Sdr Zainal, dah ramai orang minta Sdr Nizam sabar, halalkan hutang sdr, dsb.
Tapi sdr pulak, ikhtiarlah untuk bayar, kalau tak boleh kesemua, bayar
sikit2. Walau apa pun hubungilah dia, beri tahu keadaan sebenar. Jgn tunggu,
tak nak bayar balik harap2 hati dia lembut, dia halalkan. Lebih utama hati
sdr  lembut dan buat apa yg patut.

On 7/5/07, matmat <matmat> wrote:

  assalammualaikum...
nizam.. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang... Rahmat
Allah amat besar kepada hambaNya yang membantu sesama Islam... sahabat Nabi
banyak berkorban sesama sahabat sehingga semasa berhijrah ke Madinah ada di
kalangan sahabat menawarkan isteri2 mereka kepada sahabat dari mekah.. di
harap en. nizam dapat memahami apa maksud saya.. dan semoga Allah menambah
berkat dalam kehidupan tuan...

[EMAIL PROTECTED] wrote:

  Assalamualaikum,
Saudaraku Zainal Mohd Salleh, terlebih dahulu saya memohon maaf diatas
bicara yang bakal menyentuh hati dan perasaan saudara.
 Wahai saudaraku, ingatlah pesan rasulullah s.a.w  yg bermaksud, dari Abu
Hurairah r.a , *"Sesiapa yang pernah berbuat aniaya pada saudara Islamnya,
baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaklah segera
minta halal sekarang juga sebelum datang suatu hari yang tiada bergunanya
harta wang dinar atau dirham, jika ia mempunyai amal salih, maka akan
diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai kebaikan, maka
diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya utk ditanggung kpdnya."* Dan
riwayat dari Abu Umamah r.a, *"Siapa yang mengambil hak seorang muslim dgn
sumpah palsunya, maka Allah akan mewajibkan baginya neraka dan
mengharamkannya syurga."* (Riwayat dari Bukhairi dan Muslim)
 Saudara, anda mempunyai hutang tertunggak melalui pinjaman peribadi *sejumlah
$8,402.27 kepada Bank Islam (M) Berhad, No Akaun: 12092080010581 dan No
Kad Pengenalan Malaysia: 601224015855* dan seperti yang termaktub dalam
akta perjanjian pinjaman tersebut adalah menjadi tanggung jawab saudara
untuk menjelaskan hutang tersebut. Saya selaku penjamin saudara terpaksa
menanggung segala hutang saudara sementara hidup di dunia ini.
 Saudara, hidup ini tidaklah sekekal mana paling lama saudara mungkin akan
bertemu Allah s.w.t dlm 10 atau 20 tahun lagi. Tiada manusia yang bergelar
hamba kepada Allah yg kekal didunia ini. Firaun yang mengggelar dirinya
Tuhan juga dimatikan Allah, dan mayatnya dikekalkan utk menjadi pengajaran
umat2 yg kemudian. Nabi Ibrahim "khalilullah" juga diwafatkan oleh Allah.
Begitu juga Nani Muhammad s.a.w sebaik2 kejadian manusia dimuka bumi ini
juga diwafatkan oleh Allah.
 Firman Allah dlm surah Mulk ayat 2
 Ï%(c)!$# t,n=y{ |NöqyJø9$# no4quptø:$#ur öNä.uqè=ö7uÏ9 ö/ä3r& ß`|¡ômr& WxuK
tã 4 uqèdur âÍyèø9$# âqàÿtóø9$# ÇËÈ
 bermaksud "*Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"*
 Dunia ialah jambatan menuju kampung akhirat yang kekal abadi dimana
diwaktu itu tiada lagi gunanya wang dan ringgit, harta dan anak pinak.
Sanggupkah saudara menanggung hutang sehingga ke alam kubur, padang mahsyar
dan ke akhirat kelak? Sanggup saudara memindahkan pahala amal saudara kepada
saudara Islam yang lain dimana sekiranya tidak mencukupi pahala tersebut,
maka saudara akan menanggung pula dosa saudara Islam lain?
 Mungkin saudara belum menerima hidayah dari Allah sebagaimana Firaun
suami kepada Asiah (ibu angkat Nabi Musa a.s) dan Abdul Mutalib datuk
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi saudara perlu muhasabah diri
saudara, mungkin perkara2 yg buruk tidak terjadi kpd saudara akan tetapi
ianya mungkin tetap berlaku kpd anak2 dan 7 keturunan saudara. Fikirkan
nasib yang bakal mereka tanggung akibat dari perbuatan bapa dan datuk moyang
mereka. Lihatlah dunia sekeliling begitu banyak bencana dan bala yang
diturunkan dari Allah melalui langit dan bumi supaya menjadi iktibar kepada
mereka yang mempunyai akal.
 Dengan ini saya bersumpah dengan nama* Allah s.w.t dan Nabi Muhammad
s.a.w pesuruh Allah,* saya tidak akan menghalalkan setiap sen yang
terpaksa dilunaskan kepada pihak Bank Islam (M) Berhad. Hanya Allah s.w.tshj yg 
akan mengadili setiap perbuatan amal kita di akhirat kelak. Ingatlah
saudaraku, walau dimana bumi dipijak, Tuhan disembah itu tetap Allah yang
satu. Bermula dari kewujudan Nabi Adam sehingga umat akhir zaman.


------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
Play Sims Stories at Yahoo! Games.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=48224/*http://sims.yahoo.com/>


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com







--
AHMAD MUSLIM ALI
IDR7374

Kirim email ke