Hidup Dalam Cinta Part 3

Sungguh menarik jika kita teliti sekian banyak ayat-ayat dan hadis-hadis
yang sebenarnya mengajarkan erti cinta tanpa kita sedari. Walaupun ianya
tidak berbicara secara jelas tentang cinta namun agak mustahil hendak
dijalankan tanpa cinta. Sepertimana misi *rahmatanlilalamin* tidak pernah
akan tercapai kecuali dengan cinta. Sedih ketika kita melihat fenomena
hilangnya cinta yang sepatutnya menjadi ramuan terpenting dalam kehidupan.
Hilangnya cinta melahirkan kerosakan, perpecahan dan kesengsaraan kepada
manusia dan alam semesta.

[image: More...]

Cinta adalah manusiawi dan kemanusiaan

Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang pemuda yang kehausan di
tengah-tengah perjalanan, kemudian pemuda itu terjumpa sebuah telaga lalu
turun ke dalamnya untuk mendapatkan air. Ketika dia berada di permukaan
tanah dia melihat seekor anjing yang kehausan mengjilat-jilat pasir kerana
tidak dapat menahan haus yang melanda. Pemuda itupun berkata, "anjing ini
sedang mengalami apa yang baru saja aku alami." Pemuda itu bergegas turun
mengambilkan air yang di isi di dalam kasutnya. Kasut tersebut terpaksalah
dipegang menggunakan mulutnya untuk dapat memanjat dinding telaga hingga ke
permukaan tanah. Anjing itu pun mendapatkan air dari usaha pemuda itu, lalu
Allah SWT bersyukur (berterima kasih) kepadanya. Mereka (yang mendengarkan
kisah ini) bertanya, "Apakah kami mendapatkan ganjaran dari haiwan?" lalu
Rasulullah SAW menjawab, "Di setiap perut *ratbah* (haiwan) ada ganjaran!"

Kadang kita sebagai manusia hanya selalu melihat kepada apa yang diri mereka
dapatkan. Jarang manusia mahu melihat dan berfikir lebih dari apa yang
mereka dapat. Andai saja manusia lebih sering melihat kepada kesan apabila
banyaknya jumlah manusia yang prihatin terhadap binatang, tumbuh-tumbuhan
dan alam sekitar. Pernah satu ketika seorang ayah berkata pada anaknya "
Abah bukannya nak cari untung sangat dari tanam pokok-pokok ni, hanya saja
teringin berbakti pada tanah." Ungkapan sang ayah ini penuh dengan
kerendahan diri dan perasaan cinta. Allah SWT meinginkan khalifah yang dapat
menjaga muka bumi ini maka di-*targhib*-kanlah dengan ganjaran yang pada
hakikatnya ia merupakan sebuah didikan bagi kita untuk belajar mencintai
binatang dan alam sekitar. Continue reading Hidup Dalam Cinta Part
3<http://taqeyyabella.anasxz.net>
attaqiyyubillahi
Nasr City, Cairo, Egypt
http://taqeyyabella.anasxz.net

------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo!
Autos.<http://us.rd.yahoo.com/evt=48245/*http://autos.yahoo.com/new_cars.html;_ylc=X3oDMTE1YW1jcXJ2BF9TAzk3MTA3MDc2BHNlYwNtYWlsdGFncwRzbGsDbmV3LWNhcnM->

Kirim email ke