Assalamualaikum wbt,
Akhir-akhir ini kedudukan Islam di negara kita begitu tercabar !! Mufti
minta dipecat !!( walau pun dah minta maaf) Azan minta dihentikan !!
Perlembagaan yg memberi keistimewaan untk Islam minta dipinda !! Kumpulan yang
perjuangkan Islam liberal bersekongkol dengan IFC dapat bersuara lantang !!
TAPI UMNO TETAP MENDABIK DADA MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM, MEREKA TAK
AMALKAN POLITIK SEMPIT. MAKA CALUN MIC DILETAK BERTANDING DI IJOK YANG SEPAROH
PENGUNDI ADALAH ORANG MELAYU !! MAKA HASIL TAK AMALKAN POLITIK SEMPIT ISLAM
SEMAKIN TERCABAR !!
Maka para Mufti, para Ustaz, para pencinta Islam janganlah dok nyenyak
tidor lagi !! Ini bukan masa untuk jadi bisu. Allah SWT beri lidah kepada kita
untuk bercakap tapi ramai masih dok tunggu dan lihat. Yang berada di sekitar
Selangor berilah kesedaran kepada pengundi di Ijok tentang kewajipan mereka
pilih pemimpin beragama Islam. Berilah keyakinan kepada orang bukan Islam yang
mereka sekali-kali tidak akan dianianyai. Mereka boleh lihat bagaimana PAS
memerintah Kelantan, telah 17 tahun orang bukan Islam tidak pernah dianianyai
!! Kerajaan Kelantan tak benarkan judi kerana judi bukan saja rosakkan orang
Islam tapi bukan Islam pun rosak akibat judi sebab tu ada bukan Islam sokong
Tok Guru Menteri Besar apabila tiada lagi tempat berjudi secara terbuka. Yang
curi-curi buat juga tu mereka punya hal lah. JADI CONTOH SUDAH ADA DIDEPAN MATA
!! BUKAN ISLAM LEBIH SELAMAT SEKIRANYA ISLAM MEMERINTAH !!
Pendakwah dan para-para cendiakawan Islam bergeraklah untuk menyampaikan
makna Islam kepada pemimpin dan rakyat bukan Islam!! Sedarkan lah mereka agar
tinggalkan amalan nenek moyang mereka menyengutukan Tuhan yang maha esa. Banyak
agama yang ada hari ini jika dikaji sejarah nya dalam kitab-kitab mereka
terutama kitab Hindu dan Bible ada menyebut tentang kedatangan Nabi Muhammad
sebagai manusia yang akan menyelamatkan seluruh umat manusia.
Sebagai contoh Agama Hindu meriwayatkan Nabi Muhammad akan Lahir Sebagai
Pemimpin:
Dalam kitab tua Hindu, Rig Veda ada disebut tentang Narashangsa. Dr Ved
Prakash Upaddhay telah menghuraikan bahawa Narashangsa itu ialah Nabi Muhammad
SAW yang akan lahir paa suatu hari nanti. Ini boleh dirujuk dalam Rig Veda
1:13:3, 1:18:9, 1:106:4, 1:106:4, 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11 dan banyak lagi.
Antara hujah Dr Ved Prakash ialah dalam kitab tersebut menyatakan tempat
Narashangsa (Yang Terpuji) akan lahir adalah di kawasan padang pasir.
Narashangsa akan mendapat pengetahuan secara wahyu. Dalam Vedas pula
Narashangsa dikenali sebagai Kavi. Makna Kavi ada dua; satu sebagai penyair dan
satu lagi orang yang menerima pengetahuan dari Tuhan.
Dalam Atharvaveda iaitu kitab suci Hindu juga menyebut tentang
Narashangsa akan mempunyai 12 orang isteri. Narashangsa juga disebut sebagai
seorang yang akan mencegah daripada melakukan dosa. Seseorang yang melakukan
dosa, beliau akan menolong orang itu supaya tidak lagi melakukan dosa pada masa
depan. Semua itu bertepatan dengan peribadi Nabi Muhammad SAW (ruj:Mengapa Kami
Memeluk Islam? ms 21-27 oleh Dr Nawi Jusoh: 2006).
Banyak lagi hujah dalam Kitab tua Hindu menceritakan akan lahirnya
seorang yang membawa agama suci penyelamat manusia yang mempunyai persamaan
dengan peribadi Nabi SAW. Dalam kitab agama Kristian iaitu Bible memang kita
telah sedia maklum. Wallahua'lam.
Ibnuali
Kota Jembal
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.