"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang
mukmin[1218], laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki
dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan
perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan
perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,
laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah
menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar"
[1218]. Yang dimaksud dengan muslim di sini ialah orang-orang yang mengikuti
perintah dan larangan pada lahirnya, sedang yang dimaksud dengan orang-orang
mukmin di sini ialah orang yang membenarkan apa yang harus dibenarkan dengan
hatinya.
if (!document.layers) document.write('') Al-Ahzab 33: 35
assalamualaikum..... cukuplah walaupun sekadar kutukan, janganlah kita kutuk
mengutuk bangsa sendiri... marilah kita bersatu, bersatu ikatan pada ALLAH yang
satu..bersatu hati, bersatu idea, bersatu fikiran, bersatu tenaga,untuk
mengumpulkan kekuatan... marilah kita semua sama-sama berusaha untuk
menyedarkan, dan menggerakkan diri kita sendiri, keluarga kita sendiri, kawan2
sekitar kita sendiri, dan seterusnya orang melayu yang yang lain yang leka dan
lena dalam mimpi mainan sendiri, dan imaginasi indah ciptaan masyarakat...dan
marilah kita sama2 cari penyelesaian untuk menghasilkan sesuatu yang dapat
memberikan kesan positif pada masyarakat kita.... setiap kita harus memainkan
peranan mereka sendiri, dan seharusnya berdasarkan garis2 panduan kita sebagai
orang islam yang beriman dan bertakwa... semua guide line tanggungjawab kita
dah pun digariskan dan termaktub dalam kalamullah dan as sunnah, tolonglah
semua yang sedar agar berusaha untuk mencari dan mengumpulpulkan
kembali hikmah-hikmah orang islam yang hilang masa kini.......
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal
lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at
di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka
dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan
Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar."
Al-Baqarah 2:255
kembalilah pada islam yang sebenar, bukan islam warisan, bukan islam politik,
bukan islam bangsa... tapi islam yang telah diajarkan pada junjungan besar Nabi
MUHAMMAD SAW... pada pemimpin, dia bertanggungjawab dengan orang yang
dipimpin, peniaga bertanggungjawab dengan perniagaannya, pelajar@ mahasiswa
bertanggungjawab dengan tugasnya sebagai mahasiswa yang bukan hanya
bertanggungjawab untuk mengumpulkan ilmu tapi cuga menyampaikan ilmu... pada
bapa, dia bertanggungjawab dalam keluarganya,isterinya, anaknya, saudaranya,
ibu bapanya... begitu juga pada isteri, pada anak2, pada pekerja2, pada sesiapa
saja di alam ini... mainkanlah peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya pada
apa yang kita dipertanggungjawabkan... kita amat2 memerlukan tokoh2 masyarakat
dr kalangan ORANG MELAYU sendiri yang betul2 berpegang ajaran islam yang
sebenar... agar ORANG MELAYU yg lena dapat sedar... usahlah kita kutuk.. tapi
marilah kita bersatu dan bergerak dalam memainkan peranan kita yang
sebenarnya... bukan hanya bercakap,tengok, suruh, n tunggu orang lain
bertindak sahaja... mulakanlah dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat
sekitar dahulu....
"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu:
"Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin
tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti
kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan
dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit." At Taubah 9:38
maafkan saya kalau saya tersilap... saya juga masih baru dalam alam
pengislahan ini... harap dapat tunjuk ajar semua... jazakillah...
~Ad-Dhoif ILa ALLAH~
KARISMA USM- B Hons Medical Phy -
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum,
Bukan sengaja nak mengajar itek berjalan,cuma tak
mampu nak buat itu semua.hiburan terlalu banyak berapa
banyak nak gumpul orang tengok dalam satu masa? kalau
nak gumpul biar satu siaran yang menarik tiap
perminat.Cuma kat AF (astro).
Melayu memang bodoh.
-berapa banyak yang tengok TV1,TV2 dan TV3 kat rumah?
-Channel apa yang menarik kat situ?
Jika nak hebahkan satu berita penting untuk satu
malaysia memang tak boleh.Tapi astro boleh.
Melayu memang bodoh,
Tak banyak yang inginkan syurga,banyak perpecahan
angkara sendiri.
-sebab hiburan terlalu banyak,langsung tak ada citer
yang bermanfaat.
Kita bagi channel AF balik banyak orang tengok,lepas
tu Aznil cakap mari lah Tunai kan solat, sekira nak
berjaya.
