aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote: LAUNGAN AZAN ADALAH HAK UMAT ISLAM YANG 
PERLU DIHORMATI
   
   
  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Ahli 
Parlimen DAP dari Kepong, YB. Dr. Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan 
isu laungan azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat yang bukan 
Islam di negara ini.
   
  Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan di Dewan Rakyat pada sidang 
Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007 
bagi memperkukuhkan hujah untuk  mewujudkan Interfaith Council (IFC).
   
  Walaubagaimana pun, YB. Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan 
berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di 
Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang 
penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan?
   
  YB. Tan perlu memahami adat dan budaya semua kaum memandangkan beliau adalah 
seorang ahli Parlimen yang mewakili satu kawasan yang turut dihuni oleh umat 
Islam juga. 
   
  Wajib bagi beliau belajar untuk memahami budaya umat Islam sama seperti umat  
Islam memahami budaya masyarakat Cina yang melakukan banyak upacara yang boleh 
dikatakan mengganggu suasana siang dan malam kaum lain. Sebagai contoh, upacara 
penghormatan bagi ahli keluarga kaum Cina yang meninggal dunia, acara Tahun 
Baru Cina yang dimeriahkan dengan persembahan gendang Cina, Upacara Meraikan 
Pesta Hantu dan sebagainya.
   
  Umat Islam walaupun ada yang tidak puas hati dengan beberapa amalan kaum Cina 
tapi, kita tidak membangkitnya kerana kita memahami bahawa itu adalah adat Kaum 
Cina yang harus dihormati.
   
  Jadi DPPWP berasakan bahawa tiada sebab untuk YB. Tan cuba untuk menghalang 
azan dikumandangkan kerana ianya ditujukan kepada Umat Islam bagi memaklumkan 
Waktu Sembahyang dan mengajak mereka bersembahyang di Masjid atau surau.
   
  Ini adalah amalan agama Umat Islam yang patut dihormati dan setelah 50 tahun 
negara Merdeka kita sebenarnya telah menerima kontrak sosial ini secara 
bersama. Oleh itu tiada sebab untuk YB. Tan cuba menafikan hak umat Islam untuk 
mengamalkan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
   
  DPPWP akan mengaturkan satu pertemuan berupa dialog bersama YB. Tan serta 
pimpinan DAP lainnya bagi mencari jalan penyelesaian  terhadap isu ini secara 
baik. Demontrasi adalah satu pilihan jika isu ini gagal diselesaikan melalui 
dialog tersebut.
   
  DPPWP mahu agar YB. Tan menarik balik cadangan beliau agar daripada 5 kali 
azan yang  dilaungkan setiap hari, satu azan dilaungkan dengan perlahan agar 
tidak mengganggu Kaum lain.
   
  Beliau juga harus meminta maaf kepada Umat Islam atas keterlanjuran desakan 
beliau yang didasari oleh kehendak seorang penyokong beliau yang tidak memaham 
amalan dan hak umat Islam.
   
  Secara kesimpulannya DPPWP menolak cadangan YB. Tan dan berharap agar pihak 
Kerajaan tidak melayan permohonan beliau agar azan dikumandangkan dengan 
perlahan kerana ia adalah salah satu dari syiar Islam yang amat penting.
   
  DPPWP juga berharap agar isu-isu berkaitan dengan agama dan amalan umat Islam 
atau agama  lain tidak dibangkitkan atau dipertikaikan bagi mengelakkan 
perpecahan rakyat yang mengundang sengketa yang boleh merosakkan keharmonian 
negara.  
   
  Perbezaan pendapat dan fahaman agama adalah satu perkara yang kita harus 
fahami dan hormati.  Semoga hubungan antara kaum dan agama di negara dapat 
terus dijaga dan dipelihara bagi memastikan kelestarian hubungan yang harmoni 
dan keamanan negara dapat terus dikecapi hingga ke generasi mendatang.
    
  Herman Samsudeen
  Ketua Penerangan
  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke