Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
  Adik2 ku yang dirahmati Allah SWT
   
  Alhamdulillah tak semua kek yang sedap lagi lembut bercampur dengan arak.
  Contoh: dulu akak suka buat kek sarang lebah (sponge cake) sebab arwah mak 
suka makan.
  Ianya lembut dan lembab tak keras.
  Gitu juga dengan kek almond suji yang ditaburkan walnut diatasnya, kek 
marble, lapis prune dsbnya... menjadi favorit keluarga serta kawan2 ditempat 
kerja pun dibuat tanpa arak.
  Sebenarnya untuk menjadi muslim sejati makan minum serta semua amalan harian 
kita gitu mustahak.
  Termasuk civic minded bermaksud, penampilan yang bersih, dari istinjak, kuku 
pendek dan putih bersih juga lahir batin mesti bersih, yang paling mustahak 
hati kita mesti bersih.
  Baru lah ibadah kita pada Allah SWT meningkat dan insya'Allah bertambah tebal 
keimanan kita, hubungan kita dengan semua makhluk Allah SWT pun cantik.
  Tiap makanan yang haram yang kita makan, daging yang tumbuh siap untuk 
dibakar api neraka nauzubillah min zaliik!
   
  Maaf zahir batin...akak tercorner ke lain lak...walau gimana pun air tangan 
orang yang solat tak sama air tangan kafirun yang tak istinjak pun...gelikan!!!
   
  Tiap muslim akan mulakan sesuatu pekerjaan dengan basmalah dan mengakhirinya 
dengan alhamdulillah...berbezakan!!! kita punya aqal pilih lah yang terbaik 
untuk kita serta keluarga kita sebab tu akak lebih suka makan dirumah, masak 
sendiri...terjaga halal dan cara menyiapkan makanan sudah tentu 100% terjaga. 
   
  Wallahu'alam bissawab.
   
  Maaf zahir batin...selamat menunaikan solat jumaat untuk kaum Adam jadi lah 
Khalifah Allah SWT yang menegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar!!! Doakan untuk 
kita semua, moga sentiasa diampuni Allah SWT, moga kita semua hidup dan mati 
dalam Islam dan iman amiin ya robbal alamiin. Allahu Akbar!
   
  Jazakallahu khairan kathiro
  akak
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          kawan saya pun ada ckp gak. tp dia pun xsure btol ke x. tp kalo kek 
tu lembut dan sedap pun ada letak arak sikit kn. btol ke? sbb kalo org biasa yg 
buat xjd. kalo ada sesapa yg ada experience ttg benda ni, leh la tolong jelaskan

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:       From: mohd harris ahmad jaal 
[EMAIL PROTECTED]
Date: Fri, 20 Jul 2007 19:58:24 -0700 (PDT)
Subject: Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi ArakCara Mengetahui Kek Yang 
Mengandungi Arak 

Assalamualaikum 

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan 
bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat 
kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalahsentiasa menghantui 
kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang 
Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain 
lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal. 
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan 
mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan 
masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok 
la,pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 
ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air 
Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek 
yang ada wain. 

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi 
dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. 

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, 
berhati-hatilah membeli kek. 

Sekian 




    
---------------------------------
  Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.   

         

       
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on, 
when. 

Kirim email ke