Asmwbkth...
(from: [EMAIL PROTECTED] )
Yang merah adalah petikan drp. hujung tulisan di bawah. Kalau tanya selera,
mesti laa semua yang sedap di-ndaknya. Yang paling sedap mesti laaa tang
ngot-ngot...
Kita kena laaa debuk dada dan tanya iman... Baru laaa natijah yang soleh,
InsyaALLAH keberhasilan...
AKAD
======================================
Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya
selera.
MAMA TERGURIS,
Johor.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Mahasiswa UM demonstrasi bantah 'stupid debate' Jumaat ini Intan Abdullah
Wed | Jul 18, 07 | 01:29:40 PM
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Malaya(PMIUM) akan mengadakan perarakan aman selepas solat Jumaat ini (20 Julai
2007) bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung isu program 'stupid
debate' yang diadakan di Kolej Kediaman ke-12 sempena Minggu Interaksi yang
lalu.
-->
Perarakan tersebut akan bermula dari Masjid Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya sehingga ke kolej tersebut.
Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini, PMIUM membantah aktiviti
yang dijalankan oleh kolej tersebut jelas bercanggah dengan visi kampus
tersebut serta telah menjejaskan nama baik kampus uniperdana itu.
Menurut jurucakapnya, penyerahan memorandum ini adalah bukti keseriusan PMIUM
yang sentiasa sensitif dan peka terhadap sebarang aktiviti yang tidak selari
dengan matlamat yang telah digariskan oleh universiti.
Pihak penganjur menyeru agar pihak yang menyokong usaha tersebut untuk datang
bersama-sama menyertai perarakan tersebut sebagai tanda protes terhadap program
tersebut. - mks.
Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti? KEPULANGAN anak-anak ke
kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan
yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.
Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar
makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.
Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya
yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi,
Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?
Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota
bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.
Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan
sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.
Air mata saya hampir menitis apabila dia menyatakan bahawa ada satu program
yang dinamakan Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu
Interaksi, Kolej Kediaman ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.
Banyak lagi topik hangat yang telah dibincangkan selain tajuk itu, sehingga
kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita
sekarang?
Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara
yang sebegitu keji?
Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam berikutnya, ada tayangan
perdana yang menayangkan beberapa filem dari malam hingga ke subuh.
Bagi saya, perbincangan tentang pendidikan seks ini relevan bagi masa sekarang
lantaran banyaknya gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan wanita.
Namun yang pastinya diskusi ini dibincangkan dalam bentuk ilmiah yang diberi
oleh mereka yang pakar dan profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik
kepada remaja masa kini.
Saya juga tidak menyalahkan remaja yang ingin berseronok tetapi alangkah
baiknya jika keseronokan itu dikawal dan tidak berlebihan agar budaya ketimuran
kita terpelihara.
Sebenarnya, menjadi tanggungjawab pentadbiran kolej atau universiti untuk
melihat pengisian yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar
sejajar dengan misi dan visi universiti.
Kita bukan sahaja ingin melihat anak kita bijak dalam akademiknya bahkan kita
mahukan budaya intelektual diwujudkan khususnya di institusi pengajian tinggi.
Untuk makluman, suami saya juga merupakan bekas graduan di universiti yang sama
namun katanya, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang dia menuntut
di situ.
Apa yang kami mahukan adalah penjelasan daripada pihak pentadbiran kolej atau
universiti. Kami selaku ibu bapa benar-benar kecewa dengan apa yang telah
berlaku sebenarnya.
Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah masyarakat keluaran
universiti-universiti tempatan.
Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya
sahaja, ia pasti berlaku di universiti lain.
Kepada ibu bapa, tanyalah kepada anak-anak anda sendiri apakah sebenarnya yang
telah mereka lalui sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa anda
akan sependapat dengan saya kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka
menjadi manusia yang sebenar-benar manusia.
Tak perlu untuk kita bertegang urat untuk menyelesaikan perkara ini, cuma cuba
fikirkan apa yang akan anda rasa apabila anak anda adalah salah seorang
daripada mereka yang terlibat dengan kejadian yang saya kemukakan.
Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya
selera.
MAMA TERGURIS,
Johor.
Recent Activity
92
New Members
2
New Links
Visit Your Group
Yahoo! Avatars
Express Yourself
Show your style in
Messenger & more.
Yahoo! Mail
Drag & drop
With the all-new
Yahoo! Mail Beta
Y! Messenger
Quick file sharing
Send up to 1GB of
files in an IM.
.
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.