Pesta mandi arak F1, sikap media perdana dikesali                         
                    Basiron Abdul Wahab      
         Mon | Apr 09, 07 | 02:56:01 PM                               KUANTAN, 
9 April (Hrkh) - Pemuda PAS Pahang kesal media arus perdana berbahasa Melayu 
sering menggelapkan berita untuk melindungi kepentingan politik Umno.

 

    Ketua Penerangannya, Suhaimi Md Saad berkata, beliau merujuk kepada dua isu 
penting yang membabitkan sensitiviti masyarakat Islam iaitu pesta mandi arak 
selepas acara penyampaian trofi kepada pemenang perlumbaan kereta Formula 1 (F1 
Circuit) di Sepang kelmarin serta isu yang mendesak pemecatan Mufti Perak oleh 
Ketua Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Wilayah Persekutuan Dr Tan Kee 
Wong, 2 April lalu.

 
 Katanya, gambar mandi arak di atas podium membabitkan dua pelumba Mc Laren 
Fernando Alonso dan rakan sepasukan Lewis Hamilton yang disiar akhbar The Star 
jelas sekali mempersenda umat Islam di negara ini dan begitu juga dengan isu 
desakan pemecatan Mufti Perak.

 
 "Kedua-duanya amat menyinggung perasaan umat Islam apatah lagi Islam adalah 
agama rasmi persekutuan," kata Suhaimi.

   
 Suhaimi berkata, perbuatan pelumba tersebut tentunya mempersendakan pemimpin 
Umno beragama Islam termasuk Perdana Menteri yang hadir menyampaikan hadiah 
kepada pemenang sebelum itu.

 
 "Apakah Perdana Menteri serta lain-lain pemimpin Umno yang tidak minum arak 
tidak terasa apa-apa melihat aksi kedua-dua pelumba meraikan kemenangan pasukan 
mereka itu?" soalnya.

 
 Suhaimi juga mempersoalkan kemana pergi pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) 
yang bertanggungjawab menjaga media, apakah mereka sudah hilang sensitiviti 
sehingga tidak memberi teguran kepada akhbar yang menyiarkan gambar berkenaan.

 
 "Jika mereka ikhlas menjaga kepentingan rakyat majoriti sudah tentu akhbar 
berkenaan wajar diambil tindakan di atas penyiaran gambar yang melukakan hati 
umat Islam itu," katanya. - mks. 


                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke