Menyusur Semula Kisah Altantuya
Posted on Saturday, July 14 @ 03:51:26 MYT by greenboc 
 Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Àëòàíòóÿà Øààðüáóó) 
(1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana 
baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.

KEHIDUPAN AWAL

Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, 
seorang profesor psikologi, dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau 
dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan 
persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa 
Perancis dan bahasa Inggeris.

    Altantuya telah balik ke Mongolia dalam tahun 1990 dan kemudian berkahwin 
dengan seorang penyanyi tekno Mongolia bernama Maadai. Mereka mendapat seorang 
anak dalam tahun 1996 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan penceraian dan 
anak ini diletakkan di bawah ibubapa beliau.
   
  Di sebalik bekerja sebagai seorang guru, dalam masa singkat Altantuya telah 
berpindah ke Perancis di mana beliau menghadiri datu sekolah permodelan sebelum 
balik ke Mongolia. Beliau hanya menjadi model separuh masa, juga membuka satu 
perniagaan pelancongan di Mongolia, walaupun ia tidak banyak berjaya.
   
  Altantuya berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak perempuan dalam 
tahun 2003 tetap perkahwinan kedua juga berakhir dengan perceraian. Sama 
seperti anak yang pertama, anak yang kedua juga hidup dengan kedua ibubapanya.
   
   

PEMBUNUHAN

  Beliau telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, 
Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam, Selangor antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 
pagi 20 Okt 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas 
dia diletupkan dengan bahan letupan C4.
   
  Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang .Beliau merupakan model 
sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat 
Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan 
Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
   
  Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki 
dibunuh dengan letupan C4 iaitu "probable blast related injuries" (kecederaan 
berkaitan letupan).
  Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri 
(30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar ( 35 tahun). Azilah Hadri dari Unit 
Tindakan Khas . Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat 
mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad 
Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas 
anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.
   
  Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita 
dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 
hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.
   
  Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, 
ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke 
Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.
   
  Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan 
Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat 
pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.


    
FAKTA MAHKAMAH

Tertuduh  : Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul 
Razak Abdullah Baginda 
  
Hakim  : Datuk Mohd Zaki Md Yasin 
  
Pendakwa  : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurp, Wong Chin Kiat, Noorin 
Badaruddin dan Hanim Rashid. 
  
Peguam bela : Wong Kian Kheong ( peguam bagi Abdul Razak Baginda), 
                       Hazman Ahmad ( Peguam Azilah Hadri), J Kuldeep Kumar ( 
Peguam Azilah Hadri ),  Ahmad Zaidi Zainal, Kamarul Hisham Kamarudin ( Peguam 
Sirul Azhar Umar)

    

RAZAK BAGINDA

Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan 
Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik 
di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu 
politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai 
pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.
   
  Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir tempatan 
direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika 
disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara 
sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.
   
  Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh 
pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat.Pasport, komputer riba, komputer 
peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.
  Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau 
barang-barang yang diambil oleh pihak polis.
   
  Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital 
Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas 
mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan 
polis.
   
  Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah 
Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan 
Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit 
Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, 
Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.
   
  Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 
302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh 
dihukum gantung sampai mati.
   
  Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani 
pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul 
Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda 
Makhzan dan anaknya, Rowina, 19.
  Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan 
Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad 
Shafee Abdullah dan M. Puravelan.
   
   

  BIODATA ALTANTUYA

Altantuya Shaariibuu, 28, dari Ulan Bator, Mongolia disyakki ditembak mati 
sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik 
Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
   
  Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 
tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, 
Rusia, Mandarin dan Mongolia.
  Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan 
jurubahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa 
agensi pelancongan.
   
  7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya 
mencari Razak Baginda, bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak 
kecilnya bernama Altanchagai.Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos 
rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.
   
  19 Oktober 2006 : Adik dan sepupu Altantuya membuat laporan polis dan 
kemudian mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Mongolia di Bangkok.
   
  Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg 
Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, 
Ulanbaatar, Mongolia.

    

KELUARGA ALTANTUYA

10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang 
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu 
Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk 
memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan 
ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk 
mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di 
Empangan Tasik Subang . Sampel darah ibunya, Altantsetseg, 53 turut dibawa dari 
Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai 
sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.
   
  Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman 
Alhabshi mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di di 
pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara .
   
  Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Iniversiti 
National Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai penyayang, berpelajaran 
tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi, dan beliau tidak menduga 
anaknya dibunuh dengan kejam.
   
