Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi yang
terletak di Senawang, Negeri Sembilan adalah merupakan
salah satu DUN yang baru diwujudkan ketika
persempadanan semula menjelang pilihanraya umum 2004
yang lalu. 

DUN Paroi terletak di kawasan yang sinonim dengan
kawasan perindustrian, perumahan dan pusat komersial.
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS)
baru-baru ini telah turun ke padang bagi meninjau
keadaan masyarakat serta infrastruktur di DUN Paroi.

Rata-rata keluhan masyarakat setempat ialah berhubung
dengan masalah masyarakat setempat yang kurang diberi
perhatian oleh pihak berkuasa serta wakil rakyat yang
dilantik.

Antara yang menjadi igauan masyarakat di DUN Paroi
pada ketika ini ialah gangguan dari projek pembinaan
sistem pembentungan berpusat yang melibatkan
kebanyakkan taman-taman perumahan di sini. Apa yang
mengecewakan mereka ialah masalah ini tidak mendapat
perhatian yang sewajarnya daripada wakil rakyat
mereka. Antara aduan yang diterima akibat daripada
projek ini ialah keretakan serius pada rumah-rumah
penduduk setempat, jalan berlubang dan berlopak,
pencemaran habuk ketika musim panas, bau yang busuk
akibat dari air kumbahan yang melimpah, papan tanda
jalan dan taman perumahan yang rosak, padang permainan
yang musnah, hakisan tanah dan beberapa lagi masalah
lain.

Dalam pada masa yang sama AMKNS juga akan mendapatkan
keluhan penduduk di sini dalam beberapa masalah lain ,
antaranya :
1. Masalah pengangguran, dengan penutupun
kilang-kilang dan tiada peluang pekerjaan baru.
2. Masalah jalan-jalan di sekitar DUN Paroi yang
dijadikan litar perlumbaan.
3. Masalah perumahan terbengkalai antaranya
berhampiran Taman Senawang Jaya dan Taman Kobena.
4. Masalah banyak rumah-rumah dan kedai-kedai kosong
yang boleh mendatangkan masalah keselamatan dan
kesihatan antaranya dijadikan sarang penagih dadah dan
aktiviti maksiat.
5. Kebanjiran pekerja-pekerja asing yang boleh
mendatangkan masalah sekiranya tiada program khusus
untuk mereka berinteraksi dengan masyarakat setempat.
6. Masalah kebajikan ibu tunggal, anak yatim dan
golongan miskin yang sukar mendapatkan bantuan atau
surat sokongan.
7. Masalah tapak pasar malam yang tidak sesuai
diadakan di hadapan rumah penduduk setempat.
8. Masalah jalan-jalan yang dinaiki air ketika hujan
lebat berpunca cari sistem perparitan yang tidak
diurus dengan sempurna.
9. Masalah tiada lampu isyarat di persimpangan yang
sibuk dan kerap berlaku kemalangan.
10. Masalah lepak di kalangan para pelajar terutama di
kawasan Dataran Senawang.
AMKNS akan membongkar masalah rakyat di DUN Paroi dari
masa ke semasa, agar ianya akan mendapat perhatian
serta tindakan daripada semua pihak terutamanya wakil
rakyat serta agensi kerajaan yang berkaitan

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai masalah di DUN
Paroi untuk dibongkarkan bolehlah menghubungi Ketua
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan , Ariffin di
talian 016-2862481 atau melalui e-mel [EMAIL PROTECTED]
. Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh
didapati di internet melalu laman berikut
http://amkns.blogspot.com

FAKTA DUN PAROI 
Wakil Rakyat DUN Paroi : Pn Bibi Sharliza Mohd Khalid
(BN-Umno)
Jumlah pengundi 15,292 orang (2004) 
Pecahan Pengundi : Melayu: 65% Cina: 15% India: 18%
Lain: 2% 
Bahagian Parlimen : Rembau
Ahli Parlimen : Datuk Muhammad Firdaus Rom Harun
(BN-Umno) 

TANGGUNGJAWAB SEORANG WAKIL RAKYAT

•       Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya
antaranya daerah, kampung-kampung serta taman
perumahan.
•       Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan
penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua
agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan
yang diwaklili.
•       Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan
berkanun di kawasan yang diwakili.
•       Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah
yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa
yang dihadapi oleh rakyat.
•       Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang
dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya
kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang
berkaitan.
•       Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar
kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang
melibatkan kepentingan rakyat setempat.
•       Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta
dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.
•       Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili
untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili ,
borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman
web.
•       Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan
urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas
urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
•       Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta
agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.
•       Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di
kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan
Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di
peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.





       
____________________________________________________________________________________
8:00? 8:25? 8:40? Find a flick in no time 
with the Yahoo! Search movie showtime shortcut.
http://tools.search.yahoo.com/shortcuts/#news

Kirim email ke