Hadiri perhimpunan tanpa permit, mahkamah bebas semua tertuduh
Harakahdaily
Fri | Mar 23, 07 | 06:16:23 PM JELEBU, 23
Mac (Hrkh) - Mahkamah Majistret Jelebu hari ini membebaskan dan melepaskan
(discharged and acquited) Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu dan lima orang
tertuduh yang lain di atas pertuduhan menghadiri perhimpunan tanpa permit di
bawah seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.
Kesemua tertuduh didakwa terlibat di dalam perhimpunan di pekarangan rumah
Hj Jamlus di Batu 2/12 Kg. Chenor, Kuala Klawang pada 16.7.2001 jam 9.45 malam.
Keputusan Majistret tersebut dibuat setelah Timbalan Pendakwaraya memberitahu
kepada pihak Mahkamah hari ini bahawa pihak pendakwa tidak lagi ingin
menawarkan apa-apa keterangan di bawah seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pendirian pendakwa
tersebut dibuat setelah mengambil kira keputusan yang dibuat oleh Hakim
Mahkamah Tinggi Seremban.
Dato' Sulaiman Daud yang telah memutuskan sebelum ini bahawa terdapat keraguan
yang munasabah berkenaan sama ada tempat perhimpunan yang dinyatakan di dalam
kertas pertuduhan adalah tempat awam (public place). Berdasarkan seksyen 27
Akta Polis 1967 hanya perhimpunan di tempat awam yang memerlukan permit polis.
Keputusan Hakim Dato' Sulaiman tersebut dibuat pada 22.1.2007 yang lalu ketika
mana beliau menolak rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret
yang diberikan pada 24.10.2002 yang memutuskan Hj Mohamad Sabu dibebaskan di
atas satu lagi pertuduhan di bawah seksyen 27(4) Akta di atas dakwaan enggan
mematuhi perintah bersurai yang dikeluarkan oleh DSP Kutub Bidin bin Idu, Ketua
Polis Daerah pada masa itu (kini dah bersara).
Hanya Hj Mohamad Sabu yang dituduh dengan dua pertuduhan di dalam kes ini.
Sementara itu, peguambela kesemua tertuduh di dalam penghujahannya hari ini
berhujah bahawa memandangkan kesemua tertuduh telah menanggung kesengsaraan
setelah dibicarakan untuk tempoh enam tahun maka adalah wajar Mahkamah
menggunakan kuasanya untuk membebaskan dan melepaskan kesemua tertuduh di bawah
seksyen 254(3) KPJ. - mks.
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.