Assalamualaikum wbt,
Sempena cuti hujung minggu yang agak panjang maka suasana agak sibuk.
Kenduri kahwin dan majlis kenduri kesyukuran diadakan di sana sini.
Alhamdulilah walaupun sibuk saya dapat hadir di tiga kenduri yang mendapat
jemputan.Turut menambah kesibukan ialah saya dan sepuloh keluarga lagi telah
mengadakan program rehlah keluarga disebuah pantai. Maklumlah kita yang lelaki
ni selalu berjumpa tapi para isteri dan anak-anak jarang dapat berjumpa.
Selepas hampir semuanya berhimpun majlis dibuka dengan doa memohan
keredaan Allah SWT dan diikuti dengan tazkiran pendek. Pengisian tazkirah
dilakukan oleh seorang sahabat yang baru kembali setelah lama berada d Mesir.
Beliau mengingatkan kami agar dalam kita mencari kedamaian bersama keluarga di
pantai yang indah ini hendaklah kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah dalam
ertikata yang sebenar. Begitu juga jika mengadakan sambutan Maulidurrasul
hendaklah menyanjung Rasulullah dalam erti kata yang sebenar. Bukan pada 12
Rabiul Awal bersalawat, belarak kesana sini tapi selepas itu sunnah dan amalan
Nabi bukan saja dilupakan bahkan ada yang ditentang.
Sedang para isteri sibuk menyiapkan makanan beberapa orang kami berjalan
di sekitar pantai berhampiran untuk menikmati keindahan pantai yang dicipta
Allah SWT. Apa yang dapat dilihat ialah disamping ramai kanak-kanak yang sedang
mandi manda di laut di sepanjang pantai berhampiran itu kami dapati atas
pantainya terdapat deretan longgokan sampah sarap. Mungkin longgokan sampah
seperti dalam satu garisan itu dikumpul oleh sang ombak. Kami tertanya-tanya
sapa yang seharusnya membersihkan pantai itu adakah tanggungjawab tuan-tuan
punya chalet itu atau pihak berkuasa tempatan. Pengunjung -pengunjung pantai
itu adalah 99% orang Islam dan pemilik chalet juga adalah orang Islam.
Keadaan ini terus mengingatkan isu yang sedang dihebohkan oleh media arus
perdana sekarang iaitu tarahan bukit di Lojing angkara ketamakan para pembalak.
Kerajaan Pusat yang sentiasa menganaktirikan kerajaan negeri Kelantan terus
menerus menyalahkan pentadbiran kerajaan negeri. Keadaan ini terus mengelirukan
sapa yang patut bertanggungjawab. Sukar untuk dipercayaai yang ini kelemahan
kerajaan negeri kerana seperti yang kita tahu kerajaan pusat hanya mencari
peluang untuk memperlekeh kerajaan negeri. Kata Tuan Guru MB Kelantan ianya
diada-adakan. Ada logiknya memandangkan parti yang menguasai kerajaan pusat
sekarang dibebani dengan pelbagai masalah maka elok isu lain ditimbulkan untuk
membolehkan pemimpin Kelantan dikambing hitamkan.
Sungai Pinang yang terletak di negeri Pulau Pinang sudah bertahun-tahun
dicemari di mana tak ada seekor ikan atau apa juga haiwan pun mampu untuk
hidup. Saya rasa bau busuknya pun boleh dihidu di pejabat Ketua Menteri nya
tanpa perlu pergi kesungai itu. Sungai yang macam parit saja tu pun tak mampu
nak dibersihkan mereka dok sibuk dengan hutan Lojing. Eloklah beri orang lain
saja yang perentah Pulau Pinang !!! Yang terbaru Shah Alam entah sudah berapa
kali dibeberapa kawasan dilanda banjir lagi, dan lagi dan lagi. Harap penduduk
Shah Alam bersabar disamping berusaha memastikan pihak bertanggungjawab
menunaikan tanggungjawab mereka tapi jangan lupa banyakkan Solat Hajat mana
tau takut-takut ianya bala daripada Allah SWT. Disitu ada IPT yang kabarnya
pelajar-pelajar yang ingin menghayati Islam secara syumul yang aktif
berpersatuan tak mampu angkat kepala kerana tekanan daripada pihak pentadbiran
nya. Bukan IPT itu saja bahkan hampir di kesemua IPT seluruh negara !!!
Wallahuaklam.
Ibnuali
Kota Jembal
---------------------------------
Be a PS3 game guru.
Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games.