep pertunangan juga 
adalah suatu aqad di antara lelaki dan perempuan untuk melanjutkan hubungan 
dengan menikah di suatu masa kelak. Aqad ini hendaklah dengan kesungguhan dan 
bukannya sekadar suka-suka semata. 
   
  Cuma kekadang dalam suasana masyarakat kita pada hari ini telah 
mencampuradukkan konsep pertunangan ini dengan masalah uruf (adat). Menikah 
tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan 
dan menyempurnakan dengan meminang. 
   
  Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan 
yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang (pertunangan) itu sendiri 
bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai pasangan suami-isteri atau sebagai 
lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan 
suami-isteri atau bebas diheret ke sana ke mari tanpa mengenal batas melainkan 
sebagai tanda ikatan untuk akan bersama kelak. 
   
  Berhubung dengan tindakkan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah SAW telah 
bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah Ibn Syu’bah:
  “Pergilah dan lihat dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar 
atau pedoman bagi kalian berdua”. [Sunan Ibnu Maja, juz 1 hal. 599]
   
  Khatimah
  Sekarang, BERSEDIAKAH KITA MENJADI ISLAM DGN SEBENAR2NYA ISLAM? Kerana dalam 
Islam, perkara yang haram confirm haram... Banyaknya perceraian bukan suatu hal 
yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. 
BERSEDIAKAH??????


Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah, 
YM : sitisifir10 

  http://sitisifir10.blogspot.com/ 
   

 
---------------------------------
No need to miss a message. Get email on-the-go 
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.

Kirim email ke