Kesimpulan nya,
Berapa orang MELAYU kah yang dengar ketika itu,walau
pun cuma seketika.
Kita tak mampu gumpul orang melayu, sebab tak banyak
yang nak kan syurga. Thanks Media. astro.
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalamualaikum warahmatullahâ¦
>
> Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku
> bersaksi bahawa tiada
> Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada
> sekutu bagiNya dan aku
> bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan
> pesuruhNya. Selawat
> berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq
> terpuji dan menjadi
> ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda.
> Juga sejahtera buat kita
> semua dan orang-orang yang beramal soleh.
>
> Bismillahir Rahmanir Raheemâ¦
>
> Mungkin ada yang marah-marah sebaik terbaca tajuk
> posting saya kali ini.
> Mana tidaknya, ianya kelihatan celupar dan pasti
> menyakitkan hati mereka
> yang merasakan diri mereka berketurunan Melayu.
> Tetapi, harap bersabar dan
> teruskan membaca. Sebenarnya sengaja saya pilih
> tajuk sebegini. Bukan
> sekadar gimik, tetapi juga sebagai mengikut apa yang
> telah sering disebut
> oleh ramai orang Melayu sendiri bahkan juga para
> pemimpin kita.
>
> Melayu bodoh! Memang agak kasar tetapi percaya atau
> tidak, inilah yang
> selalu disemat dalam pemikiran orang Melayu oleh
> orang Melayu sendiri.
> Sebenarnya sudah lama saya melihat trend sebegini.
> Hanya, baru-baru ini
> apabila saya membaca email demi email bekaitan
> penentangan terhadap
> âAkademi Fantasiaâ (AF) yang mengaitkan
> kebodohan Melayu, maka saya
> mengambil keputusan untuk menulis sesuatu
> mengenainya.
>
> Bodoh sangatkah orang Melayu? Seolah-olahnya hanya
> orang Melayu sahaja di
> dalam dunia ini yang bisa ditipu. Hanya orang Melayu
> sahaja yang gilakan
> hiburan dan hanya orang Melayu sahaja yang pernah
> dijajah? Dan bercakap
> tentang AF, benarkah jumlah orang Melayu yang begitu
> ramai mengundi calon
> kegemaran mereka melalui SMS membuktikan orang
> Melayu ini bodoh-bodoh
> belaka? Jika Melayu bodoh, siapakah yang pandai?
> Inggeris?
>
> Sebelum berbicara lebih lanjut, suka saya sebutkan
> di sini. AF dan
> rancangan yang sama format dengannya, adalah berasal
> dari rancangan di
> Britain berjudul Pop Star. Rancangan inilah yang
> (setahu saya) pertama
> sekali menggunakan format undian SMS sebagai penentu
> pemenang mingguan. Dan
> rancangan ini telah mendapat sambutan di luar
> jangkaan dengan jumlah
> penonton yang tinggi setiap minggu.
>
> Kemudian rancangan ini diimport ke Amerika Syarikat
> dengan menggunakan nama
> American Idoldi mana ianya mencatat kejayaan yang
> lebih hebat hinggakan
> dieksport pula ke serata dunia hingga akhirnya
> sampai ke Malaysia dengan
> nama Malaysian Idol. Sementara itu, di Mexico (tak
> silap saya), format
> rancangan telah diubah dan kemudian diberikan nama
> La Academia.
>
> Dan dari rancangan inilah yang dibawa masuk ke
> Malaysia dengan nama Akademi
> Fantasia. Bukan saya bercerita panjang lebar tentang
> sejarah AF untuk
> mempromosikannya. Tetapi saya mahu semua orang,
> terutama orang Melayu yang
> menuduh orang Melayu lain sebagai bodoh renungkan.
> Apakah betul orang
> Melayu sahaja yang bodoh atau sebenarnya kesemua
> bangsa di dalam dunia ini
> juga bodoh?
>
> Jika kerana menonton AF orang Melayu secara kolektif
> boleh direndahkan
> martabat dan kepandaiannya, boleh dihina dengan
> dikatakan terlalu gilakan
> hiburan, bagaimana pula dengan orang British yang
> menonton Pop Star?
> Bagaimana dengan orang Amerika yang berhabisan
> mengundi American Idol?
> Bagaimana dengan orang Jepun yang beriya-iya
> menghantar undian SMS untuk
> Japanese Idol?
>
> Dan, jika anda ambil tahu perkembangan dunia, anda
> akan dapat Astro juga
> ada mengendalikan rancangan mirip AF untuk kaum Cina
> dan India di saluran
> masing-masing (saya tak berapa ingat namanya).
