Isu Pak Lah mahu jabatan agama selesaikan maslah Murtad./10 July 2007
   
  Asslamualaikum,
  Pada pengalaman saya memang tedapat jabatan agama kita yang tidak melaksana 
tugas-tugas mereka dengan bijaksana seperti kaunseling contohnya.Saya pernah 
menghadiri seisi kaunseling berhubung masalah rumahtangga saya yang mana adalah 
masalah biasa dalam masyarakat kita.Tetapi seisi kaunseling itu tidak seperti 
apa yang saya bayangkan.Ini kerana Ustazah itu hanya banyak menghentam saya dan 
meremehkan saya hanya kerana berpandukan laporan yang diajukan oleh isteri 
saya.Kalau tidak dengan kesabaran saya mungkin saya sudah bercerai dengan 
isteri.Saya merasakan seisi kaunseling itu langsung tidak memberi kesan apalagi 
menyelesaikan.Pada pendapat saya seisi kaunseling haruslah secara terbuka dari 
hati ke hati antara suami isteri.Kaunselor perlu bijak punca yang sebenar 
dengan menjadi orang tengah iatu pendamai bukan menyalahkan sebelah pihak 
sahaja.Sepatutnya mereka yang memikul tugas berat ini haruslah lebih bersedia 
dan mempunyai pengalaman yang luas.Ini baru masalah
 rumahtangga apalagi masalah MURTAD yang sedang hangat diperkatakan.Jadi 
janganlah mengharapkan Jabatan agama sahaja semata-mata kerana ramai diantara 
kita hanya tahu dan dengar tapi jarang membantu.Ini kerana Jabatan Agama 
sendiri di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional(BN) campuran dari 
UMNO,MIC,MCA dan PERIKATAN.Kalau nak dibandingkan yang muratd dengan yang 
memeluk islam masih kecil jumlahnya.Tapi itu perbandingan melalui catitan tapi 
sedarkan kita yang memeluk islam itu adakah merreka menjalankan tanggungjawab 
jawabnya sebagai muslim sesuai dengan syariat islam.Kes Lina Joy cukup 
mengaibkan kita dan sekarang ni Fatimah pula. Pak Lah mahu jabatan agama 
selesaikan yang akhirnya terus meruncing sehingga sekarang.Kita mungkin tak 
merasakan selagi tidak terkena batang hidung kita sendiri.Wassalam
   


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Murtad: Pak Lah mahu jabatan agama selesaikan Tuesday, 10 July 2007

PERDANA MENTERI Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua jabatan agama 
mendengar masalah yang dibangkitkan oleh mereka yang ingin keluar dari Islam 
dalam mencari jalan penyelesaian untuk mereka.

"Saya sentiasa beritahu pejabat agama, dengar apa masalah mereka...adakah ini 
kerana (mereka) kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan kerana itu 
mereka mahu meninggalkan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 
Persidangan Akademi Fikah Islam Antarabangsa di sini hari ini.

"... (Apabila) suami yang beragama Islam meninggal dunia dan (isteri) yang 
memeluk Islam memutuskan untuk kembali kepada keluarga dan agamanya. Ini mesti 
difahami. Saya rasa kita perlu sedia untuk mendengar dan menyelesaikan masalah 
itu," katanya.

Beliau berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan 
memandangkan ia pernah berlaku sebelum ini...mereka yang memutuskan untuk 
meninggalkan agama kerana sebab-sebab tertentu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas isu murtad di negara 
ini.

Abdullah berkata mereka yang berhasrat meninggalkan Islam perlu membincangkan 
perkara itu dengan jabatan agama bagi menyelesaikan masalah mereka.

Mengenai dakwaan bahawa mereka yang menjalani pemulihan diberi tekanan selepas 
mengumumkan hasrat mereka untuk keluar dari Islam, Abdullah berkata pemulihan 
bukan penderaan tetapi lebih kepada kaunseling. - BERNAMA



         

       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!

Kirim email ke