*Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang*
Fri | Jul 13, 07 | 11:50:39 AM

Tafsir Surah al-Maidah ayat 70: Iaitu golongan yang beriman kepada Allah,
hari akhirat dan beramal dengan amalan yang soleh di atas syariat yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Orang yang hanya pandai mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak beramal
dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., mengikut syariat lain
termasuk dari England, Rusia dan seumpamanya, semuanya ini tidak
selamat. [image:
Image]

Orang Yahudi, Sobiin dan Nasara yang terus-menerus berpegang dengan agama
asal mereka yang telah dinasakhkan sementara mereka tidak masuk Islam dan
tidak menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w.

Bahkan mereka sendiri tidak mengikut kitab mereka yang menerangkan tentang
kezahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada akhir zaman.

Mereka tidak selamat melainkan apabila mereka beriman kepada Allah dan hari
akhirat serta beramal dengan amal yang soleh di atas syariat yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia dan jin di
akhir zaman.

Syariat Nabi Muhammad s.a.w. menasakhkan syariat nabi-nabi zaman dahulu
serta kitab-kitab zaman dahulu walaupun kita wajib beriman kepada semua
nabi-nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka namun syariatnya
tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dinasakhkan oleh syariat yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Barangsiapa yang melakukan amal soleh tetapi tidak menepati apa yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka amalan itu ditolak kerana sabda Nabi s.a.w.
yang bermaksud, "sesiapa yang mengada-ngadakan perkara yang bukan dari agama
maka dia ditolak."

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang beramal dengan sesuatu
amalan yang bukan daripada urusan agama kami (agama Islam) maka dia ditolak
(tidak diterima oleh Allah SWT)."

Hanya mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal dengan
amalan yang soleh mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang selamat
sehingga tidak ada ketakutan lagi kepada mereka pada hari kiamat kelak
khasnya.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan tiadalah mereka berdukacita." (Surah
al-Maidah: 69)

Ketika kebanyakan manusia dalam ketakutan dan dalam keadaan dukacita pada
hari akhirat, mereka selamat. Mudah-mudahan kita juga selamat dengan menjadi
pengikut yang sebenar kepada Nabi Muhammad s.a.w., beriman kepada Allah,
hari akhirat dan mengikut ajaran Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya Kami telah mengambil
perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka
beberapa orang Rasul tetapi setiap kali datang seorang rasul kepada mereka
dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka
mendustakan sebahagian dari rasul-rasul itu dan mereka membunuh sebahagian
lagi." (Surah al-Maidah:70)

Dalam ayat ini Allah Ta'ala menyebut bahawa Dia telah mengadakan perjanjian
dengan Bani Israil. Perjanjian yang telah disebut di dalam Surah al-Baqarah
yang telah ditafsirkan dahulu iaitulah mengesakan Allah dan menolak syirik,
melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik
sebagaimana yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul a.s.

Dan ini berkaitan dengan permulaan surah ini menyebut supaya menunaikan
janji dengan Allah SWT lebih besar daripada janji dengan yang lain.

Bani Israil berjanji untuk mendengar dan taat akan Allah dan Rasul-Nya.
Tiba-tiba mereka telah melanggar janji itu dan mengikut hawa nafsu serta
kemahuan akal fikiran mereka yang lebih didahulukan daripada hukum syariat
yang diturunkan oleh Allah SWT.

Inilah antara perangai Bani Israil, mestilah menjadi pengajaran kepada orang
Islam. Mereka berjanji dengan Allah apabila mereka berikrar dengan dua
kalimah syahadah.

Berjanji tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah yang layak disembah dan
diterima hukum-hakamnya. Tetapi Bani Israil telah melanggar janji mereka
dengan Allah SWT.

Mereka mengada-ngadakan tuhan yang lain daripada Allah, mereka mengadakan
hukum yang lain daripada hukum Allah.

Apabila didapati ternyata ada hukum tertentu dari Allah, mereka mengkaji
terlebih dahulu dengan akal cetek mereka.

Sekiranya sesuai dengan fikiran mereka, mereka menerima dan melaksanakannya.
Tetapi sebaliknya jika tidak sesuai dengan akal fikiran, mereka menolaknya
dan menggantikannya dengan hukum mereka sendiri atau ciptaan manusia yang
lain. Inilah perangai Bani Israil yang dilaknat oleh Allah. – lanh

Kirim email ke