Kehamilan bukan hanya berlaku pada tubuh seorang wanita tetapi ia juga
berlaku kepada seluruh diri wanita itu. Seseorang wanita yang hamil
akan mendapati, terdapat perubahan dalam perasaannya atau emosinya
termasuk kegembiraan dan kegelisahan. Dengan perubahan seperti ini,
ramai wanita hamil akan mendapati waktu mengandung bukanlah masa yang
mudah bagi mereka. Setiap wanita akan bertindakbalas kepada kehamilan
dengan caranya yang tersendiri terutama jika kehamilan tersebut untuk
yang pertama kali. Wanita hamil mudah merasa kecewa, sensitif, mudah
menangis, tenang dan gembira. Semua perubahan yang dialaminya itu
adalah sesuatu yang normal.

1.      Perubahan Fizikal.
Semasa mengandung, rahim menjadi lebih besar. Beratnya juga bertambah
dengan bertambah besarnya janin.

a.      Kemaluan.
Kemaluan wanita mengeluarkan cecair putih dan melekit
b.      Buah dada.
Saiz buah dada akan bertambah dan terasa lebih berat
c.      Jantung.
Jumlah darah yang dipam oleh jantung bertambah. Denyutan jantung
setiap minit bertambah. Pertambahan denyutan ini biasanya dapat
dirasakan oleh ibu yang sedang mengandung
d.      Tekanan darah.
Tekanan darah akan berkurangan semasa hamil tetapi tidaklah terlalu
ketara dan tidak merbahaya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan seorang
wanita mengandung terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu
lama, atau apabila bangun setelah lama duduk
e.      Paru-paru.
Kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan,
rahim yang membesar dan menekan paru-paru menyebabkan udara sukar
memasuki paru-paru. Dalam keadaan ini otot-otot tubuh lebih memainkan
peranan membantu pernafasan. Pinggang yang sentiasa ditegakkan dan
merehatkan bahu akan memudahkan pernafasan.
f.      Metabolisme.
Kadar metabolisme mengalami perubahan. Selera makan bertambah dan
tisu-tisu lemak di dalam tubuh juga bertambah. Perut semakin membesar
dari bulan ke bulan. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita yang
mengandung akan dapat merasakan gerakan bayi di dalam kandungan.

Wanita yang mengandung juga akan merasakan sakit pinggang, sakit
kepala, dan sukar tidur di waktu malam. Keadaan ini sebenarnya tidak
memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya. Perubahan-perubahan
fizikal yang berlaku ini memerlukan persediaan wanita itu sendiri
untuk menghadapinya. Di samping berusaha memperolehi nasihat doktor,
maka suami pun sangat diperlukan untuk membantu isteri yang sedang
mengandung ini.

2.      Perubahan Emosi.
Keadaaan seorang wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada faktor
sama ada dia menghendaki atau tidak kehamilannya itu. Jika wanita
tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu pertama kehamilannya
itu mungkin akan mengalami tekanan perasaan. Sebaliknya, jika wanita
itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak
sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran. Begitu juga perubahan
lingkungan persekitarannnya akan menyebabkan ia merasakan kelainan
pada emosinya.

Perubahan ragam dan sikap adalah perkara biasa yang dialami oleh
wanita mengandung, itu disebabkan oleh perubahan hormon di dalam
tubuh. Pada suatu ketika, seorang wanita hamil mungkin gembira, tenang
dan bahagia. Pada saat yang sama dia mungkin akan bersedih dan
tertekan perasaan tanpa diketahui sebabnya.

Ramai wanita hamil mungkin akan terkejut dengan perubahan dalam diri
mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan
seks dengan suaminya. Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih
pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung
melakukan hubungan seks.

Keadaan semacam ini mungkin akan mengelirukan suaminya. Perubahan
perasaan seperti ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena
dengan wanita mengandung. Oleh sebab itu ia perlu memberitahukan
kepada suaminya apa yang berlaku, untuk mengelakkan salah faham dan
perselisihan. Maka seorang isteri perlu memberikan pengertian aga
suami memahami perasaannya.

Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutama ketika
hampir bersalin bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi seperti ini
tidak memberi sebarang kesan pada bayi dalam kandungan. Seorang ibu
yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama berkaitan
dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan
rupa anak yang dilahirkannnya.

Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami isteri melakukan beberapa
penyesuaian di dalam kehidupan, serta hubungan mereka. Terutama jika
anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama. Kerana kelahiran bayi
akan mengubah corak hidup mereka. Jadi perubahan fizikal dan emozi
wanita yang sedang mengandung bukan sahaja dihadapi oleh wanita itu
sendiri, tetapi suamipun memainkan peranan penting dalam menjaga dan
menghadapinya. Dengan cara yang demikian maka rumahtangga akan tetap
harmoni.

Nantikan Bimbingan Wanita Mengandung – SIRI III Mengidam Ketika
Mengandung dalam artikel akan datang…

Set Asas Bersalin – Makanan tambahan semulajadi bukan jamu di
sepanjang tempoh berpantang
http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=217&Itemid=112?ref=kmjsiri2

Bengkung Tali Dania – Mencegah berlakunya turun peranakan dan membantu
mengempiskan perut buncit selepas bersalin (gunakan bersama Be-One
MultiGel)
http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=242&Itemid=129?ref=kmjsiri2





Kirim email ke