assalamualaikum...
ana bersetuju kita semua perlu lebihkan fokus kita terhadap masalah ummah
sejagat..soal palestin,soal teroris dan segala macam persoalan lagi..tetapi
janganlah ditembak kata-kata jahil kita yg terhadap para ulamak,mujtahid dan
lain2..mereka berbincang atas dasar bidang mereka..dan di dalam
hidayah.net ini,semua sudah sedia maklum,ia merupakan perbincangan ilmiah
dengan tautan ukhuwwah islamiyyah..bukan perbincangan berdasarkan nafsu dan
akal semata-mata...
ana selalu terjumpa manusia2 sebegini..mereka menyalahkan para ulamak
kerana membincangkan soal fiqhiyyah..ijtihadiyyah dsbnya...dan mereka
"seolah-olah" tak nampak usaha ulamak2 ini dalam membincangkan juga
soal-soal lain..ingat, tanpa perbincangan sebegini, kita sendiri TAKKAN
dapat tahu menahu tentang permasalahan umat dari segi akidah,ibadah...
bagi ana, soal fiqhiyyah pun kita bincang..soal palestin pun kita
bincang..dan praktikal pun sama-sama kita laksanakan...baik khalaf mahupun
salaf..itak pernah timbul para ulamak salaf mahupun khalaf memberat2kan soal
fiqhiyyah sahaja...dan ingat juga, kita yg suka meletakkan label
"dungu"/"bodoh" ini yg akan dipersoalkan Allah..
1)bila kita nak minta maaf pada mereka yg kita labelkan dungu dan
bodoh..?..semoga Allah merahmati kita...
2)janganlah diperkecilkan perbincangan para ulamak..sememangnya itulah
bidang mereka..DAN perlu diingat,mereka juga tidak lari daripada
membincangkan perkara2 yg disebut oleh zama'shari..salaf dan khalaf, mereka
amat menitik beratkan soal2 palestin dsb..kalau tak, tidak timbul persoalan
fatwa berkenaan teroris, kfc dsbgnya..kalau mahukan pencerahan dan
bukti..RAJIN2KANLAH ikhwah semua melawat laman2 web mereka..(*harap free
kan masa antum supaya tidak mudah menembak para ulamak2 ini*..)
3)janganlah kerana kejahilan kita,kita tuding ke situ dan ke sana..mencari
salah orang dan kita sendiri tidak praktikkan apa yg kita perkatakan...
4)janganlah diambil mudah soal fiqhiyyah dan masalah ijtihadiyyah...kerana
tanpa ibadah yg sahih,kita susah untuk mendekatkan diri kita pada
Allah...tidak silap ana, antara amalan yg mula2 akan dihisabkan adalah
solat..
5)sama-samalah kita perbincangkan soal2 fiqhiyyah dan juga kita UTAMAKAN
soal2 ummah yg lain seperti permasalahan PALESTIN,pengharaman KFC dan
sebagainya..DAN,JANGANLAH kerana taassub pada IMAM2 KITA,kita lupakan al-haq
dan soal ukhuwwah antara kita...
dan ana rasa,tidak ramai yg ambil pusing apabila anak2 kita terasuh dengan
amalan bidaah..bersoraklah sang DAJJAL apabila mereka tahu ummat manusia
sebenarnya semakin jauh dengan nilaian ukuran islam YG SEBENAR...Rasulullah
kata A kita buat B..nauzubillah min zaalik..
*zama'shari wrote :*
*Ayuhlah teman,
Hentikan kerja bodoh ini,
Langkah ke depan,
kerja kita maha banyak, maha berat,
kenali prioriti, lakukan amali,
hentikan bicara lakukan lebih banyak kerja,
Moga Allah memimpin aku dan kamu ...
keluar dari kebodohan ini
*
akhir skali,janganlah kerana kebodohan kita,kita dengan mudah mengatakan
kerja2 mereka BODOH..ingatlah,perbincangan yg berlaku selama ini
adalah melibatkan ilmu,kata-kata ulamak dan lebih2 lagi dari kalam Allah dan
Rasulullah...kalau bodohlah perbincangan ini,maka bodohlah mereka2 yg
terlibat..semoga Allah mengampuni dosa ini..aku telah menyampaikan ya
Allah...
ayuh,kita berkerja utk islam..lakukanlah sesuatu perkara atas keupayaan
kita..."la yukallifullah nafsan illa wus'ahaa.."
wassalam...
------------------------------
From: *"Abd Mutalib Ibrahim"*
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: *"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>*
Subject: *Re: Help Palestine [hidayahnet] Us Ali cabar Mufti
Perlis,jawatan Mufti Bidah*
Date: *Thu, 05 Apr 2007 12:01:55 +0800*
Zaman sekarang ini terlalu ramai para ilmuan yang bodoh/dungu
mengeluarkan hujjah menegakkan pendirian masing masing dan bercakaran .