  4 Jun 2007 : Shariibuu Setev ,Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua lagi 
saudaranya ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak 
Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak 
Baginda di Mongolia 'beberapa kali'.


    
RIAKSI ANTARABANGSA

Media antarabangsa seperti Fuji TV dari Jepun dan Channel News Asia (Singapura) 
turut membuat liputan.
   
  Kerajaan Mongolia mengarahkan Kedutaan Mongolia di Bangkok, Thailand 
menghantar surat rasmi bagi mendapatkan penjelasan terpeinci dari Wisma Putra .
   
  Duta Mongolia di Bangkok akan menyerahkan surat daripada kerajaan Mongolia 
kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra 
Jamalullail, bersabit kes itu.
   
  Laporan media akan kelihatan subjudis dan menghina mahkamah. Kenyataan media 
oleh Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman 
Alhabshi boleh menjejaskan proses undang-undang.
   
  Peguam asal Razak Baginda iaitu Datuk Muhammad Shafee Abdullah memohon 
mahkamah mengeluarkan injunksi bagi melarang kenyataan tanpa wibawa.
   
  Akhbar The New Paper dari Singapura turut mengikuti berita ini. Pihak akhbar 
tersebut telah menyiarkan 5 halaman termasuk halaman utama tentang kes tersebut 
pada 18 Jun 2007 apabila kes itu mula dibicara. Akhbar tersebut bukan sahaja 
melaporkan berita keadaan dalam mahkamah malah turut membuat liputan tentang 
hal-hal yang berlaku di luar mahkamah.
   
   
  
HAKIM PERBICARAAN

Peguam Negara Dato Abdul Ghani Patail telah memilih Hakim Datuk Mohd Zaki Md 
Yasin sebagai hakim perbicaraan kes ini yang akan akan diadakan di Mahkamah 
Tinggi Shah Alam. Oleh itu perbicaan telah dipercepatkan ke tarikh 4 Jun 2007. 
Kemudian ditunda ke 18 Jun 2007 kerana pertukaran barisan pendakwaraya.
   
  18 Jun 2007 : Karpal Singh menyarankan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menarik 
diri kerana mungkin disangka berat sebelah. Ini kerana beliau merupakan tiga 
(se)pupu dengan arwah isteri peguam Azilah, Hazman Ahmad yang meninggal dunia 
tahun 2005 . Tapi Mohd Zaki menyatakan dirinya masih layak. 
  
19 Jun 2007 : Dr Shaariibuu Setev dan kerajaan Mongolia mengemukakan rayuan di 
Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Karpal Singh & 
Co agar hakim lain mendengar kes itu. 
  
Permohonan Karpal Singh agar dia dibenar memeriksa balas saksi ditolak kerana 
Karpal bukanlah peguambela kes ini.Tapi boleh menyoal saksi melalui mahkamah 
dan juga boleh mengemukakan soalan melalui pihak pendakwaan. 


    
BARISAN PENDAKWA RAYA


  4 Oktober 2007 sejurus prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul 
Majid Tun Hamzah memberitahu Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin di Mahkamah Tinggi 
Shah Alam bahawa beliau, Manoj Kurup dan Wong Chiang Keat, baru dilantik lewat 
petang 3 Jun 2007. Penukaran pendakwaraya sepatutnya diberi notis sebulan.
   
  Pendakwa raya sebelum ini ialah Ketua Unit Kes Terkelas dari Jabatan Peguam 
Negara Sallehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwa Raya Noreen Badaruddin. Mereka 
telah ditukar oleh Peguam Negara, Abdul Ghani Patail.
    
   Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin menetapkan tarikh baru, 18 Jun 2007 bagi 
posiding / perbicaraan Altantuya. Sementara itu Abdul Razak Abdullah Baginda 
dihantar di Penjara Sungai Buluh, Selangor. 
    
   19 Jun 2007 : Tun Majid selaku Ketua Bahagian Guaman yang mengetuai 
pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawaKetua Unit 
Jenayah Seksual dan Jenayah Am, Noorin Badaruddin turut menyertai pendakwaraya. 
  PEGUAMBELA
  
Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya akan dibela oleh Zulkifli Nordin. Tapi 
Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campurtangan serius pihak ketiga 
sewaktu pembelaan dan perbicaraan .
   
  Kemudian peguam Hamzah Ahmad dan Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela 
Azilah Hadri.
   
