Bengkel Sukarelawan Dakwah Orang Asli Peringkat
Kebangsaan   
26 Mac 2007/ 7 Rabi’ul Awwal 1427H

KEPADA TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI

Assalamualaikum Wrt. Wbt

BENGKEL SUKARELAWAN DAKWAH ORANG ASLI PERINGKAT
KEBANGSAAN ANJURAN ISLAMIC OUTREACH ABIM

Didoakan semoga berada di dalam keadaan sihat
wal’afiat dalam menjalani urusan harian inshaAllah. 

Merujuk perkara di atas, Islamic Outreach ABIM dengan
kerjasama Islamic Outreach ABIM Pahang akan
menganjurkan Bengkel Sukarelawan Dakwah Orang Asli
Peringkat Kebangsaan kali ke-2. Bengkel ini bertujuan
untuk melatih dan memperlengkapkan para peserta dengan
kemahiran dan metodologi dakwah kepada masyarakat
Orang Asli. Program ini dijangka dihadiri oleh 100
orang peserta yang terdiri dari sukarelawan dakwah
ABIM negeri dan daerah, pertubuhan Islam, agensi
kerajaan dan mereka yang berminat sebagai sukarelawan
dakwah kepada masyarakat orang asli.

Berikut butiran lanjut :

Tarikh : 19 - 20 Mei 2007 (Sabtu dan Ahad)
Pendaftaran : 8.00 pagi pada 19 Mei 2007
Penginapan : Pendaftaran penginapan disediakan jam
8–10 malam pada 18 Mei (Jumaat)
Tempat : Dewan Muktamar 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Sungai Merab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR D.E

Bersama ini disertakan juga brosur program. Tiada
bayaran dikenakan. Sebarang makluman atau pertanyaan
bolehlah menghubungi Saudara Haider di talian
03-42569822/ 012-9797830.

Di atas kerjasama dan perhatian yang diberikan
didahului dengan Jazakallahu Khairan Kathira.

Sekian, Wassalam.

AZRIL MOHD AMIN
Pengerusi
Islamic Outreach ABIM  
http://www.abim.org.my/web/modules/extcal/event.php?event=153



     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke