arelynn - <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t
Ke hadapan saudara / saudari yang saya hormati.Pertamanya, saya perkenalkan
diri saya sebagai saudari Hawa. Saya telah membaca beberapa ulasan dan artikel
yang berkaitan dengan pemerintahan dan dasar politik Islam di Malaysia.
Saya tidak bercadang untuk mengulas atau memberi sebarang komen mengenai
artikel tersebut tetapi terpanggilnya saya untuk memberi email ini adalah
kerana untuk mendekati dan mengetahui mengenai DAULAH KHILAFAH yang saya baca
artikelnya baru-baru ini yang ditulis oleh saudari YATI.
Saya merupakan salah seorang dari penganut agama Islam yang berbangsa MELAYU
dan sinonim dengan agama Islam di MALAYSIA.Tetapi saya menyedari bahawa Islam
pada saya hanyalah pada nama dan keturunan saya tetapi diri saya sendiri tidak
pernah memahami dan mendalami ISLAM,AL-QURÂ’AN dan SUNNAH itu sendiri.
Apa yang jelas, saya sembahyang, berpuasa dan mengikut segala suruhan dan
perintah agama itu dari kedua ibu bapa saya sedangkan saya sepatutnya
mempelajari dan mengambil tahu dari mana datangnya perintah dan larangan dalam
agama itu sendiri.
Sedangkan saya sepatutnya WAJIB mencintai agama yang saya anuti dan sudah
semestinya apabila saya mengaku saya adalah hamba kepada-NYA maka saya patut
mencintai diri-Nya.
Saya bukanlah seorang yang berjawatan tinggi dan juga bukan dari kalangan
manusia yang disanjung dan dijunjung.Tetapi kesedaran itu wujud dari dalam hati
dan naluri saya untuk berhijrah dari keadaan diri saya sekarang kepada keadaan
yang lebih baik untuk menuju ke jalan-NYA.
Saya perlukan bimbingan dan tunjuk ajar tetapi yang menjadi masalah bagi diri
saya adalah saya masih tercari-cari tempat yang hendak dituju untuk
merealisasikan apa yang kurang dalam diri saya.Yang jelas, saya meragui
kelas-kelas agama di bawah seliaan jabatan agama Islam di Malaysia dan yang
pasti saya tidak mahu jauh lebih sesat dan jahil.Saya amat berharap email ini
mendapat perhatian dari saudari YATI dan saudara/saudari supaya dapat kembali
ke jalan-NYA.
Wassalam.
---------------------------------
Finding fabulous fares is fun.
Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel
bargains.
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.