Gerakan atau The Star, siapakah bersalah?
Azamin Amin
Sun | Apr 08, 07 | 02:24:52 PM KUALA LUMPUR, 8
April (Hrkh) - Sama ada disebut sebagai resolusi mahupun sebagai pandangan
peribadi, namun semua pihak diminta lebih cermat dan berhati-hati di masa akan
datang dalam mengeluarkan kenyataan yang bakal mengundang ketegangan kepada
umat Islam.
Semalam Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Datuk Dr Tan Kee Kwon dilaporkan
memohon maaf berikutan kenyataannya terhadap Mufti Perak Datuk Seri Harussani
Zakaria dan menjelaskan bahawa ianya sebagai pandangan peribadi.
Manakala akhbar The Star melaporkan:"There was also a resolution calling for
the removal of Datuk Seri Harussani Zakaria as the Perak Mufti over the
spreading a baseless SMS (alleging that Datuk Azhar Mansor had converted out of
Islam) some months ago."
Mengulas hal ini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohamad Nor Mohd
berkata Dr Tan sepatutnya sudah faham akan sensitiviti agama-agama lain
memandangkan beliau juga merupakan Pengerusi Biro Agama Gerakan dan tidak boleh
mengeluarkan sebarang kenyataan yang pasti mengundang amarah umat Islam
sunggupun ianya sekadar pandangan peribadi.
Malah pandangan peribadi tersebut diluahkan pada konvesyen Gerakan yang boleh
dianggap merupakan suara parti berkenaan.
"Kita ucapkan terima kasih di atas permohonan maaf beliau dan kita tidak mahu
lagi sama ada Gerakan atau mana-mana pihak lain mengulangi perbuatan tersebut,"
katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily sebentar tadi.
Namun katanya beliau tidak pasti sama ada Dr Tan, Gerakan atau the Star
mempunyai agenda 'tersembunyi' tapi mempersoalkan sikap akhbar tersebut yang
tidak membetulkan kesilapan jika ianya tersalah lapor.
"Dan kita tidak mahu permohonan maaf ini sekadar permainan, dan timbul lagi
masalah-masalah seperti ini dimasa akan datang yang mencabar sensitiviti orang
Islam," tegasnya lagi.
Dalam pada itu Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Azmi Abd Hamid yang
turut dihubungi Harakahdaily berkata, setiap perkataan yang silap dikeluarkan
oleh mana-mana individu yang memegang kuasa atau berkapasiti akan memberi kesan
dan impak yang besar kepada masyarakat.
Justeru beliau memeberi amaran supaya semua pihak lebih cermat dalam menyentuh
perkara-perkara sensitif yang melibatkan agama masing-masing dan turut yakin
bahawa Dr Tan selaku Pengerusi Gerakan Wilayah sedar kapasitinya dalam
mengeluarkan kenyataan.
"Jika kesilapan, mengapa mengambil masa yang lama untuk memperbetulkan keadaan
dan saya lihat ini sememangnya disengajakan," katanya.
"Saya nampak senario ini yang telah dibiasakan, luahkan dahulu sesuatu pendapat
kemudian bila suasana menjadi tegang barulah memohon maaf dan kita tidak mahu
dipermain-mainkan," katanya yang menyelar tabiat 'hit and run' golongan
tertentu kemudian meminta maaf.
Beliau juga turut mempersoalkan jika terbukti sebagai satu kesalahan, kenapa
Dr Tan tidak dipanggil oleh jawatan kuasa Gerakan terbabit mahupun BN bagi
memberi amaran ataupun dikenakan tindakan displin kerana sewenang-wenangnya
mengeluarkan kenyataan peribadi yang boleh menjejaskan imej parti berkenaan
suara parti.
"Teras juga kecewa kerana sehingga kini agensi kerajaan, Kerajaan Barisan
Nasional dan Umno masih mendiamkan diri berhubung isu tersebut yang jelas
sangat menghinakan umat Islam, paling tidak BN perlu beri teguran," katanya
lagi.
Jika tiada tindakan tegas daripada kerajaan katanya, tidak mustahil perkara
seumpama ini akan berulang lagi di masa akan datang. - mns
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.