> Apakah orang Cina dan India
> juga bodoh? Jika Melayu, Cina, India bahkan Jepun,
> Amerika dan Inggeris itu
> bodoh kerana sukakan hiburan, maka siapa sebenarnya
> yang pandai?
>
> Saya tidak menyokong AF. Sebenarnya, tahun ini saya
> langsung tidak menonton
> AF. Jika dulu ada juga sambil minum-minum di galley
> (kebetulan televisyen
> yang terpasang menayangkannya), tahun ini langsung
> seminitpun tidak. Malah
> saya juga gembira jika Astro menamatkan siarannya.
> Tetapi untuk mengaitkan
> AF dengan kebodohan orang Melayu, saya rasa ianya
> melampau.
>
> Bukan juga saya ingin mengatakan orang Melayu ini
> pandai-pandai belaka.
> Tidak. Bagi saya, bodoh atau pandainya seseorang itu
> bukan terletak kepada
> bangsa keturunannya walaupun saintis barat cuba
> membuktikannya sebegitu.
> Kerana bagi saya, orang yang pandai adalah orang
> yang beriman. Sepandai
> manapun seseorang itu diperkatakan, namun jika tidak
> mampu menilai
> kekuasaan Allah, maka bodohlah dia.
>
> Sebenarnya, memang ada kelemahan dalam diri orang
> Melayu itu sendiri. Dan
> kelemahan itu, yang paling ketara, hanyalah sifat
> setia yang membuta-tuli
> kepada pemerintah walaupun zalim. Dan inilah sifat
> yang menjadikan orang
> Melayu terjajah. Kerana lemahnya pemikiran raja
> Melayu ketika itu, yang
> berdiri secara individu, hinggakan menerima âmadah
> berhelahâ penjajah
> Inggeris. Ianya bukan kerana kebodohan orang Melayu
> secara kolektif.
>
> Dan jika kita lihat, kelemahan orang Melayu iaitu
> tunduk taat kepada
> pemerintah secara membuta tuli masih kekal hingga ke
> hari ini. Dan
> sebenarnya inilah faktor kejatuhan orang Melayu di
> atas tanah air sendiri.
> Kerana enggan menjatuhkan pemerintah yang menzalimi
> mereka. Bukan kerana
> bodoh tetapi kerana terlalu setia! Seperti Hang
> Tuah, panglima bijak yang
> kerana setia tidak bertempatnya, rela dihukum bunuh
> atas kesalahan yang
> tidak dibuat.
>
> Di seluruh dunia, anak bangsa kita telah puas
> menunjukkan kebolehan mereka.
> Tidak terhad kepada dalam negeri, bahkan di mana
> sahaja mereka dicampakkan.
> Malah telah beberapa kali anak Melayu kita diiktiraf
> sebagai pelajar
> terbaik di universiti luar negara. Maka apa lagi
> yang kita perlukan untuk
> membuktikan bahawa orang Melayu tidak sebodoh yang
> dilaungkan. Bukankah
> tuduhan ini sesuatu yang cukup zalim?
>
> Benar, hiburan seperti AF perlu dihapuskan sahaja.
> Dan oleh kerana syarikat
> yang menyiarkannya enggan menamatkannya kerana ia
> memberikan mereka
> pulangan yang lumayan, dan kerajaan pula tidak ambil
> peduli tentang hal
> sebegini kerana tidak memenuhkan kantung mereka
> bahkan mungkin mengurangkan
> âpopularitiâ mereka di kalangan orang muda, maka
> satu langkah yang berkesan
> perlu kita jalankan sendiri.
>
> Itulah langkah memantapkan iman di dalam jiwa orang
> kita, orang Islam. Dan
> disebabkan seorang Melayu mesti beragama Islam, maka
> tidak salah penumpuan
> diberikan kepada orang Melayu asalkan kaum lain
> tidak dibiarkan tanpa
> perhatian langsung. Melayu sebagai kelompok
> majoriti, mampu mengubah
> suasana sekiranya dakwah ini berkesan dan dengan
> suasana iman, tugas dakwah
> akan menjadi lebih mudah, insyaAllah.
>
> Itulah langkah yang sepatutnya. Bukan dengan
> mengatakan mereka orang yang
>
=== message truncated ===
____________________________________________________
Yahoo! Singapore Answers
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know at
http://answers.yahoo.com.sg
---------------------------------
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and
always stay connected to friends.