Syd. Abu Bakar rha. Berkata : 
  Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 
sifat yang membinasakan, iaitu: 
  • Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan 
bukan pada tempatnya. 
  • Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. 
  • Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk 
kejahatan pula. 
  • Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada 
jalan yang tidak berguna. 
   
  
--------------------------------------------------------------------------------
   
   
  Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata : 
  • Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. 
  • Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. 
  • Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. 
  • Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan 
terjaga. 
   
  
--------------------------------------------------------------------------------
   
   
  Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : 
  Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 
  • Hatinya selalu berniat suci 
  • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 
  • Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 
  • Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah 
  • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 
   
  
--------------------------------------------------------------------------------
   
   
  Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata : 
  • Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. 
  • Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang 
sia-sia. 
  • Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran 
daripadanya. 
  • Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak 
(memelihara diri dan hati- hati dari dosa). 
  • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. 
  • Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. 
  • Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. 
  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak 
salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti 
dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.


       "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, 
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari 
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, 
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.  
 

  Amin, ya Rabbal A'lamin."

   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331




       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke