Salam,  Ada tak sesiapa yang boleh terangkan dimanakah lemahnya hadith2 yang 
disenarai hitamkan sebagai lemah oleh artikel dibawah ini.  Namun tiap orang 
beramal berlainan sebabnya, ada orang yang beramal kerana kasihkan Allah SWT, 
ada yang beramal kerana takutkan Allah SWT, ada yang beramal semata2 kerana 
tanggungjawab, paling ramai adalah beramal kerana ganjaran, tak kira lah 
ganjaran dunia atau pun akhirat.    Sebaik2 amal, adalah berdasarkan ilmu yang 
sahih dan benar.  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
   
  [51.50] (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu 
kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan 
Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. 
   
  [3.133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk 
mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya 
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; 
   
  [3.134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan 
susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang 
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang 
berbuat perkara-perkara yang baik; 
   
  [3.135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau 
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun 
akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa 
melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka 
telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 
   
  [3.136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari 
Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, 
mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) 
orang-orang yang beramal. 
   
  [3.137] Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian 
berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu 
di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang 
mendustakan (Rasul-rasul). 
   
  SodaqAllahul3adzim
  WAllahua3lam
  Wassalam
  Hizamri
   
  
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
  Jangan taksub pahala  Oleh ZUARIDA MOHYIN
        
      Dr. Adibah Abdul Rahim.   
---------------------------------
  
  PEJAM celik, pejam celik, hari ini sudah 22 hari kita berada di dalam bulan 
Rejab. Lazimnya, umat Islam berlumba-lumba melaksanakan ibadat seperti berpuasa 
sunat, bersedekah dan berzikir.
   
  Lebih-lebih lagi disogokkan dengan pelbagai fadilat yang bakal diperoleh 
kepada mereka yang beramal pada bulan ini.
   
  Antara ganjarannya iaitu; Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti 
mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat 1,000 
kali haji dan umrah. Dibina untuknya 1,000 mahligai dengan 1,000 bilik dan 
1,000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1,000 kali.
   
  Siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya 
seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, 
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasad, 70 hajat ketika di 
dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan di 
langit), 70 hajat ketika ditimbangkan amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika 
melalui titian Siratul Mustaqim.
   
  Selain itu, berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika 
disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Malah mereka ini juga dapat 
minum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, 
lebih manis daripada manisan dan lebih dingin daripada salju.
   
  Ini baru disenaraikan beberapa hadis yang menyentuh tentang kelebihan beramal 
pada bulan Rejab. Sebenarnya, kalau hendak disusunkan satu persatu, sudah pasti 
tidak terkira dengan jari. Malah, andainya kita layari internet, paparan 
bahan-bahan bertulis berkaitan tajuk di atas, memang terlalu banyak. 
   
  Hakikatnya, bukan seorang dua yang dikaburi dan terpengaruh dengan 
ganjaran-ganjaran ini. Sebenarnya hadis-hadis tersebut adalah tergolong dalam 
hadis mauduk iaitu ia adalah palsu serta tidak bersandar atau bersumberkan 
daripada Rasulullah s.a.w.. 
   
  Larangannya, bukan sahaja kita tidak boleh beriman malah ia sekali gus 
bermaksud kita tidak boleh percaya dan beramal dengan hadis sebegini.
   
  Kebimbangan inilah yang telah disuarakan Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu 
Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. 
Adibah Abdul Rahim sewaktu mengulas pengaruh faktor ganjaran ini sehingga telah 
menjadi satu fenomena di mana umat Islam terlalu percaya kepada ganjarannya 
sehingga lupa kepada persoalan status hadis. 
   
  Ketaksuban
   
  Memang banyak kelebihan yang berkaitan bulan Rejab, cuma dibimbangkan sikap 
ketaksuban masyarakat dengan ganjaran fadilat dalam bulan Rejab sehingga 
menjadikan umat Islam berlumba-lumba mengejar ganjarannya sampaikan amalan yang 
dikakukan berlandaskan ganjaran atau kelebihan, bukan dilakukan amalan tersebut 
atas landasan keikhlasan. Sedangkan hakikatnya, bagaimana rupa ganjarannya 
harus diserah kepada Allah s.w.t..
   
  “Umum perlu diberitahu, bahawa kita tidak boleh berpuasa semata-mata untuk 
ganjaran. Apatah lagi, ganjaran-ganjaran yang telah dijelaskan di dalam 
hadis-hadis tersebut adalah hadis mauduk. Meskipun, jika ia sekadar dianggap 
sebagai satu motivasi sekalipun.
  “Di samping itu, sekiranya kita terlalu mengejar ganjaran, seolah-olah kita 
mengharapkan sesuatu daripada Allah. Sedangkan sebagai hamba-Nya, seharusnya 
setiap amalan kita kepada Allah itu adalah balasan kita atas nikmat yang telah 
Allah kurniakan kepada kita selama ini,” jelas Adibah.
   
  Jelasnya lagi, salah satu tanda hadis mauduk iaitu, ia menyebut akan ganjaran 
yang melampau-lampau atau tidak setaraf dengan amalan yang dibuat.
   
  Katanya, Ibnu Hajjar al-‘Asqalani pernah mencuba membuat satu kitab di mana 
dia merancang mengumpulkan fadilat-fadilat Rejab, tetapi satu hadis sahih pun 
tidak ditemui. 
  “Amalan ibadat pada bulan Rejab ini bukan sahaja tentang berpuasa sunat 
tetapi turut melibatkan perlaksanaan puasa dan solat khusus pada 27 Rejab. 
Solat sunat Raghaib sebanyak 12 rakaat ini dilakukan antara waktu Maghrib 
hingga Isyak dengan diikuti dengan bacaan surah tertentu sebanyak 70 kali.
   
  “Semua ulama sepakat bahawa solat Raghaib dan puasa khusus ini juga adalah 
satu amalan bidaah kerana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah 
mengamalkannya. Saya hendak tekankan bahawa amalan yang tidak mengikut sunah 
dan syariat Rasulullah adalah bidaah.
   
  “Amalan ini juga ditolak oleh Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Nawawi. Ini kerana 
pada zaman mereka di mana terlalu banyak bidaah dan khurafat berlaku sehingga 
boleh menimbulkan mudarat,” terangnya.
   
  Menurut Adibah, tarikh 27 Rejab yang dikatakan berlaku Israk Mikraj 
sebenarnya tidak ada ulama yang mengatakan itu tarikh khusus untuk peristiwa 
tersebut. Kita tidak tahu tentang tarikh sebenarnya kerana ia adalah rahsia 
Allah. 
   
  Pun begitu, sekiranya seseorang itu ingin melaksanakan amalan puasa sunat, 
tidak ada larangan untuk kita melakukannya. Yang pasti, puasa sunat tersebut 
dikira sama seperti puasa sunat pada bulan-bulan lain.
   
  Terang Adibah, apa yang istimewa dan jelas berkaitan bulan Rejab ialah ia 
adalah bulan persediaan menyambut Ramadan. Di samping itu, ia bulan yang 
diharamkan berperang selain dari Muharam, Zulhijjah dan Zulkaedah.
   
  Lantaran itu, pesanannya, agar umat Islam jangan percaya adanya amalan, 
ibadat atau pahala khusus untuk Rejab. Ini kerana kecetekan ilmu serta 
melakukan secara membabi-buta, bukan kebaikan yang diperoleh malah mendatangkan 
satu dosa kerana mempercayai serta mengejar ganjaran semata-mata berdasarkan 
hadis mauduk.
   
  Katanya lagi, kekeliruan konsep ini amat merbahaya kerana sikap terlalu 
percaya ini, seolah-olah kita mengajak manusia percaya benda yang tidak sunah 
tetapi dikatakan sunah. Sekali gus mengajak orang membuat satu amalan bidaah. 
   
  “Oleh itu, dalam kita melakukan amalan, harus dipastikan amalan itu 
berlandaskan syariat Allah dan sunah Rasulullah,” tegasnya.
  
  


       
---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

Kirim email ke