Sempena dengan program Tautan Kasih II, Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan
mengadakan jualan amal daging segar pada hari Sabtu 21 April 2007 mulai jam 10
pagi. Sebanyak 2 ekor lembu akan disembelih untuk tujuan ini. Daging tersebut
akan dijual antara RM12.00 hingga RM15.00 sekilo. Hasil jualan ini akan
disumbangkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang.
Kepada yang ingin membelinya secara borong dalam kuantiti yang banyak , sila
berhubung dengan En. Ahmad Fadzil ditalian 012-2968649 .
=================================
Program Tautan Kasih II
Sabtu 21 April 2007 ,
mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah menjemput para sukarelawan dan orang ramai
untuk sama-sama memeriahkan Program Tautan Kasih II. Tujuan program ini adalah
mendekatkan masyarakat dengan anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang,
Selangor. Butir-butir lanjut adalah seperti dibawah ini :
Tarikh : 21 April 2007
Hari : Sabtu
Jam : Mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 Tengahari
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Nurhikmah,
Lot 11552, Jalan 18,
Taman Mesra,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
ATURACARA PROGRAM
10:00 pagi - Pendaftaran
10.15 pagi - Taklimat Pengerusi Sukarelawan YPN
10.30 pagi - Pemeriksaan kesihatan
- Sesi kaunseling
- Tautan Kasih
12.30 tengahari - Jamuan makan tengahari
(Tajaan Ladang Warisan Sdn. Bhd)
www.myladang.com
Peta Lokasi
Sila sahkan kehadiran anda dengan menghubungi Cik Syira 03-87332411 atau En.
Fadzil 012-2968649 atau En. Rohaizal 012-3953903 sebelum 18 April 2007
Anda juga dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim melalui
Yayasan Pembangunan Nurhikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U
kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email [EMAIL
PROTECTED]
Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/