Assalamualaikum wbt

Penyakit lelah atau asthma, ada banyak jenis. 

Walaupun penyakit ini adalah 'kronik' atau
jangka-panjang, dengan ubat moden kebanyakkan pesakit
dapat hidup seperti orang normal, jika memahami
bagaimana untuk mengawal asthma. Di sini, amat penting
untuk pesakit mengambil tahu lebih tentang asthma dan
ubatnya.

Pada suatu masa dahulu, asthma adalah penyakit yang
ditakuti kerana boleh membunuh. Hakikatnya, asthma
masih boleh membunuh jika pesakit tidak mendapat
rawatan yang perlu.

Asthma atau lelah selalunya dihidapi oleh kanak-kanak,
dan kebanyakkan akan 'sembuh' apabila dewasa. Semasa
zaman kanak-kanak, sistem imuniti badan masih
'belajar' untuk menghadapi jangkitan kuman dan virus,
dan ini akan menyebabkan penyakit asthma yang terkawal
menjadi teruk untuk sementara. Selepas jangkitan
dirawat, lazimnya asthma pun akan reda.

Yang paling menyedihkan, sebab utama asthma yang ada
pada kanak2 kecil zaman sekarang ini terutamanya
adalah ibubapa yang merokok, atau penjaga utama yang
lain. Kanak2 yang selalu terhidu asap rokok lebih
senang mendapat asthma dan kajian menunjukkan apabila
kanak2 dijauhkan daripada asap rokok, asthmanya sembuh
ataupun berkurang.

Antara sebab lain asthma, ada juga pengaruh genetik.
Jika ibu atau bapa menghidap asthma, anak lebih tinggi
risiko menghidapnya.

Ada juga jenis asthma yang dipanggil 'exercise
asthma', di mana asthma menjadi teruk sejurus selepas
memulakan senaman. Di sini, penting untuk pesakit
menggunakan 'prophylactic' inhaler, atau inhaler
pencegah, sebelum memulakan senaman.

Tinggal di kawasan bandar juga dikaitkan dengan kadar
asthma yang tinggi.

Ubat asthma boleh dibahagi kepada jenis inhaler, dan
pil. 

Inhaler ada dua jenis, yang biru lazimnya dan inhaler
steroid yg berwarna coklat lazimnya. Jika digunakan
seperti yang diarah doktor, insya Allah asthma
sekurang2nya dapat dikawal sehingga boleh hidup
seperti orang yang tidak menghidap asthma.

Jika mendapat serangan yang teruk yang tidak efektik
apabila menggunakan inhaler dengan betul, perlulah ke
hospital untuk rawatan nebuliser dan lain-lain.

Doktor merawat pesakit asthma mengikut lima langkah
yang ditetapkan oleh 'British Thoracic Society'.
Apabila langkah satu tidak cukup untuk mengawal
penyakit, ubat dari langkah dua akan ditambah dan
seterusnya.

Jika ada pertanyaan lanjut boleh hubungi saya, Dr
Mazlyn di [EMAIL PROTECTED] 




                
___________________________________________________________ 
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship. 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://mail.yahoo.net/uk 

Kirim email ke