AMALAN RIBA' DALAM PERNIAGAAN DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN
   
  Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari yang penuh berkat ini,marilah kita bermahasabah diri meningkatkan 
ketakwaan kepada allah s.w.t.Kita tunaikan segala perintahya dan menjauhi 
segala larangannya.Jadilah orang yang bertakwa dimana sahaja kita berada, 
segala gerak-geri dan tindakan kita, mencerminkan diri kita sebagai orang yang 
bertakwa kepada allah s.w.t.


  Sidang jumaat yang berbahagia,

Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia disisi allah s.w.t. Bahkan terdapat 
dikalangan para nabi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan. Umpamanya nabi 
idris terlibat dengan jahitan. Nabi daud pula dengan pertukangan besi.Nabi 
muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan perdagangan dinegeri Syam.Oleh 
itu berniaga adalah satu sunat para nabi. Rasulullah s.a.w telah membawa khabar 
gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana 
mereka berurus niaga.Sabda rasulullah s.a.w:

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,sodikin, orang-orang yang 
mati syahid pada hari kiamat kelak".

(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)

Sidang jumaat yang berbahagia, 

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. 
Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan 
bidang-bidang yang lain.Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya 
supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat rasulullah terdapat sahabat 
yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti usman bin affan,abdul 
rahman bin auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan 
hebat. Abdul rahman bin auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. 
Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau 
menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali 
yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu 
Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam 
satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada 
rezeki".

(Riwayat Ahmad)

sungguh pun islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, 
namun mereka adalah terikat dengan syariat islam. Peniaga islam perlu memahami 
hukum-hakam dalam perniagaan, supaya mereka tidak melanggar batas-batas hukum 
yang telah ditetapkan oleh allah s.w.t. Mereka tidak boleh menipu, tidak boleh 
memberi rasuah, tidak boleh terlibat dengan amalan riba' dan amalan-amalan lain 
yang bertentangan dengan syariat islam.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Agama islam amat tegas dalam amalan riba'. Islam menganggap riba' sebagai 
amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Islam menolak 
segala bentuk amalan riba'. Rasulullah dengan tegasnya mengeji amalan 
berunsurkan riba'. Saidina Jabar r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai riba':

Rasulullah s.a.w melaknat pemakanan riba', wakilnya, penulisannya,dua orang 
saksinya. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kesemua mereka itu sama sahaja".

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dengan kerasnya mencela orang yang terlibat dengan amalan 
riba'.Mereka adalah golongan yang menekan dan menindas para peminjam. Justeru, 
allah s.w.t telah memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya menjauhi 
amalan riba' dan seterusnya mengistiharkan perang kepada pemakan riba'. Firman 
allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada allah dan 
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba' (yang masih ada pada orang 
yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. oleh itu, kalau 
kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu) ketahuilah 
kamu,akan adanya peperangan dari allah dan rasulunya (akibatnya kamu tidak 
menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) 
ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim 
kepada sesiapa, Dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

(Al-Baqarah ayat 278-279)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Sesetengah orang menyangka bahawa harta yang haram itu adalah hasil daripada 
kerja mencuri atau merompak sahaja. Mereka lupa bahawa harta yang dihasilkan 
daripada riba' juga adalah haram. Lebih dahsyat lagi, apabila orang yang 
bergelumang dengan amalan riba' menganggap jual beli dan riba' adalah sama 
sahaja.Begitu juga antara peminjam konvensional (yakni pinjaman secara riba') 
dengan peminjam perbankkan islam, mereka mengaggap adalah sama sahaja, 
sedangkan allah s.w.t hanya menghalalkan perniagaan, tetapi tidak menghalalkan 
riba'. Firman allah s.w.t:

"Mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti 
riba'". Pada hal allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan 
riba'.

(Al-Baqarah ayat 275)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Orang yang terlibat dengan riba' akan dicabut keberkatan dalam hidupnya. Firman 
allah s.w.t:

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia 
pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan 
zakatnya. Dan allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam 
kekufuran dan selalu melakukan dosa".

(Al-Baqarah ayat 276)

Bagaimana memperolehi keberkatan dalam hidup jika kehidupan berbaur dengan 
amalan riba'?. Apakah kita tidak terfikir bahawa harta yang diperolehi daripada 
pendapatan yang haram seperti riba', pasti tidak akan mendatangkan keberkatan?.

Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-zawajir menjelaskan bahawa 
harta orang yang terlibat dengan riba' akan hilang berkat, antaranya:

1- Harta itu mudah hilang

2- Harta itu dibelanjakan bagi perkara yang tiada berfaedah dan membawa kepada 
dosa.

3- Jiwanya terasa miskin walaupun hartanya banyak.

4- Harta itu mudah mendorong pemiliknya melakukan dosa dan maksiat.

5- Hilang sifat amanah.

6- Cenderong kepada amalan rasuah dan penipuan.

7- Harta itu terdedah kepada kecurian,rompakkan dan dikhianati.

8- Sentiasa terdedah kepada bahaya doa orang yang dizaliminya.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Di negara kita terdapat tidak kurang 19 institusi kewangan yang menjalankan 
perkhidmatan kewangan secara islam, bersih daripada unsur-unsur riba'. Kerajaan 
telah menyediakan pilihan kepada umat islam untuk menggunakan perkhidmatan 
kewangan islam. Para ulamak dan golongan pakar yang telah dilantik dan terlibat 
secara langsung dalam mengawal perjalanan perbankan islam supaya selari dengan 
prinsip syariah. Perbankan islam di malaysia telah berkembang aktif dan meluas. 
Justeru, umat islam di malaysia dengan mudah dapat menggunakan perkhidmatan 
kewangan islam samada mereka tinggal disebuah bandaraya yang besar atau pun 
disebuah pekan yang terpencil. Oleh itu, tidak ada sebab untuk umat islam 
menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada institusi kewangan yang berteraskan 
riba'. Apatah lagi dengan institusi kewangan dipasaran gelap seperti "Along" , 
yang bukan sahaja mengenakan faedah atau bunga yang tinggi, malah boleh 
mengancam nyawa mangsa yang tidak mampu melunaskan hutangnya.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Marilah kita memohon Inayah daripada allah s.w.t, agar kita diberikan kekuatan 
untuk membebaskan diri serta dijauhi daripada terlibat dengan sistem riba' 
samada sebagai peniaga atau pun hanya seorang peminjam.

"Wahai orang-orang yang beriman!,janganlah kamu memakan (atau mengambil), riba' 
dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada allah, supaya 
kamu berjaya".

(Ali-Imran ayat 130)

Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang 
telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha 
kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai 
negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, 
kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan 
ilmu yang bermanafaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, 
kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami 
daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak 
penyakit, persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri 
kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.


azharjaafar
  Perunding Takaful Am (kenderaan bermotor)
  Layari : http://ikhlas114.blogspot.com/
  (ada diskaun di sini)

       
---------------------------------
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

Kirim email ke