Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar
cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan
itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik
untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut
kesesuaian situasi.
Tujuan 2: Mendapatkan maklumat/Bertanya soalan
Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan sentiasa memerlukan pertolongan orang
lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan tentang
sesuatu perkara. Kebanyakan orang yang ingin anda dapatkan pertolongan pula
ialah orang yang tidak anda kenali langsung. Kadang-kadang orang yang ingin
anda tanya itu juga sedang sibuk dengan kerja atau sedang melakukan
perkara-perkara peribadi mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin sedang makan,
membaca akhbar ataupun berbual dengan kawan-kawan mereka. Oleh itu, kedatangan
anda untuk bertanyakan sesuatu kepada mereka mungkin sebenarnya mengganggu
mereka. Jika anda tersilap tanya, anda mungkin dianggap biadab dan
berkemungkinan orang yang ditanya tidak berminat untuk membantu anda. Oleh itu,
cara anda memulakan soalan adalah amat penting.
Ada pelbagai cara untuk anda mendapatkan maklumat atau membuat pertanyaan. Cara
anda memulakan pertanyaan amat penting kerana anda sebenarnya ingin mendapatkan
pertolongan daripada orang lain yang tidak anda kenali. Berikut adalah beberapa
contoh permulaan perbualan yang sesuai:
Excuse me. Could you tell me...?
Maafkan saya. Boleh tak beritahu saya...?
Could you assist me...?
Boleh tak awak membantu saya.?
I am sorry to bother you. Do you know...?
Maaf kerana saya mengganggu, awak tahu.?
I'm trying to.
Saya sedang cuba.
Excuse me sir/madam. Could you help me...?
Maafkan saya encik/puan. Boleh bantu saya.?
Do you happen to know...?
Adakah awak tahu.?
I'd like to know...
Saya ingin tahu.
Could you find out...?
Boleh tak awak cuba carikan...?
I'm interested in...
Saya berminat.
I'm looking for.
Saya sedang mencari.
Info
Jika anda ingin mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan kepada orang yang
anda tidak kenali adalah lebih berhemah jika anda menyapa mereka dengan
memberikan salam (jika anda dan orang yang ingin anda tanyakan itu ialah orang
Islam) ataupun sekadar menyapa dengan menyebut hi, hello, good morning dan
sebagainya. Anda juga boleh meminta laluan atau menyampuk dengan mengucapkan
excuse me atau I am sorry.
Jika anda menggunakan telefon pula, anda boleh mulakan dengan:
I'm calling to find out...
Saya menelefon untuk mengetahui.
I'm calling to inquire.
Saya menelefon untuk.
I'm calling to know about...
Saya menelefon untuk mengetahui tentang.
I'm calling about...
Saya menelefon untuk...
Contoh pembinaan ayat
1. Could you tell me when the next commuter to Seremban will arrive?
Boleh awak beritahu saya bila komuter seterusnya ke Seremban akan tiba?
2. I would like to know if I could get a bus to Puchong from the Central Market.
Saya ingin tahu jika saya boleh dapatkan bas ke Puchong dari Pasar Budaya.
3. Do you happen to know where the nearest hospital is?
Adakah awak tahu di mana terletaknya hospital yang berdekatan?
4. I'd like to know what you think about the work assignment given by our boss
just now.
Saya ingin tahu apa-apa yang awak fikirkan tentang tugasan kerja yang
diberi oleh ketua kita sebentar tadi.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan
Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa
Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh
Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh
didapati di www.books.perintis.com.my.