ikhwan salafy lebih arif pasal ikut nabi dari ulamak nusantara yang 
hidup lebih dulu.menarik dan tertarik bila secara logiknya kelihatan 
ajaran nabi yang dibawa lebih 1400 tahun lampau mampu digapai olih 
ikhwan salafy hari ini.juga menarik untuk menilai secara logik juga 
bilamana Islam yang dibawa kepada kita sejak bermulanya kehidupan 
insaniah di bumi Allah ini yang bersumberkan rabbani dan syumul hanya 
ditekankan kepada persoalan ibadat sambil hal hal lain termasuk 
perintah melaksanakan sistem pengurusan hidup dan negara yang 
termaktub secara mutawassir dalam quran dan hadis(quran dan sunnah) 
tidak banyak diperkatakan apatah lagi disebarkan kepada umat hari 
ini.menariknya di sini kerana antara yang telah memperjuangkan dan 
menyampaikan pengajaran terhadap perintah sebegini ialah ulamak 
nusantara sendiri dan sehingga kini belum kedengaran mana mana ikhwan 
salafy mengajak umat ke arah perlaksanaan perintah ini yang telah 
berkubur bersama tumbangnya kerajaan osmaniah yang pula ada kaitan 
dengan tertubuhnya negara salafy di saudi.
di mana agaknya logik akli dan nakli yang menyokong ikutan nabi olih 
ikhwan salafy tanpa melalui ulamak nusantara dan ulamak ulamak silam 
yang lain. barangkali jug apara ikhwan salafy kita tidak perlu 
berjumpa doktor bila sakit kerana mereka mampu dan layak untuk 
mengubati sendiri penyakit mereka sama seperti mereka tak perlu ikut 
ulamak nusantara dan ulamak silam lain yang telah lama menjadi doktor 
rabbaniah kepada umat umat terdahulu.





--- In hidayahnet@yahoogroups.com, muhammad afiq wrote:
>
> Assalamualaikum Wa Rahmatullah.....
>    
>   Bagus lah enta postkan artikel ni. Mudah mudahan orang akan faham 
yang ulama-ulama Nusantara ni lagi pandai pada Nabi ( S.A.W). Ana dan 
ikhwan Salafy yang lain ni memanglah tak pandai macam ulama2 
nusantara enta, sebab kami tak pandailah kami terpaksa ikut Nabi 
(S.A.W).
> 
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>           Penularan Mazhab Wahabi gugat masyarakat Islam
> Thailand
> 
> Oleh ROSLAN ARIFFIN dan MD NASIR RANI,Bernama 
> 
> Tidak cukup dengan tekanan pihak berkuasa Thailand,
> masyarakat Islam di selatan negara itu kini berdepan
> pula dengan penyebaran mazhab Wahabi yang ditolak oleh
> kebanyakan umat Islam di Narathiwat. 
> 
> Penularan mazhab Wahabi, yang antara ajarannya
> terdapat yang bertentangan dengan amalan ahli sunnah
> seperti haram melagukan bacaan Al-Quran dan azan serta
> tidak boleh mengadakan perayaan agama, dikhuatiri
> boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan di kalangan
> penduduk Islam di sini, kata seorang pegawai Majlis
> Agama Islam Narathiwat (MAIN). 
> 
> Beliau memberitahu Bernama bahawa terdapat pihak
> tertentu cuba mengembangkan mazhab Wahabi sehingga
> menimbulkan kecelaruan dan konflik di kalangan
> majoriti penduduk Islam di sini yang telah lama
> berteras kepada mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah. 
> 
> "Kita tahu fahaman itu sengaja disebarkan oleh musuh
> Islam dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan
> Islam di sini," kata pegawai itu. 
> 
> Katanya strategi golongan anti-Islam ini mula
> menunjukkan kejayaan kerana telah terdapat tanda-tanda
> perpecahan antara dua kumpulan Islam itu apabila
> golongan muda yang lebih didedahkan kepada mazhab
> Wahabi mula berani cuba menafikan amalan-amalan sunat
> yang dijalankan oleh golongan ahli sunnah. 
