Hanya tahanan ISA tahu derita teknik soal siasat                          
                   Saari Sungib | [EMAIL PROTECTED]      
         Fri | Mar 16, 07 | 09:00:37 AM                               Dalam 
tujuh siri sebelum ini saya telah cuba menghuraikan teknik-teknik soal-siasat 
yang dijalankan oleh SB-SB terhadap tahanan ISA.

 
 Tumpuan huraian saya adalah di segi persamaan teknik yang digunakan oleh SB 
semasa soal-siasat ISA dengan teknik yang digunakan di Guantanamo Bay. Apa yang 
telah saya lalui dua kali dan apa yang dapat saya kumpulkan daripada 
rakan-rakan tahanan saya yang lain, teknik-teknik tersebut pada dasarnya ada 
banyak persamaannya.

 
 Teknik-teknik yang telah saya jelaskan termasuklah:

 
 • " Rapid-fire"
  • "Direct"
  • "Incentive/removal of incentive"
  • "Emotional love"
  • "Emotional hate"
  • "Fear up harsh"
  • "Fear up mild"
  • "Reduced fear"
  • "Pride and ego up" 
  • "Pride and ego down"
  • "Futility"
  • "We know all"  • "Repetition approach" 
  • "File and dossier"
  • "Mutt and Jeff"

 
 Selain daripada teknik-teknik di atas, seperti di Guantanamo Bay, SB-SB 
Malaysia juga menggunakan teknik-teknik:


  • "Silence"
  • "Change of scenery up"
  • "Change of scenery down"
  • "Dietary manipulation"
  • "Environmental manipulation"
  • "Sleep adjustment"
  • "False flag"
  • "Isolation"


Mereka yang telah melalui penahanan ISA sudah pasti akan tahu bagaimana 
deritanya melalui lapan teknik di atas terutamanya "isolation".

 
 Daripada laporan beberapa orang isteri, teknik "false flag" kerap digunakan 
terhadap tahanan yang dituduh sebagai KMM dan JI.

  
Sejauh mana yang saya tahu, teknik ini tidak digunakan terhadap aktivis 
Reformasi dan terhadap TAPOL (tahanan politik) di kalangan pemimpin-pemimpin 
pembangkang di negara ini.

 
Teknik "false flag" adalah satu teknik yang melibatkan proses manipulasi 
berterusan yang dilakukan oleh IO-IO bagi meyakinkan bahawa tahanan sedang 
dikehendaki oleh agensi risikan luar negara seperti FBI atau CIA!

 
Saya tidak bercadang untuk menghuraikan lapan teknik di atas satu persatu 
kerana memadailah anda menyelami lima belas teknik yang telah saya huraikan 
dalam siri-siri sebelum ini.

 
Dalam enam lagi siri seterusnya sebelum saya melabuhkan tirai menutup siri 
"Tarbiyyah dari Penjara", saya akan cuba berkongsi apakah aspek-aspek 
pentarbiyyahan yang telah saya lalui sepanjang ditahan di bawah ISA.

 
Jika ada kebaikan daripada perkongsian saya ini, maka manfaatkanlah ia bagi 
melonjakkan perjuangan anda dalam menegakkan kebenaran.

 
Apa yang saya faham sejak terlibat dalam gerakan pelajar Islam bermula pada 
tahun 1976, tarbiyyah adalah satu proses pembinaan diri yang berterusan.

 
 Dalam konteks haraki, tarbiyyah terdiri daripada aspek-aspek jamaie dan fardi.

  
 Kekuatan tarbiyyah jamaie secara haraki sewajarnya melahirkan aktivis mas'ulin 
yang murabbi. Kekuatan tarbiyyah jamaie juga pasti akan melahirkan aktivis yang 
mantap dan kukuh penghayatannya terhadap tarbiyyah fardi.

 
 Lanjutan daripada ini, tarbiyyah fardi yang dihayati oleh setiap aktivis 
mas'ulin murabbi akan terus melonjakkan kekuatan jamaie sesebuah gerakan Islam.

 
Dalam konteks gerakan Islam, pengalaman dalam penjara di mana sahaja, sama ada 
di Palestin, Mesir atau Iraq mahupun Malaysia, jika ditinjau dari perspektif 
tarbiyyah semuanya sama.

 
Kehidupan seorang aktivis gerakan Islam meniti mehnah dalam penjara sewajarnya 
mengukuhkan keyakinan jatidirinya. Bukan sebaliknya.

 
 Pengalaman dalam penjara juga pasti akan mengukuhkan lagi asas-asas tarbiyyah 
setiap aktivis gerakan Islam yang peka tentang pentingnya penghayatan terhadap 
tarbiyyah.

 
Dianugerahkan Allah peluang dan kesempatan menempuh menhah dan tribulasi 
sebagai TAPOL di Kem Kamunting, telah membantu saya untuk:

 
 • Mengukuhkan tarbiyyah ruhiyah
  • Memantapkan tarbiyyah fikriyah
  • Memantapkan tarbiyyah jasadiyah
  • Meningkatkan tarbiyyah siyasiyah
  • Memantapkan tarbiyyah anak-anak dan keluarga 



  Dalam enam siri berikutnya saya akan cuba menghuraikan aspek-aspek pengukuhan 
tarbiyyah dari penjara ini.

 

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 1317 | Cetak | EmelKomen oleh (1) Pembaca



-->
Harapan Pemuda
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text39320 );  document.write( '' 
);  //-->\n Zainol Abidin  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari 
spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  , 
on 19-03-2007 10:13 
salam...Harap Pak abu dapat menghuraikan peranan [EMAIL PROTECTED] dlm 
mendepanai cabaran berjuang utk menegakkan keadilan dan kebenaran..... 

 
saya berpendapat bahawa kalau ada ruangan atau artikel yang dapat menyuntik 
kesedaran dan semangat pemuda pasti lebih bagus kerana pemuda harini lebih 
terdedah kpd hiburan dan halaman yg melekakan.... 

 
Ramai pemuda yg bersemangat berjuang tetapi cepat pula letih di tgh jalan.... 

 
Jadi, harap pak abu dapat mencari ilham membuka halaman khas utk golongan 
pemuda dgn menggunakan bahasa yg santai dan mudah diifahami.....


  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke