Selalunya ada orang ketiga ditengah tengah apabila 2 kumpulan orang
Islam bergaduh. Orang ketiga tu kalau tak setan mesti orang kafir
(samada kafir betul atau munafik).

Orang yg tulis artikel macam ini fikir fikirkanlah akibatnya. Jangan
jadi agen orang kafir untuk memecahbelahkan umat Islam. Jangan cipta
perbezaan antara ahli sunnah macam orang kafir selalu buat (cuba belajar
macam mana Amerika boleh melaga lagakan Iraq dan Iran sampai mereka
berperang pada tahun 1981-1988. Cuba belajar macam mana Amerika boleh
laga lagakan ahli Sunnah dan Syiah di Iraq sekarang. Cuba belajar macam
mana Amerika sedang mencipta "pelampau salafi" untuk membendung pengaruh
Iran sekarang. Cuba belajar macam mana negara Arab jadi begitu bodoh
sekali mengikut telunjuk kafir hingga sanggup membunuh saudara seIslam
mereka sendiri. 
Cuba baca artikel ini :
Civil democratic Islam, partners, resources, and strategies oleh Cheryl
Benard (Rand Corporation) untuk tahu macam mana perancangan mereka untuk
terus membodoh bodohkan kita demi untuk merosakkan agama kita.  

Kalau boleh damaikan mereka yang bertelagah ini. Padamkan api kemarahan
mereka. Jangan ungkit hal wahabi, hal ulamak nusantara ini....Perbezaan
mereka tidak banyak, hanya dalam soal furuk sahaja, bukan akidah.
Cukuplah kita jadi bodoh setakat ini sahaja.
Jangan meneruskan kebodohan kita lagi.

Dengan nama Allah SWT, tolonglah berhenti buat kerja bodoh melaga
lagakan orang Islam ini....

  

>>> muhammad afiq  14/03/2007 07:49:28 >>>
Assalamualaikum Wa Rahmatullah.....
   
  Bagus lah enta postkan artikel ni. Mudah mudahan orang akan faham
yang ulama-ulama Nusantara ni lagi pandai pada Nabi ( S.A.W). Ana dan
ikhwan Salafy yang lain ni memanglah tak pandai macam ulama2 nusantara
enta, sebab kami tak pandailah kami terpaksa ikut Nabi (S.A.W).

[EMAIL PROTECTED] wrote:
          Penularan Mazhab Wahabi gugat masyarakat Islam
Thailand

Oleh ROSLAN ARIFFIN dan MD NASIR RANI,Bernama 

Tidak cukup dengan tekanan pihak berkuasa Thailand,
masyarakat Islam di selatan negara itu kini berdepan
pula dengan penyebaran mazhab Wahabi yang ditolak oleh
kebanyakan umat Islam di Narathiwat. 

Penularan mazhab Wahabi, yang antara ajarannya
terdapat yang bertentangan dengan amalan ahli sunnah
seperti haram melagukan bacaan Al-Quran dan azan serta
tidak boleh mengadakan perayaan agama, dikhuatiri
boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan di kalangan
penduduk Islam di sini, kata seorang pegawai Majlis
Agama Islam Narathiwat (MAIN). 

Beliau memberitahu Bernama bahawa terdapat pihak
tertentu cuba mengembangkan mazhab Wahabi sehingga
menimbulkan kecelaruan dan konflik di kalangan
majoriti penduduk Islam di sini yang telah lama
berteras kepada mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah. 

"Kita tahu fahaman itu sengaja disebarkan oleh musuh
Islam dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan
Islam di sini," kata pegawai itu. 

Katanya strategi golongan anti-Islam ini mula
menunjukkan kejayaan kerana telah terdapat tanda-tanda
perpecahan antara dua kumpulan Islam itu apabila
golongan muda yang lebih didedahkan kepada mazhab
Wahabi mula berani cuba menafikan amalan-amalan sunat
yang dijalankan oleh golongan ahli sunnah. 

"Kumpulan pengamal Wahabi mula menganggap banyak
amalan dan perlakuan ahli-ahli agama yang lama sebagai
bidaah hingga timbul rasa kurang senang," katanya. 

Amalan kumpulan Wahabi yang didakwa bertentangan
dengan ajaran asal Islam antaranya ialah berzikir,
bertahlil dan menyambut Maulidul Rasul. 

Pengamal Wahabi juga mengharamkam foto, muzik dan
peralatannya, nyanyian malahan video termasuk
perlakuan pengebom berani mati. 

Wahabi menentang kesemua perkara itu kerana mendakwa
perkara itu tidak dibuat semasa pemerintahan
Rasullullah dan para sahabat baginda yang mewarisi
pemerintahan Islam. 

Pegawai MAIN itu berkata mazhab Wahabi yang diamalkan
oleh sebahagian masyarakat Arab khususnya di Arab
Saudi cuba dikembangkan di sini bertujuan untuk
menimbulkan perbalahan di kalangan masyarakat Islam
Thai yang keseluruhannya bermazhab Sunni. 

"Kekuatan utama umat Islam di selatan Thailand ialah
mampu bersatu padu dengan fahaman Islam yang satu
hingga tidak boleh digugat sejak beratus-ratus tahun
dulu. Sebab itu musuh Islam sekarang berusaha hendak
musnahkan Islam dengan menggunakan Islam itu sendiri
setelah pelbagai cara lain gagal," katanya. 

Beliau berkata MAIN telah banyak kali mengeluarkan
ingatan supaya masyarakat Islam di sini berwaspada
terutama terhadap berkembangnya mazhab Wahabi kerana
ia boleh menimbulkan perbalahan antara mereka. 

Kira-kira 90 peratus daripada enam juta penduduk di
Selatan Thailand terdiri daripada umat Islam yang
secara tradisinya telah menetap di tiga wilayah
utamanya iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat sejak
Islam berkembang di rantau ini sejak berkurun-kurun
lagi. 

Wilayah di selatan Thailand juga unik berbanding
dengan kawasan lain Thailand kerana majoriti
penduduknya lebih selesa menggunakan bahasa Melayu
yang seakan-akan sama dengan loghat Kelantan dalam
perbualan harian sesama mereka dan bukannya bahasa
Thai, yang menjadi bahasa wajib di semua sekolah. 

Imam Masjid Al Muhammadiah di Bacho di sini, Abdul
Rahman Nassir, 63, ketika ditemui berkata pengamal
fahaman Wahabi mula meluas sejak beberapa tahun lepas
setelah dibawa oleh pelajar-pelajar Islam yang balik
dari Arab Saudi. 

Katanya amalan Wahabi sukar diterima sepenuhnya oleh
masyarakat Islam di sini kerana ia seolah-olah
menafikan peranan ulama dan amalan-amalan sunat yang
dijalankan sebelum ini. 

"Adakalanya berlaku perpecahan (antara golongan agama
tua dan muda) kerana ada perbezaan pandangan antara
ahli Sunni dan Wahabi. Tapi sehingga ini kita dapat
selesaikan," kata Abdul Rahman. 

Beliau menasihati masyarakat Islam supaya
menghindarkan diri daripada bertelingkah pendapat
kerana ia boleh meretakkan perpaduan mereka.

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_210bf2fe-ca9db1d0-c0c18f00-3b1b38bd


KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com 
Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com 
Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100
27521. "Bank in slip" boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11,
Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400
Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Bored stiff? Loosen up... 
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
http://games.yahoo.com/games/front 


         

 Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com 

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke