Pemimpin Yang Ditunjuk Oleh Jari
Belum pernah pemimpin yang ditunjuk oleh jari di dalam sejarah dapat menegakkan
keadilan
Mereka kalau ada pun paling baik hanya dapat membangun
Dapat membuat berbagai-bagai kemajuan dan kemudahan di dalam negara
Belum pernah berlaku di dalam sejarah pemimpin yang dilahirkan oleh demokrasi
dapat membawa kasih sayang
Kalau berlaku pada lahirnya ada kasih sayang hanya kasih sayang yang pura-pura
Kalau begitu mengapa kita mengharapkan sangat keadilan dari seorang pemimpin
yang ditunjuk oleh jari
Lebih-lebih lagi apa yang kita harapkan dapat kasih sayang darinya?
Padahal kita yang inginkan keadilan dari pemimpin itu, menempuh jalan demokrasi
juga
Menempuh jalan yang sama, hasilnya sama juga
Kalau pemimpin itu kita tukar dengan jari kita maka diganti pula pemimpin yang
lain
Kita akan dapat jawapannya sama sahaja
Mana boleh sistem demokrasi melahirkan pemimpin yang adil dan dapat memberi
kasih sayang yang tulen
Kalau begitu lebih baik kita didik rakyat dan asuh orang ramai membaiki diri
Terutama kita yang menganjurkan itu lebih dahulu membaiki diri
Moga-moga dengan itu Tuhan akan lahirkan segera pemimpin yang Allah sendiri
tunjuk
Apabila Tuhan yang tunjuk pasti pemimpin itu adil dan pengasih dan penyayang
Mana boleh kita hendak makan kuih bahulu, mengikut acuan apam balik
Mana mungkin kita tanam pokok rambutan inginkan buah durian
Tidak mungkin di kalangan rakyat yang masih jahat hendak melahirkan pemimpin
yang baik
Pemimpin cara demokrasi ertinya pemimpin dari rakyat
Kalau kita ....pun dan rakyat seluruhnya masih jahat bagaimana hendak
melahirkan pemimpin yang baik
Berapa banyak pemimpin yang silih berganti yang berlaku oleh sistem demokrasi
Hasilnya sama sahaja bahkan adakalanya yang mengganti lebih jahat lagi daripada
yang diganti
Sekalipun yang mengganti itu atau yang menang itu katanya memperjuangkan Islam
Bukankah dunia telah membuktikan berapa ramai pemimpin yang silih berganti oleh
sistem demokrasi
Tidak ada seorang pun yang adil dan membawa kasih sayang
Mengapa kita tidak boleh berfikir lagi?!
Hasil Nukilan
Abuya Sohibul Zaman
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books?
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search.