   
  
SAMAN

4 Jun 2007 : Shaariibuu Setev (bapa) Altantyuya), Altantsetseg Sanjaa (ibu) dan 
dua anak lelaki wanita itu Mungunshagai Bayarjargal, 9, dan Altanshagai 
Munkhtulga, 4, mengambil tindakan saman terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, 
Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia. 
Mereka menuntut gantirugi RM100 juta atas kematian Altantuya.
   
  Writ saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Karpal Singh & Co di 
pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam pada 4 Jun 2007.
   
  Alasannya ialah kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki 
Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu dan satu-satunya pencari nafkah 
untuk mereka.
   
  Kos RM10,000 setiap tahun bagi rawatan perubatan untuk anak Altantuya, 
Altanshagai, yang kurang upaya dan memerlukan rawatan perubatan setiap masa di 
sebuah hospital di Beijing.
   
  Mereka gantirugi teladan dan teruk, faedah, kos, dan relif lain yang 
difikirkan sesuai oleh mahkamah.
   
  Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi 
memberitahu bahawa Shaariibuu Setev datang bersama Burmaa, Almira, Gal Ochir, 
untuk menjadi saksi pendakwa .Mereka tinggal di Malaysia selama lapan hari dan 
dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. 

   
   
  

PAKATAN BUNUH

Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007. Lebih 100 
saksi akan dipanggil dan jika tiga tertuduhn sabit kesalahan, hukuman gantung 
sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  Pendakwaan kes ini amat bergantung kepada keterangan langsung, keterangan 
ikut keadaan, keterangan pakar, keterangan saintifik, keterangan dokumenteri, 
pengakuan tertuduh kedua kepada pegawai atasannya dan beberapa keterangan lain 
di samping mengaitkan beberapa barang kes yang dijumpai.
  Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan Azilah Hadri dan 
Sirul Azhar Umar. Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan rancangan bunuh di 
Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 9.54 pagi 
dan 10.05 pagi pada 18 Okt 2006.
   
  Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan antara 
9.54 pagi pada 18 Okt dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.
   
   
  
RENTETAN PERISTIWA


  Pada Ogos 2005 hubungan intim Abdul Razak dengan Altantuya terputus tetapi 
masih memberi wang kepada Altantuya apabila dituntut.
   
  Januari 2006, Abdul Razak mula enggan melayan tuntutan wang itu, lantas 
Altantuya terdesak ke Malaysia beberapa kali untuk menuntut sendiri daripada 
Abdul Razak.
   
  8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia ditemani dua teman wanita dari Mongolia 
untuk menemui Abdul Razak di pejabat tapi Abdul Razak enggan ditemui. Altantuya 
meninggalkan nota-nota .
  Altantuya melantik penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumaj Abdul 
Razak. Altantuya dikatakan mengugut akan mengancam nyawa Roweena Abdul Razak 
(anak Abdul Razak) jika tuntutan wang gagal.
   
  Akibat enggan melayan tuntutan dan karenah Altantuya Abdul Razak melantik B 
Balasubramaniam seorang pegawai penyiasat persendirian bagi mengekori 
Altantuya, mengawal rumahnya (Abdul Razak) untuk mengelak daripada terus 
diganggu. Namun Altantuya terus mengganggunya.
   
  Selepas Azilah menemui Abdul Razak, Azilah membawa pembantunya Sirul Azhar ke 
lobi Hotel Malaya di mana Altantuya menginap. Sekeping nota tercatat nama 
penyiasatan persendirian yang dilantik Abdul Razak, alamat hotel Altantuya 
dirampas di pejabat Abdul Razak.
   
  Abdul Razak enggan menemui Altantuya di pejabatnya . Lalu Altantuya ke rumah 
Abdul Razak di Damansara Heights dan Altantuya mahu buat laporan polis.
   
  Sebelum itu, Abdul Razak melalui Balasubramaniam Perumal,penyiasat 
persendiriannya menasihati Altantuya tidak membuat laporan polis kerana akan 
menjejaskan reputasinya.Abdul Razak juga mahu pihak Imigresen menghantar simati 
pulang tetapi tidak berjaya.
   
  
Kes masih dibicarakan di mahkamah. 
  
disusunsemula oleh Greenboc
maklumat dari wikipedia
(Greenboc juga melibatkan diri di dalam memberi input untuk Wikipedia) 
   
   

Kirim email ke