Terlalu sedikit ilmuan yang mengeluarkan kata kata nasihat seperti
dibawah.
Wahai saudara ku semua, sila ambil berat apa yang diperkatakan oleh
saudara zamashari ini.
Yang sudah tu sudah lah.
Jangan dicerita lagi.
Kurangkan kata kata, lebihkan amali.
Mudah mudah Allah memberi petunjuk kepada kita semua
>>> zamashari 05/04/2007 07:14:43 >>>
Para ijtihadi, para ulamak, para sufi, para mufti,
bertengkar tentang fatwa bagaimana hukumnya mewarna punggung ayam,
maka kalam Allah, sunnah RasuluLlah, hukum ulamak salaf dan khalaf,
berdesing-desing dalam gelanggang pertempuran sejagat,
Harus pertempuran ini berakhir agar Allah dan RasulNya dijunjung kata
yang
kanan,
Harus peperangan ini berkahir agar Quran dan Sunnah hanya sanya
menjadi
rujukan kata yang kiri,
Maka terus mereka bergodaman dengan senjata quran, hadith dan kata
hukamak,
dengan apa sahaja yang mampu menjadi senjata digelangang,
Sang Dajjal bertempelak gembira,
"Aku kira jalan ini lebih sukar ..."
Aku hairan ... mereka ini,
punya begitu banyak masa untuk menulis dan berseloka,
bergurindam dan bersandiwara, dalam kata-kata yang indah atau celaka,
sedang ku kira nasib umat terus derita,
dan aku bertanya di mana mereka ?
adakah kata-kata ini mampu mengelap air mata,
adakah hujah-hujah mereka mampu merawat luka,
adakah dalil mereka mampu mengangkat derita,
ketika ini, Islam masih di kandang teroris oleh Amerika,
Palestin, Moro, Selatan Thai terus di mamah derita,
Sedang umat kita sedang enak di KFC, McD, bermain golf atau di Astro
Ria,
Berembang mahupun setinggan Jelutong hanya disebelah kita,
namun tiada fatwa, tiada dalil yang mampu menganjak derita,
Malik Imtiaz, Zainah Anwar dijulang pejuang hak asasi manusia,
Ku kira AlGhazzali kini menangis, ketika dia mendepani filosof Rom,
Sedang pemikir-hukamak hidayah net ini hanya berperang sesama mereka,
ketika ini, kita sedang cuba dijajah kembali oleh FTA Amerika,
sedang ulamak mahupun duat diam seribu bahasa,
Subshini, Arayapan, Muhammad Abdullah, Siti Fatimah, Kahar,
Lina Joy dan seangkatan ....
Menang sorak kampung tergadai,
bagi yang menyedari, kita tahu kita masih gagal digelanggang,
ini belum lagi kita bicara tentang derita pak tani, nelayan, buruh
kasar,
atau air mata anak-anak di jalanan,
atau nasib pengidap aids, pekerja seks, atau
atau mereka yang berada jauh dipendalaman hutan,
adakah Allah di hati mereka,
adakah Deen ini cahaya kepada derita mereka,
mereka tidak perlu retorika,
mereka memerlukan tangan kamu memipin tangan mereka,
Ayuhlah teman,
Hentikan kerja bodoh ini,
Langkah ke depan,
kerja kita maha banyak, maha berat,
kenali prioriti, lakukan amali,
hentikan bicara lakukan lebih banyak kerja,
Moga Allah memimpin aku dan kamu ...
keluar dari kebodohan ini
zama'shari
Penang
On 31 Mar 2007 11:32:22 -0700, sufimaster <sufimaster> wrote:
>
> *zaman dahulu memang menjadi satu kelaziman apbila seseorang
yang
> kematian ahli keluarga membuat kenduri arwah dan kemudian bertahlil
serta
> seterusnya memberi jamuan makan pada hadirin yang hadir....ini telah
menjadi
> adat kebiasaan dan sudah tentunya bukan sunnah dan amalan yang
dibuat
> rasulullah s.a.w..persoalannnya apakah hal adat kebiasan ini menjadi
usul
> tauhid sehinggakan mereka yang bertahlil menyebut tiada tuhan yang
disembah
> melainkan Allah itu akan dianggap sesat dan menyesatkan..dan apakah
mereka
> yang memberikan jamuan makan ini juga rosak akidah mereka sehinggakan
mereka
> ini juga di anggap sesat dan menyesatkan ummat......ditempat ana hal
ini
> sekadar*
> __._/ <http://groups.yahoo.com/group/iperintis/>
>
> : <[EMAIL PROTECTED]:+Digest>
> ...
>
> [Message clipped]
--
Zama'shari
Institut Latihan Anak Muda (ILHAM),
P.Pinang
Tel / Fax : -
Email : [EMAIL PROTECTED]
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is
strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please
notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original
message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do
not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of
companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor
endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
responsibility for the same. All liability arising from or in connection
with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest
extent permitted by law.
.