looks like we are going to get screwed real good this time. Rumors has it that the gomen wants to borrow USD 50 billiion from Us, that's why they have to let the FTA in, eventhough it's a total failure from the point of view of the local business.
Large companies like walmart is going to come in and control and dictate prices, while our own resources will be so called patented that no local company can use or produce it anymore. btw, the 50 billion is going to be used for RMK9, for the benefit of the politician of course. ----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Wednesday, March 14, 2007 7:49:21 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] FTA : Kerajaan didakwa bakal menjadi tali barut 'syaitan besar dunia' FTA : Kerajaan didakwa bakal menjadi tali barut 'syaitan besar dunia' Azamin Amin Fri | Mar 09, 07 | 03:24:39 AM KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Kerajaan disifatkan menjadi tali barut 'syaitan besar dunia' iaitu Amerika apabila berhasrat untuk meneruskan rundingan dan menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang akan menjejaskan kepentingan rakyat dan negara. Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS, Haji Mahfuz Omar,berkata selama ini kenyataan-kenyataan daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa kepentingan rakyat akan dilindungi walaupun FTA diteruskan adalah sesuatu yang sukar dipercayai. "Sudah berapa banyak janji kerajaan selama ini terhadap rakyat yang tidak ditunaikan,sama seperti menaikkan harga minyak dahulu, adalah demi kepentingan rakyat namun hakikatnya sekarang, rakyat semakin menderita," katanya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Janji-janji Abdulllah dan Najib adalah sekadar nak melembutkan 'serangan' dan kritikan serta kerisauan rakyat terhadap FTA ini." "Bantahan rakyat kerana FTA bakal menjejaskan pemerolehan kerajaan, produk kesihatan seperti ubat-ubatan, produk pertanian dan lain-lain," katanya lagi. Sebanyak 18 perkara dirundingkan dalam FTA dengan AS, antaranya barangan perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan. Selain itu FTA bakal membuka pintu kepada syarikat Amerika untuk melabur dalam sektor kesihatan di Malaysia, syarat-syarat FTA juga akan menyekat kuasa kerajaan mengawal amalan yang menjejaskan kesihatan rakyat dan akan menyusahkan rakyat apabila terdapatnya syarat-syarat berkaitan hak milik harta pencipta 'Intellectual Property Rights'. Kata Mahfuz, Kerajaan sering kali mendabik dada bahawa negera-negara luar mahu belajar dan menimba pengalaman daripada Malaysia, namun Malaysia sendiri tidak belajar daripada pengalaman pahit negara-negara yang terbabit dengan FTA seperti di Chile yang kini menghadapi masalah. Begitu juga, Singapura katanya yang menurut Presiden Consumers Association of Penang (CAP),S. M. Mohd Idris mengalami defisit sebaik sahaja menandatangani FTA sekitar tahun 2004 dan fakta seumpama ini tidak wajar di kesampingkan oleh Kerajaan Malaysia. "Semua 'statement' kerajaan kononnya demi kepentingan rakyat namun rakyat tidak mendapat setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan," katanya. "Oleh yang demikian, Kerajaan mesti mengambil kira pandangan semua pihak sebelum meneruskan rundingan dan menandatangani FTA," katanya lagi. Beliau mencadangkan pandangan tersebut disuarakan melalui satu Majlis Perundingan Rakyat yang melibatkan semua pihak antaranya, semua parti politik, persatuan-persatuan pengguna, kontraktor, nelayan dan sebagainya di samping mendedahkan isi kandungan perjanjian tersebut termasuk menyenaraikan segala implikasi yang berlaku setelah menandantangani FTA. Jika tidak, katanya janganlah menyalahkan rakyat jelata selepas ini yang akan menganggap kerajaan sebagai tali barut Amerika dan 'barua' bagi bentuk penjajahan moden yang baru. - mks. Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM (564070000336) Jumlah dilihat: 1656 | Cetak | EmelKomen oleh (1) Pembaca Jaminan sahaja tidak cukup Dihantar oleh wanistelroyAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 09-03-2007 12:16 Di dalam utusan hari ini, TPM berkata Malaysia memerlukan FTA, saya tak pasti samada TPM sedar atau tidak dengan kenyataannya sendiri itu, di dalam laporan akhbar tersebut mengatakan ada 18 perkara diperbincangkan sedangkan yang sebenarnya ialah 58. Apa jaminan kerajaan jikalau isi perbincangan di sorok sebegitu rahsia? kenapa tidak di perbincangkan di peringkat parlimen sekurang-kurangnya atau di buat forum-forum terbuka dan di siarkan di TV dan radio. Rakyat sekarang di dalam kegelapan mengenai FTA. Tidak tahu apa yang diperbincangkan. Apa pro & kontra isi perjanjian itu. Apa maklumat penting yang ada di dalam 58 isu yang diperbincangkan. Adakah FTA akan jadi seperti perjanjian konsesi lebuhraya yang mana akhirnya, hanya kroni yang dapat untung dan rakyat terus menanggungnya? Hantar Komen Anda Nama Emel Subjek Komen Kod* What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship. ____________________________________________________________________________________ We won't tell. Get more on shows you hate to love (and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list. http://tv.yahoo.com/collections/265
