Dari ibnusulaiman:
PROGRAM TAZKIRAH HABIB KAZIM AS-SAGGAF (DARUL MUSTAFA, YAMAN)
Salam,
Di sini saya turunkan jadual tazkirah AL-HABIB AS-SAYYID JAAFAR MUHAMMAD
AS-SAGGAF sempena sambutan Maulidur Rasul di sekitar Lembah Kelang sepanjang
minggu ini.
Untuk makluman tuan-tuan sekelian, Habib Kazim, iaitu salah-seorang ulama'
kanan di Madrasah Darul Musthofa pimpinan Habib Umar bin Hafidz telah diundang
khas ke Malaysia sempena program sambutan Maulidur Rasul Perhimpunan Para
Pencinta Nabi Muhammad SAW yang telah berlangsung di Masjid Al-Falah USJ9
Sabtu lepas, yang telah disertai oleh lebih kurang 2,000 orang muslimin &
muslimat.
ISNIN 2.4.07 (selepas maghrib)
Tempat: Surau Taqwa, Desa Melur, Serendah
Program anjuran PERKIM Serendah bertajuk MANHAJ DAKWAH ULAMA-ULAMA
HADHRAMAUT DARI IMAM AL-HADDAD SEHINGGA SEKARANG
RABU 4.4.07 (selepas maghrib)
Tempat: Surau Al-Falah, Seksyen 6, Kota Damansara
Tazkirah Maulidur Rasul bertajuk PENJELASAN TENTANG PERMASALAHAN CARA
MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW
KHAMIS 5.4.07 (selepas maghrib)
Tempat: Masjid Bukit Jelutong, Jalan Mimbar, Bukit Jelutong
Tazkirah Maulidur Rasul bertajuk TUNTUTAN MENCINTAI RASULULLAH SAW
AHAD 8.4.07 (selepas maghrib)
Tempat: Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
Tazkirah khas di Majlis Asmaul Husna.
Semua tazkirah akan disampaikan dalam bahasa Arab dengan terjemahan dalam
bahasa Melayu.
InsyaAllah kami akan cuba memaklumkan lain-lain program tazkirah oleh Habib
Kazim dalam masa yang terdekat ini.
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.