Salam...
Semalam saya ada menghubungi penghantar email yang bertujuan menarik pelabur
baru untuk sertai swiss cash bertarikh 15 April 2007. Bersama email tersebut
beliau sertakan sekali nombor telefonnya. Saya terus menghantar sms "Tak baca
paper ke pelaburan internet haram". Sejurus itu dia terus menghubungi saya dan
mengatakan "Siapa yang kata haram?". Saya kata Majlis Fatwa. Dia mempertahankan
dgn mengatakan dia di Singapore (padahal nombor telefon yg keluar jelas
menunjukkan dia di Malaysia). Dia kata Malaysia sahaja yang haramkan. Singapore
tak haramkan. Arab Saudi pun tak haramkan. Saya pun malas nak berdebat panjang
kerana tahu DUIT telah menguasai dirinya hinggakan dia sanggup untuk mencari
jalan dan alasan menghalalkan apa yang diharamkan. Semoga Allah SWT beri taufik
dan hidayat kepada saya dan kita semua untuk hindarkan diri dalam perkara
tersebut. (Peringatan untuk diri sendiri)
"Azman Hussien"@yahoo.com wrote:
Pelaburan saham melalui Internet haram Majlis Fatwa
Sumber Utusan Malaysia
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
)
Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM
KUALA LUMPUR 12 April Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai
dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda,
aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah
pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000
orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan
Datuk.
Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet
termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund
kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang
dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis
pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan
sehingga 300 peratus.
Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan
hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang
menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh
12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang
ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang
menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.
Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam
segala bentuk pelaburan seumpama itu.
''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan
Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,'' katanya.
Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat
Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi
seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti
mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa
perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet
ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham
luar negara.
Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil
dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang
setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000
pelabur Malaysia.
Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi
berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan
pelaburan menerusi Internet.
Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi
undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.
Teknologi
Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang
menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.
Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com;
www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us;
www.Arabic.com ; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan
www.smartindex.net.
Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai
keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali
sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).
Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD)
berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan
lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada
para pelabur selama 100 hari.
Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar
pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi
deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di
Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan
berjaya mengabui mata para pelabur.
Azman Hussien
[EMAIL PROTECTED]
http://www.hartanah-bumiputera.com
Hartanah-Bumiputera adalah laman percuma untuk sesiapa sahaja mengiklankan
rumah, pangsapuri, banglo,apartment, kondominium, flat, tanah lot atau ruang
pejabat/kedai atau ladang/kebun. Anda boleh mengiklankan hartanah anda sama ada
untuk dijual atau disewakan secara percuma selama 365 hari.
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.