aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Posted on Sunday, April 15 @ 09:00:16 MYT by din-cryptos
Oleh pemudawilayah
"DPPWP memahami kekecewaan PERANTAU dalam isu ini dan DPPWP tidak berhasrat
untuk menambah luka yang kian parah. DPPWP memohon maaf kalau artikel yang
lepas terlalu kasar ayatnya, tapi bukanlah maksud kami untuk menghina negeri
tuan-puan.
DPPWP hanya mengingatkan kepada rakyat Terengganu agar bijak memilih
pemimpin kerana kita harus akui bahawa bahana yang dibawa oleh pemimpin UMNO
terlalu banyak.
Jika dilihat terhadap apa yang berlaku di Kelantan, memang letih juga
Kerajaan PAS nak cuci najis-najis kemaksiatan yang ditinggalkan oleh UMNO.
PAS yang memerintah di Terengganu satu ketika dahulu turut merasai perkara yang
sama. Tapi yang pelik, bagaimana rakyat Terengganu boleh kembali kepada UMNO
dan hasilnya tuan-tuan boleh lihat sendiri.
Berapa banyak kebaikan yang tuan-tuan dapat berbanding dengan kerosakan yang
dilakukan oleh pemimpin UMNO di Terengganu?
Rumah dan surau diroboh, jenayah dan pondan makin ramai. Ekonomi negeri tidak
berkembang, hutang kerajaan Negeri meningkat semula. Kerajaan BN di Terengganu
hanya tahu mengemis pada Kerajaan Pusat, itu pun pemimpin dan sebahagian ahli
BN sahaja yang dapat merasai hasilnya.
Bagaimana rakyat Terengganu boleh terus hidup begini?
Terengganu berbeza dengan kami di wilayah kerana tuan-tuan telah berpengalaman
dan lihat dengan jelas perbezaan kepimpinan PAS berbanding UMNO-BN. Lagi pun
negeri tuan-puan jauh di pantai Timur dan kerajaan pusat sukar nak buat
sesukahati seperti di Wilayah-KL ini.
Dan tuan-tuan juga boleh lihat bahawa di Wilayah ini BN telah memerintah lama
dan tiada peluang buat PAS pada masa tedekat ini untuk memerintah Wilayah
secara keseluruhannya.
Wilayah ini juga dihuni dengan hampir 49.9 peratus masyarakat bukan Melayu dan
amat sukar untuk mereka menerima PAS dalam keadaan Kerajaan BN selalu memfitnah
PAS sebagai parti Ekstrimis Islam.
Di Sana rakyatnya ramai yang Melayu-Islam. Kaum Cina juga reti nak hormati hak
orang Melayu tidak seperti disini. Tetapi kenapa tak guna peluang ini untuk
pilih Kerajaan yang lebih baik.
Adakah kain batik, beras dan wang ringgit yang UMNO berikan semasa pilihanraya
sebagai rasuah dapat menyelesaikan masalah rakyat Terengganu.
DPPWP sentiasa peka terhadap isu pondan dan jenayah di Kuala Lumpur dan kita
telah banyak kali membuat pertemuan dengan Polis, DBKL, JAWI dan segenap pihak
berkuasa bagi memastikan isu Pondan dan jenayah dapat diselesaikan.
Namun, selagi rakyat memberikan kunci pemerintahan negara kepada BN, maka
tuan-tuan harus pandai menjaga anak-anak dan diri sendiri agar tidak menjadi
penjenayah atau mangsa jenayah.
Kepada PERANTAU, anda harus bijak memilih teman untuk bekerjasama dan punyai
prinsip agar tidak tersalah langkah dan membiarkan negeri Terengganu terus
menjadi sarang jenayah seperti di tempat kami.
DPPWP hanya mengingatkan, selagi ada peluang untuk merubah Kerajaan,
lakukanlah sebelum anak-cucu tuan puan Kencing berdiri di atas kubur tuan puan
kerana kegagalan tuan puan memilih pemimpin yang baik untuk menjaga masa depan
mereka.
Sekali lagi DPPWP meminta maaf jika penjelasan ini tidak memuaskan hati
PERANTAU dan rakyat Terengganu lainnya. Semoga Allah terus MELINDUNGI
TERENGGANU DAN MERAHMATI RAKYATNYA.
ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...
HERMAN SAMSUDEEN
---------------------------------
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your freeaccount today.