Assalamualaikum warahmatullah.

sepatutnya mulakan pendidikan tu sewaktu kecil lagi..
kemudian masuk je sekolah rendah kena pilih sekolah
yang benar benar mendidik.. gitu juga apabila masuk
sekolah menengah.. bila dah settle pendidikan ni
sampai mereka dewasa. masuk U mana pun tak kesah..
sebab dan tegap ilmu dan iman.. dibentuk..


wassalam 

--- "Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:

> Terima kasih kerana maklumat ini.
> Anak saya baru berumur 13 tahun sekarang .Tetapi
> saya rasa saya perlu mengasuh anak saya sebaik
> mungkin  sebelum dia dapat melanjutkan pelajaran
> dimana mana universiti dimasa akan datang,
> insyaallah. Saya telah lama buat keputusan bahawa
> institusi sekolah dan universiti bukanlah tempat
> yang baik untuk menggalakkan akhlak yang mulia
> dikalangan anak anak kerana institusi institusi ini
> semua hanya menitikberatkan pelajaran teknikal
> semata mata termasuklah pelajaran agama yang diajar.
> Tumpuan hanya diberi kepada kecemerlangan akademi
> tanpa menitikberatkan soal kemanusiaan.
> Asuhan kepada anak anak tentang kemanusiaan, akhlak
> dan syariat perlu dipikul oleh ibubapa sendiri. Dan
> yang paling penting sekali ialah bagaimana untuk
> menipis pengaruh yang buruk yang melanda anak anak
> sekarang.
> 
> 
> >>> umar faruqi 07/18 2:21 pm >>>
> Salam.... Petkan Surat Pembaca Utusan Malaysia. :
> Utusan Online
> 
> Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?
> KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas
> minggu pertama di universiti merupakan satu
> kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi
> saya seorang ibu.
> 
> 
>  Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak
> perempuan kami dengan keluar makan di sebuah
> restoran terkemuka di daerah kami.
> 
> 
>  Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar
> terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan
> seorang graduan di universiti bertanyakan soalan
> yang berbunyi, "Mak, mana yang lebih bagus, seks
> sebelum makan atau seks selepas makan?" Hancur luluh
> hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau
> ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik
> dan mengaibkan.
> 
> 
>  Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa
> topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi
> suatu kebiasaan di sana.
> 
> 
>   Air mata saya hampir menitis apabila dia
> menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan
> Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya
> sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman ke-12
> secara terbuka di kafe kolej berkenaan.
> 
> 
>   Banyak lagi topik 'hangat' yang telah dibincangkan
> selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya
> apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti
> kita sekarang?
> 
> 
>   Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak
> senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?
> 
> 
>  Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam
> berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan
> beberapa filem dari malam hingga ke subuh.
> 
> 
>  Bagi saya, perbincangan tentang pendidikan seks ini
> relevan bagi masa sekarang lantaran banyaknya
> gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan
> wanita.
> 
> 
>   Namun yang pastinya diskusi ini dibincangkan dalam
> bentuk ilmiah yang diberi oleh mereka yang pakar dan
> profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik
> kepada remaja masa kini.
> 
> 
>  Saya juga tidak menyalahkan remaja yang ingin
> berseronok tetapi alangkah baiknya jika keseronokan
> itu dikawal dan tidak berlebihan agar budaya
> ketimuran kita terpelihara.
> 
> 
>   Sebenarnya, menjadi tanggungjawab pentadbiran
> kolej atau universiti untuk melihat pengisian yang
> dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar
> sejajar dengan misi dan visi universiti.
> 
> 
>   Kita bukan sahaja ingin melihat anak kita bijak
> dalam akademiknya bahkan kita mahukan budaya
> intelektual diwujudkan khususnya di institusi
> pengajian tinggi.
> 
> 
>   Untuk makluman, suami saya juga merupakan bekas
> graduan di universiti yang sama namun katanya,
> perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang
> dia menuntut di situ.
> 
> 
>   Apa yang kami mahukan adalah penjelasan daripada
> pihak pentadbiran kolej atau universiti. Kami selaku
> ibu bapa benar-benar kecewa dengan apa yang telah
> berlaku sebenarnya.
> 
> 
>  Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah
> masyarakat keluaran universiti-universiti tempatan.
> 
> 
>   Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja
> berlaku di Universiti Malaya sahaja, ia pasti
> berlaku di universiti lain.
> 
> 
>   Kepada ibu bapa, tanyalah kepada anak-anak anda
> sendiri apakah sebenarnya yang telah mereka lalui
> sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa
> anda akan sependapat dengan saya kerana setiap ibu
> bapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang
> sebenar-benar manusia.
> 
> 
>   Tak perlu untuk kita bertegang urat untuk
> menyelesaikan perkara ini, cuma cuba fikirkan apa
> yang akan anda rasa apabila anak anda adalah salah
> seorang daripada mereka yang terlibat dengan
> 'kejadian' yang saya kemukakan.
> 
> 
>   Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun
> terpulanglah, tepuk dada, tanya selera.
> 
> 
>  * MAMA TERGURIS,
>  Johor.
> 
> DISCLAIMER:
> 
> This e-mail (including any attachments) may contain
> confidential information. If you are not the
> intended recipient, you are hereby notified that any
> review, distribution, printing, copying or use of
> this e-mail is strictly prohibited. If you have
> received this e-mail in error, please notify the
> sender or Bursa Malaysia immediately and delete the
> original message. Opinions, conclusions and other
> information in this e-mail that do not relate to the
> official business of Bursa Malaysia and/or its group
> of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
> understood as neither given nor endorsed by Bursa
> Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
> responsibility for the same. All liability arising
> from or in connection with computer viruses and/or
> corrupted e-mails is excluded to the fullest extent
> permitted by law.
> 



       
____________________________________________________________________________________
Get the Yahoo! toolbar and be alerted to new email wherever you're surfing.
http://new.toolbar.yahoo.com/toolbar/features/mail/index.php

Kirim email ke