Assalamualaikum,
   
  Saya kurang setuju dengan pandangan saudari,
   
  Punca utama berlakunya kes rogol mahram tu sebenarnya adalah masalah perogol 
itu sendiri. Kelalaian si mangsa utk berjaga-2 di rumah atau ketidakprihatinan 
terhadap undang2 atau hak sendiri bukan puncanya.
   
  Sememangnya setiap anak tu mempunyai hak untuk dilindungi oleh ibu bapa dan 
rumah sepatutnya dijadikan tempat yang paling selamat bagi mereka. Sekiranya 
seorang bapa gagal mnjalani tanggungjawap ini, malah jadikan rumah sebagai 
neraka utk anak perempuan mereka...Maka masalah itu ada pada bapa itu sendiri. 
How do you expect your daughter to be in full hijab at home in every moment? I 
don`t think so the victims in these cases will dress in such a way to seduce 
their own father or brother?
   
  Ada sekali kawan bukan muslim saya rujuk kepada suatu laporan tentang kes 
rogol mahram dan tanya saya sebab apa muslim yang konon beragama `betul` boleh 
melakukan benda camni...Di mana dlm kes tu, si perogol itu mengakui bahawa dia 
tak tahan nafsu bila ternampak betis anak sendiri yang sentiasa berbaju kurung 
even dalam rumah. Bagaimana harus saya jawap? Berdasarkan kepada laporan dari 
berita, seolah2nya kebanyakan kes begini melibatkan kaum muslim. Sedih sekali 
apabila kita renung balik, orang bukan muslim di negara ini seperti orang cina, 
anak perempuan banyak pakai seluar pendek dengan t-shirt  sahaja di rumah, tapi 
kes begitu tak byk berlaku di kalangan mereka. Kenapa? Ini kita kena fikir dan 
cari punca serta penyelesaian.
   
  Walaupun  kita patut mendidik anak perempuan tentang isu aurat dari kecil, 
tapi penekana yang keterlaluan bukanya satu cara utk mencegah kes rogol mahram 
sebab punca utama tak pada si mangsa. Tanggungjawap ada pada ibu bapa 
terutamanya BAPA, utk menjaga iman, amal dan kesejahteraan rumahtangga.
   
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Rogol mahram
  
  Assalamualaikum,
  
  Rogol mahram sebenarnya menunjukkan bahawa keluarga itu mengalami kepincangan 
dalam institusi kekeluargaan. Kenapa mesti kita mengambil berat tentang topik 
ini? Bayangkan bagaimana seorang gadis yang dirogol mahramnya sendiri akan 
melalui masa depan mereka?
  
  Fakta dari Bukit Aman menunjukkan 50% kejadian rogol mahram dilakukan oleh 
bapa kandung atau tiri. 50% dari kejadian rogol mahram melibatkan gadis bawah 
16 tahun
  
  Kenapa mudah sangat berlaku rogol mahram?
    
   Gadis biasanya tak dapat mengagak bahawa diorg akan menjadi mangsa kepada 
org yang mereka sayangi sendri  
   Gadis yang dirogol tak tau undang2 dan mudah diugut oleh perogol
  
  Punca lain :
    
   Tidak mengawal nafsu – apabila nafsu tidak dikawal, baik dan buruk tak dapat 
dibezakan lagi  
   Keluarga mengalami krisis moral – kehidupan dalam keluarga yang tidak 
harmoni, tidak mengamalkan kehidupan beragama dan mementingkan diri sendiri
  
  Akibat :
    
   Ahli keluarga perempuan tak percayakan ahli keluarga lelaki lagi  
   Rasa jgn percayakan mana2 lelaki boleh wujud dalam diri seorg gadis  
   Anak dara dah tak rasa selamat dan aman duduk dalam rumah sendiri
  
  Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Mestila kene ambil langkah berjaga2. 
persekitaran sekeliling memerlukan kita sebagai manusia supaya menebalkan iman. 
Tanpa iman dengan mudah sekali kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Anak 
perempuan dari kecik lagi kita perlu ajar pakai pakaian yang tak mendedahkan 
sangat tubuh badan even duduk dalam rumah.
  
  Ada setengah orang tya saya, tak kesian ke bagi anak pakai tudung. Memang 
saya sendiri kesian dia baru 3 tahun abah dia suruh pakai tudung even ke laman 
rumah. Tak setiap masa la sbb dia budak sangat lagi. Kadang tu bila tgk anak 
sulung saya tu terlena dalam kereta berpeluh2 dgn tudung rasa kesian sangat. 
Tapi saya takut sangat masa akan datang nanti mcm mana.
  
  Dia pun macam anak perempuan org lain. Memang kami ade belikan baju gown sbb 
baju budak perempuan kan comel. Kalau abahnya yang pilih biasanya gown dia 
labuh sampai ke buku lali. Gown tu akan tahan lama n once gown tu dah paras 
betis, saya akan pakaikan dia dengan seluar panjang. Mak saya sendiri kata sian 
Asmaa’ tak ke dia panas. Tapi bila dah biasa, Asmaa’ sendiri kekok kalau tak 
dipakaikan seluar pada dia.
  
  Sebenarnya pendekatan kita menggunakan agama sebagai panduan kehidupan adalah 
yang terbaik untuk masa depan anak2. jadi fikir2kanlah untuk masa depan 
bersama. Salam!!!


  Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah, 
YM : sitisifir10 

  http://sitisifir10.blogspot.com/ 
   
    
---------------------------------
  Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.  

         

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 
 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke