Gejala sosial penduduk Felda. Harian Metro 14 April
2007
SEREMBAN: Ada segelintir penduduk Felda di negeri ini
menghabiskan wang pendapatan mereka dengan meminum
minuman keras di pusat hiburan dan kedai makan secara
terbuka tanpa berasa segan atau malu.
Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(Jheains) berkata, jumlah penduduk kawasan Felda yang
ditangkap kerana minum minuman keras di kawasan
terbuka atau tertutup meningkat dari semasa ke semasa.
Katanya, baru-baru ini kira-kira 10 penduduk dari
kawasan Felda ditangkap kerana minum minuman keras.
Peningkatan pendapatan penduduk Felda membuatkan
segelintir daripada mereka berbelanja besar untuk
membeli minuman keras, katanya.
Menurut sumber Jheains, bagi mengatasi masalah itu
bahagian penguat kuasa meningkatkan operasi terutama
di premis perniagaan dan pusat hiburan yang disyaki
menjual minuman keras kepada orang Islam.
Kebanyakan mereka yang ditahan kerana minum minuman
keras berasal dari kawasan Felda di negeri ini,
katanya.
Selain itu, sumber Jheains berkata, terdapat juga
pelayan pelanggan (GRO) yang ditangkap di pusat
hiburan berasal dari kawasan Felda di negeri ini.
Bilangan penduduk Felda yang melakukan perbuatan
dilarang Islam itu masih sedikit berbanding penduduk
Felda yang ada, tetapi mereka memberikan gambaran yang
kurang elok kepada golongan muda di kawasan itu,
katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20070413101603/Article/indexm_html
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
Laman web Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com