> 
> "Kumpulan pengamal Wahabi mula menganggap banyak
> amalan dan perlakuan ahli-ahli agama yang lama sebagai
> bidaah hingga timbul rasa kurang senang," katanya. 
> 
> Amalan kumpulan Wahabi yang didakwa bertentangan
> dengan ajaran asal Islam antaranya ialah berzikir,
> bertahlil dan menyambut Maulidul Rasul. 
> 
> Pengamal Wahabi juga mengharamkam foto, muzik dan
> peralatannya, nyanyian malahan video termasuk
> perlakuan pengebom berani mati. 
> 
> Wahabi menentang kesemua perkara itu kerana mendakwa
> perkara itu tidak dibuat semasa pemerintahan
> Rasullullah dan para sahabat baginda yang mewarisi
> pemerintahan Islam. 
> 
> Pegawai MAIN itu berkata mazhab Wahabi yang diamalkan
> oleh sebahagian masyarakat Arab khususnya di Arab
> Saudi cuba dikembangkan di sini bertujuan untuk
> menimbulkan perbalahan di kalangan masyarakat Islam
> Thai yang keseluruhannya bermazhab Sunni. 
> 
> "Kekuatan utama umat Islam di selatan Thailand ialah
> mampu bersatu padu dengan fahaman Islam yang satu
> hingga tidak boleh digugat sejak beratus-ratus tahun
> dulu. Sebab itu musuh Islam sekarang berusaha hendak
> musnahkan Islam dengan menggunakan Islam itu sendiri
> setelah pelbagai cara lain gagal," katanya. 
> 
> Beliau berkata MAIN telah banyak kali mengeluarkan
> ingatan supaya masyarakat Islam di sini berwaspada
> terutama terhadap berkembangnya mazhab Wahabi kerana
> ia boleh menimbulkan perbalahan antara mereka. 
> 
> Kira-kira 90 peratus daripada enam juta penduduk di
> Selatan Thailand terdiri daripada umat Islam yang
> secara tradisinya telah menetap di tiga wilayah
> utamanya iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat sejak
> Islam berkembang di rantau ini sejak berkurun-kurun
> lagi. 
> 
> Wilayah di selatan Thailand juga unik berbanding
> dengan kawasan lain Thailand kerana majoriti
> penduduknya lebih selesa menggunakan bahasa Melayu
> yang seakan-akan sama dengan loghat Kelantan dalam
> perbualan harian sesama mereka dan bukannya bahasa
> Thai, yang menjadi bahasa wajib di semua sekolah. 
> 
> Imam Masjid Al Muhammadiah di Bacho di sini, Abdul
> Rahman Nassir, 63, ketika ditemui berkata pengamal
> fahaman Wahabi mula meluas sejak beberapa tahun lepas
> setelah dibawa oleh pelajar-pelajar Islam yang balik
> dari Arab Saudi. 
> 
> Katanya amalan Wahabi sukar diterima sepenuhnya oleh
> masyarakat Islam di sini kerana ia seolah-olah
> menafikan peranan ulama dan amalan-amalan sunat yang
> dijalankan sebelum ini. 
> 
> "Adakalanya berlaku perpecahan (antara golongan agama
> tua dan muda) kerana ada perbezaan pandangan antara
> ahli Sunni dan Wahabi. Tapi sehingga ini kita dapat
> selesaikan," kata Abdul Rahman. 
> 
> Beliau menasihati masyarakat Islam supaya
> menghindarkan diri daripada bertelingkah pendapat
> kerana ia boleh meretakkan perpaduan mereka.
> 
> http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?
id=com.tms.cms.article.Article_210bf2fe-ca9db1d0-c0c18f00-3b1b38bd
> 
> KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
> Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
> Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
> Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 
27521. "Bank in slip" boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, 
Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 
Seremban, N.S.
> 
> __________________________________________________________
> Bored stiff? Loosen up... 
> Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
> http://games.yahoo.com/games/front
> 
> 
>          
> 
>  Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger.yahoo.com
>


Kirim email ke