mungkin ada baiknya mereka bersungguh melaksanakan data qariah yang bermasaalah
..ie keluarga yang mempunyai anak yang terlibat dengan dadah dan mengadakan
majlis syolat hajat dan qiamulail untuk ibu bapa khasnya dan mencegah perokok
di bangku sekolah.anak2 yang tertipu oleh taktik syaitan xmahu berkahwin teruna
dan dara.
qariah masing2.tambahkan zuriat keturunan yang soleh soleha.single parents
yang perlukan support galakan rujuk semula kerana Allah .
wallahualam.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Umno Selangor kukuhkan cengkaman ke atas surau, masjid Saidah Hairan
Fri | Mar 09, 07 | 07:40:46 AM SHAH ALAM, 9 Mac (Hrkh) - Umno mengukuhkan
cengkamannya ke atas surau dan masjid di Selangor berdasarkan arahan pejabat
agama Islam daerah dan negeri yang menghendaki borang senarai pegawai dan
AJK-nya disah dan ditandangani Adun atau Ketua Umno Bahagian.
Sebagai contoh, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling baru-baru ini mengedarkan
surat arahan dan format borang senarai pegawai dan AJK surau di bawah kariah
masjid kepada semua nazir masjid negeri Selangor.
Surat arahan tersebut ditandatangani Pegawai Tadbirnya, Haji Mohamad Nawi Abu
Bakar, bertarikh 29 Januari 2007 dan salinan kepada, Pejabat Adun Kota
Anggerik; Batu Tiga; Taman Medan; Kota Damansara; Paya Jaras; Seri Setia; Meru
dan Sri Muda.
Satu salinan turut diberi kepada pejabat Umno Bahagian (1) Serdang; Petaling
Jaya; Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan.
Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Ramli Sidom di
pejabat PAS, Shah Alam, semalam (8 Mac).
Surat itu mengarahkan; Arahan memaklumkan tempoh tamat pegawai dan AJK surau
negeri Selangor pada 15 Jun dan mengedarkan format borang senarai pegawai dan
AJK kepada semua surau di bawah kariah masjid bagi tempoh 16 Jun 2007 hingga 15
Jun 2010.
Surat bilangan (67) dlm. JAI.SEL.BPM/01/056 Jld.2 bertarikh 19 Januari 2007.
Pihak Jabatan Agama berharap semua nazir masjid bekerjasama dan membantu
pihak kami untuk membuat pengumuman berkenaan sebelum solat Jumaat, mengadakan
perjumpaan bersama pihak surau di bawah kariah bagi memaklumkan tempoh tamat
pegawai dan AJK surau dan mengedarkan borang senarai pegawai dan AJK surau
untuk diisi lengkap.
Borang mestilah bertaip komputer dan bertandatangan dan bercop rasmi Ahli
Dewan Undangan Negeri atau Ketua Umno Bahagian bagi Adun bukan Islam sahaja dan
disimpan satu salinan ke dalam disket/CD.
Borang yang telah lengkap mestilah dihantar ke Unit Pengurusan Masjid,
Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Tingkat 6, Menara Utara, Bangunan Sultan
Idris Shah, Shah Alam sebelum 1 Mac.
Ustaz Ramli berkata, selama ini Umno menuduh PAS mempolitikkan masjid tetapi
sekarang terbukti dalam pelantikan semula AJK surau Selangor, parti itu
menganggap seolah-olah masjid hak miliknya.
Beliau mempersoalkan, kenapa perlu campur tangan Ketua Umno Bahagian dalam
menentukan AJK surau sedangkan surau atau masjid bukan premis biasa yang boleh
ditentukan oleh orang politik.
Katanya, arahan tersebut amat mendukacitakan dan Pemuda PAS menyarankan
kepada Majlis Agama Islam Selangor supaya pelantikan AJK surau dan masjid
mestilah diserahkan kepada ahli kariah.
PAS Selangor akan mengkaji dari aspek perundangan dan akan menghantar
memorandum kepada Mais dan Sultan Selangor, katanya. - lanh
Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan
yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM
(564070000336)
---------------------------------
Jumlah dilihat: 1300 | Cetak | Emel
Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas
sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan,
pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED] email ini
telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk
melihatnya .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan
yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak
akan dilayan.
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen Anda Nama
[input] [input] Emel [input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.
---------------------------------
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and
always stay connected to friends.